No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 30 November 2014

Musim Citrus dan Pasar KBB


  Tukang kebun baru dapat mencari masa untuk membuat catatan kerja yang dilakukan pada sebelah siang Sabtu ini. Walaupun ada bahagian tempat yang rumputnya terlampau panjang di arah belakang Kebun Bahagia Bersama (dah lebih lutut). Tetapi hati tukang kebun lebih terdetik untuk kemaskan keliling bahagian depan dahulu di mana PETS di belakang selalu berlegar-legar. Di keliling luar bahagian tapak 1 ~4 kami kemas di mana biasanya barisan pelbagai jenis pokok citrus sesuai tumbuh di situ seperti limau kasturi, limau nipis dan lemon tumbuh dengan bahagia di situ. Lagipun anak-anak angkat AVIAN tu duduk dalam sangkar PETAK 2 jadi nak kena pastikan tak semak sangat kawasan berdekatan. 

 Sambil-sambil mengemas sekitar pokok-pokok citrus barulah tukang kebun perasan yang banyak buah yang bakal dapat dituai tidak lama lagi. Hari ini tuai untuk stok keperluan minggu ini sahaja dahulu. Tiap-tiap hari buat Teh O'Limau sebab musim gatal tekak di sini. Rayyan yang selalu rajin layan tukang kebun minum Teh O'Limau tiap hari patutlah dalam 3 beradik tu paling kuat immunisasi dia. Walaupun jantung kurang sempurna tapi tak mudah jatuh sakit masa musim demam banding abang Ilhan dan adik Abby sebab Rayyan memang kuat makan benda masam.
   Jenis pokok citrus grafted yang dearest hubby tengah merumput kemaskan ni baru belajar berbuah. Oleh sebab kena telan dengan weed maka tak perasan dah ada buah terjuntai-juntai bila diangkat tak lama lagi nak masak. Antara satu sebab tukang kebun tak minat citrus grafted selain kena attack dengan anai-anai ialah dahannya merimbun menjalar ke bawah jadi nak kena beri sokongan kasi naik dahannya. Big boss pun dah berapa kali pesan jangan dibiarkan dahannya yang merimbun merayap atas tanah tu begitu sahaja nanti mudah kena serangan anai-anai. Itik-itik suka duduk berteduh di bawah pokok limau mungkin baginya selamat disebabkan pokoknya berduri. Cuma yang nak bagi keselesaan dekat diorang ni nak kena hati-hati merumput bawah pokok citrus supaya tak tercucuk.
  Selesai kemas kawasan di atas pula, kami mengemas di kawasan bersebelahan tempat kasi Avian Pets makan. Cepatnyalah weed naik bermaharajalela masa musim hujan ni. Kebetulan di tengah kawasan ini pula tiba-tiba minggu ini ada pokok betik tumbang. Pokok betik betina ni dah lama dah tumbuh dan tak berhenti-henti berbuah dah sekurang-kurangnya 2 tahun lebih. Batang pokoknya pun dah besar macam pokok kelapa saiznya. Takut nak dibiarkan lama nanti tembok runtuh satu hal pula. Pencahayaan di kawasan ini sekitar 11 pagi.
 Buah-buah betik muda yang membesar di pokok betik tumbang tersebut bolehlah buat sayur. Jenuh jugalah dearest husband nak potong batang pokok betik tersebut kepada saiz boleh dibawa ke Green Waste. Tinggi pun dah nak sama dengan tingkat 2 rumah.
  Salah satu sebab tukang kebun terdetik nak kemas kawasan sebelah tempat kasi makan PETS tu, sebab Kiki (turkey betina) suka ronda-ronda di situ. Dah semak sangat khuatir keselamatan Kiki and the geng. Lagi satu sebab, tukang kebun nak buat tempat semaian stok simpanan anak-anak pokok  di situ nak kasi teratur sikit sebab macam di belah depan dah makin kekurangan ruang nak atur. Lagipun dari rumput je asyik naik di situ lebih baik susun bekas-bekas yang akan menutupi tanah dan mengelakkan rumput dari mudah timbul. Lagipun di area situ, mudah nak siram pokok-pokok ada paip. Tambahan pula, jiran yang sewa di rumah depan sedang bina rumah bersebelahan kawasan ini. Jadi takdelah semak dah sangat kawasan sebelah dah jadi kawasan laman rumah.

