Hari ini tukang kebun nak update kisah patch bendi mammoth yang dari biji-biji benih reject dan selepas merumput awal bulan lalu serta diletak sabut-sabut dikelilingnya (previous posting klik sini). Dengan cuaca sekarang tanpa dihiraukan, tanpa siraman dari tukang kebun cuma mengharapkan air hujan, Syukur Alhamdulillah minggu ini dah boleh kutip hasil pertama. Tak lama pun nak tunggu dari semai sampai berbuah tak sampai 2 bulan ikut rentak nature. Mudah sahaja menanam bendi sesuai untuk mereka yang sibuk berkerja dengan cuaca sekarang.
Semai biji benih ~ less 5 minutes.
Transplanting dan kemas petak ~ 15 minutes
Weeding and mulching ~ 15 minutes
Watering ~ 0 (rezeki air hujan)
Baja ~ 0 (rumput subur semacam tanah dah cukup subur untuk bendi)
Jadi untuk menanam bendi sendiri dengan cuaca sekarang pada bulan ini adalah bagus untuk gardeners wanna be di Klang Valley.
Lepas letak sabut-sabut di keliling nak kurangkan rumput keluar dan kurangkan sejatan air dari tanah. Ada sabut di keliling pokok mudah sikit bila ada masa nak cabut rumput-rumput tu. Tengoklah dekat background punyalah tinggi rumput padahal baru sebulan tak potong. Buah bendi mammoth size macam dalam gambar dah boleh tuai. Biasanya untuk elakkan lupa tukang kebun tuai semua je tak kira saiz walaupun 2 inci lagi muda lagi manis. Nanti selalu takut terlajak dah keras terlupa ambil. Bila biarkan buah bendi tua di pokok, production akan rapidly menurun.
~ Biji benih Bendi Mammoth Spineless ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
6 ulasan:
Assalamualaikum Kak Diana, wah syukurlah rezeki utk bendi mammoth yg besar2 pula tu, seronok sangat tengok tuaian2 kakak tu. book sepeket benih bendi tu ye kak :)
I baru semai Star of David yg beli dari u hari tu. Rasa dah nampak cambah nak try keluar dari tanah. Tak sabar nak tengok buah yg gemuks macam u tanam.
nak tanya Apa beza bendi mammoth dgn bendi biasa, serba serbi xtahu
Salam Bahagia Julie,
Syukur Alhamdulillah ada rezeki walaupun agak terbiar. Cuaca sekarang ni yang tak laratnya rumput tumbuh bagai johan. Bab menyiram dah tak perlu sekarang ni kan. Ada tukang kebun simpankan untuk Julie.
Salam Bahagia Falraisi,
Syukur Alhamdulillah dengan cuaca sekarang InsyaAllah dalam 2 bulan dah boleh tuai hasil.
Salam Bahagia Sud@is,
Bendi ni ada pelbagai, ada saiz berbeza,bentuk ada lain warna , dll.
Kalau mammoth ni buahnya lebih besar dari yang biasa dibekalkan di pasar.
saya nak satu pek
Salam Bahagia Awin.
Noted dear.
Catat Ulasan