  Lepas dah kemas tu kan punyalah semangat nak pindah-pindahkan polibeg yang next tu bilik tidur kami ke belakang kena kemas tu. Baru je angkat polibeg anak pokok durian, tiba-tiba tukang kebun ternampak ada benda menyusur dekat tempat sebelah polibeg yang sedang tukang kebun angkat. Nampak badan je masa tu kepala dan ekor tak nampak. Nasib juga tukang kebun tak panik jadi angkat polibeg pun masih dalam keadaan senyap dan perlahan-lahan letak tepi pastu tukang kebun perhati ular tu nak bergerak ke arah mana sebelum panggil dearest hubby yang sedang tunggu tukang kebun di pokok canistel nak tuai buahnya.
 Ular tu pun tak pergi jauh pun cuma ke next polibeg yang tukang kebun belum angkat je lagi. Memandangkan jarak bilik tidur pun baru semeter lebih jadi terpaksalah hubby habiskan riwayat ular ini. Lagipun tak pasti ini spesis ular yang bahaya ke tidak. Dekat sangat dengan rumah dan khuatir cuti sekolah ni anak-anak ralit main di luar. Ini kali ketiga tukang kebun tengok ular di Kebun Bahagia Bersama dalam 2 tahun ini dan ini pertama kali nampak jenis corak ular ni di KBB. Boleh sesiapa bantu tambah pengetahuan kongsikan jenis ular apakah ini? Adakah ianya berbisa? Sebab corak badannya sangat cantik, dan kalau corak cantik macam selalunya input brain tukang kebun macam berbisa je. Tengok perut ular tu kembung macam ada mangsa je dalam perut. Nasib baik Tigger tak ikut tukang kebun kat sini sebab masa ini Tigger tukang kebun nampak tengah siesta sebelah luar dapur punya rak kasut. Tigger tu kecik lagi kalau veteran macam gelombon mahir lagi.
  Gambar selepas dikemaskan, baru sempat letak beberapa polibeg sahaja. Tak cukup masa dan terbantut bertembung dengan ular. Tapi tukang kebun did overcame my fear cepat-cepat alihkan semua anak-anak pokok durian di situ supaya tidak gemuruh nak pindahkan anak-anak pokok yang lain minggu depan. Frangipani di sebelah tembok dearest hubby tolong trimkan half the original size nanti jiran dah pindah takdelah mengganggu sangat dan sekarang lebih senang nak trim. Bila ada masa bercadang nak tanam anak-anak pokok citrus di tepi tembok ini kemudian. Hari ini tak sempat. Masuk rumah dari kebun pun dah nak dekat pukul 4 petang.
  Lepas kemas, mula projek menuai sebab ada pesanan-pesanan Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama diterima dan ronda keadaan pokok-pokok di kebun. Tukang kebun ingat nak open slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk pengeposan bermula pada 8hb Disember 2014 untuk yang berminat. Untuk Isnin depan ni pun dah ada reservation. Cuma kali ini kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama akan mengikut apa yang segar dan masa sesuai untuk dipetik pada sebelum hari dipos. Sekurang-kurangnya 5 jenis buah akan dihantar dalam pakej Kebun Bahagia Bersama Online kali ini. Kalau yang cepat confirmation dapat giliran slot 8hb Disember 2014 kebarangkalian buah canistel, ciku dan beberapa jenis buah citrus mungkin ada. Buah rambutan tak pasti dah masak betul ke belum sebab minggu ini tengok macam baru nak bertukar warna. Setiap minggu ikut giliran, tengok rezeki tuaian apa di Kebun Bahagia Bersama (kalau yang dah biasa buat pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dah faham gambar upload tuaian selalunya memberikan hint).

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
5 jenis campuran buah jumlah berat sehingga hampir 2 kilogram (RM7) dan kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja (RM13). Jumlah RM20. Boleh buat pesanan biji-biji benih sekali untuk dihantar bersama jimat postage (kebunkmg@gmail.com).
  Abbiyana dalam seminggu ini banyak betul kahak, tak lena mama papa tidur semalam risau bunyi semacam je dari dalam badan. Petang ni bawa ke klinik kena nebulizer. Doktor suruh datang lagi esok risau ada dengar bunyi panggil apatah (could not catch that term). Harap takde apa-apa yang serious, tapi in case if anything take note ya ada possibility pesanan-pesanan Pos Laju delay untuk minggu depan ya.
  Minggu ini ada masalah menerima dan membalas yahoo email ya. Jadi kalau tak terima reply dari tukang kebun bermakna samaada tukang kebun tak terima email tersebut atau tak dapat nak balas sebab asyik mail delivery fail. Bolehlah cuba hubungi tukang kebun lagi sekali.

Selamat Malam.

Jumaat, 28 November 2014

Wild Watermelon Balsam

  Antara koleksi jenis bunga keembung yang baru di Kebun Bahagia Bersama tahun ini yang sedang musim berbunga pada bulan November ini ialah jenis 'Wild Watermelon'. Jenis balsam 'Wild Watermelon' ini sekuntum bunganya kelopak berlapis-lapis dan menghasilkan beberapa rona merah di atas dasar warna putih. Biasanya bagi tukang kebun jadual semaian pokok bunga keembung di Kebun Bahagia Bersama ialah antara bulan Oktober hingga Januari sebab tak perlu banyak penjagaan dan mereka mudah hidup sendiri tanpa belaian dalam linkungan tersebut.
  Kadangkala pada pokok keembung 'Wild Watermelon' yang sama terkeluar juga yang kesemua bunganya berwarna merah.
 Kadangkala semua bunga pada sepohon pokok akan berwarna merah. Ini adalah faktor genetik yang akan menentukan warna biji benih tersebut. Secara random biji benihnya ada yang akan memberikan hasil bunga seperti gambar di atas atau gambar di bawah.
  Seperti gambar di bawah, bukan hanya tukang kebun yang minat bunga balsam 'Wild Watermelon'. Anak-anak sekarang bila main diluar dah mula hunting Pak Belalang dah jarang jumpa pula sekarang menyorok kut. Biji benih segar bunga balsam 'Wild Watermelon' baru dikemaskan hari ini dan bilangan sangat terhad. First come first serve.
 ~ Open Pollinated Balsam 'Wild Watermelon' Seeds~

Anggaran 15biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Fresh stock yang baru dituai juga jenis Balsam Pink Multi-Layer (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00) .

Khamis, 27 November 2014

Sharing Sunflower Seeds from Eira Family

  Salam Jumaat dan Bahagia kepada pembaca Kebun Bahagia Bersama blog sekalian. Mulai dari hari Rabu minggu ini sehingga stok masih ada, ada diselitkan dalam pesanan-pesanan yang dikirim (kalau takde tu minta maaf tak sengaja) biji-biji benih fresh baka sunflower seperti dalam gambar. Biji-biji benih sunflower ini adalah dari perkongsian dari kebun Keluarga Eira di Kuala Lipis, Pahang yang tukang kebun terima Isnin lepas untuk diagih-agihkan kepada gardener lain. Ada lebih 30 pokok sunflower mereka tanam menjadi-jadi. Infinity terima kasih kepada keluarga Eira di atas biji-biji benih sunflower yang dikirimkan. Gardeners yang terima biji-biji benih tersebut bolehlah juga ucapkan terima kasih di posting ini sebab Gardener Eira tiada blog. Bolehlah juga kongsi kegembiraan hasil menanam biji benih sunflower dari kebun Eira juga kemudian.
  Lepas menerima biji-biji benih sunflower dari keluarga Eira dapatlah juga tukang kebun dapat idea nak buat tukang-tukang kebun kecik dekat rumah ni busy dari asyik nampak mainan merata-rata buat orang terpijak. Bagi kerja dekat Ilhan dan Rayyan packing biji-biji benih sunflower tersebut masukkan 20 biji benih dalam 1 pek. Latih Rayyan yang berumur 5 tahun mengira sampai 20. Kalau terlebih ke terkurang ke tolong check ya tengok Rayyan kira betul ke tidak.
 Anak pokok anggur hijau juga ada kembali dalam ready stock Kebun Bahagia Bersama bagi gardeners yang berminat. Jenis pokok anggur hijau ni selalu terbiar berbelit-belit di pergola tak susah jaga, kekadang tukang kebun tak perasan pun ianya berbuah. Kalau rajin belai dan bagi baja InsyaAllah besar bergugusan buahnya. Tukang kebun pula takde masa nak tengok sangat kekadang lupa tuai buahnya.

~ Anak pokok anggur hijau ~

1 bekas RM10 .

Rabu, 26 November 2014

Di belakang Katak Puru

  Pada hujung minggu lepas, seawal pagi dearest husband bagi makan kepada PETS di belakang. Kemudian sebelum bertolak keluar sarapan di gerai Nasi Lemak yang dah lama teringin nak merasa masukkan baju dalam mesin basuh. Dah berbulan lamanya kami tak keluar sarapan di luar, disebabkan ada team members Kebun Bahagia Bersama bertambah usia di hari tersebut jadi ambillah kesempatan. Gerai nasi lemak di Paya Jaras tu bila lalu di sebelah pagi memang tengok penuh ramai orang makan di situ tak putus-putus. Kalau hari bekerja pun tengok ramai orang dalam pakaian baju pejabat atau uniform makan di situ. Masa Ramadhan lalu mereka tutup buat renovation. Lepas sarapan kami singgah ke Pasar Pagi Paya Jaras, anak itik habis dijual dan harganya RM4.50. Rupanya yang pembekal telur itik di pasar tersebut pun yang selalu hantar bekalan tahi baja kambing di rumah. Jadi mudah nak buat pesanan di rumah sahaja nanti bila ada terus hantar ke rumah.
  
 Kembalinya dari pasar sidai baju, dearest hubby keluarkan mesin rumput dan mula memotong rumput di depan halaman rumah. Memandangkan dah panas, tak larat nak habiskan potong sampai habis sempat separuh je. Sebab panas kami kemaskan di kawasan belakang sekitar Katak Puru nak kasi cerah sebab dah gelap nanti ada yang bahaya suka lindung di situ dengan anak-anak pokok pelbagai yang tumbuh bahagia di situ. Kami pun pindahkan kerusi taman yang asalnya di bawah kanopi pokok katak puru ke antara kanopi pokok mickey mouse dan kemuning yang dekat dengan tiang lampu. Kalau ada gathering malam-malam pun takde lah takut nak duduk di bawah bayang lampu jika ada rezeki bunga kemuning yang wangi akan semerbak di situ.
  Dekat sekitar linkungan pokok katak puru tersebut macam-macam anak-anak pokok hidup subur sepertilah jambu mawar, pepanggil, mickey mouse, serai acheh, kaduk dan semestinya beratus-ratus anak pokok katak puru seperti gambar di atas. Kalau tukang kebun ada masa dan mood rajin banyaklah anak-anak pokok katak puru boleh tambah dalam ready available stok Kebun Bahagia Bersama hasil dari pokok katak puru kesayangan Tuan Tanah. Bila tak dapat makan buahnya, makhluk lain santap dulu masih ada rezeki diterima dalam bentuk anak-anak pokok. 
  Dalam ready stok sekarang kalau pesanan melalui self-collect, InsyaAllah sekiranya masih ada dapatlah yang ketinggian dah lebih sekurang-kurangnya 1~2 kaki. Katak puru ni kalau orang biasa tanam memang tahu akarnya jenis akar tunjang kuat tumbuh masuk jauh ke dalam tanah. Walaupun banyak anak-anak pokok tapi tak mudah nak pindahkan lebih-lebih lagi kalau yang dah besar-besar tu jika tak dikorek hati-hati nanti akarnya mudah terputus. Pokok katak puru ini bila dah membesar memang tak perlu siram bila akar tunjangnya dah panjang. Nampak sahaja pokoknya renek, tapi akarnya panjang jauh ke dalam tanah. Bukan jenis akar yang bercabang-cabang kekadang timbul ke tanah. Tapi 1 akar tunjang yang kuat tumbuh memanjang ke dalam tanah. Sambil-sambil mengemas kawasan tersebut ada jugalah hadiah sepeti buah-buah katak puru dan akar ginseng jawa.

~ Anak pokok katak puru ~
1 pot RM10.00 

Self-Collect Day minggu ini ialah pada hari Sabtu (29hb November 2014) antara pukul 5:30 petang ke 6:00 petang.
  Lepas ke pasar kami singgah bakery shop beli kek ice-cream rainbow untuk birthday "boy" (dearest hubby). Beli setengah kilo sahaja nanti tak habis. Eloklah masuk rumah lepas berkebun, mandi, isi perut kemudian makan kek ice-cream sebelum hantar hero-hero ke kelas Taekwando. Hadiah papa dah diberi masa dating Jumaat lepas sebelum tonton wayang Rurounin Kenshin: The Legend Ends.
  Tapi rasanya hadiah yang paling seronok diterima oleh Papa untuk tahun ini ialah dari Ilhan. Tersenyum gembira papa tengok keputusan akhir tahun Ilhan tak disangka walaupun tak nampak Ilhan study hard macam biasa tapi Ilhan kotakan janji Ilhan dengan papa. Keputusan Ilhan melonjak dengan baik di Sekolah Agama dan Kebangsaan. Masuk darjah 2 tahun depan masih sekolah kebangsaan remain kelas A dan sekolah agama pun masuk kelas A. Janji Ilhan dengan papa ialah tahun depan kena maintain kelas A selepas gara-gara keputusan pertengahan tahun membimbangkan dan mengejutkan. Geram je mamapapa tengok Ilhan masa ambil keputusan pertengahan kebangsaan dahulu.
   Kali ini yang hendak tukang kebun kongsikan ialah untuk memberi semangat dan dorongan kepada ibubapa yang mempunyai anak berciri "Autism" seperti Ilhan. "Autism" ini pun banyak bahagian, untuk Ilhan dia dalam spectrum "language disorder". Berbeza dengan kanak-kanak lain di mana sambil membesar mula faham dan bertutur dengan mudah dalam bahasa harian. Ilhan adalah kanak-kanak yang membesar pada mulanya tidak dapat berkomunikasi dengan baik atau tidak tahu bagaimana nak berkomunikasi lebih lagi "perkataan" tiada makna baginya. Ibubapa nak kena banyak bersabar sebab kanak-kanak lahir dengan language disorder pun tak reti kalau nak sesuatu pakai sign language seperti tunjuk apa yang nak diingini jadi stress sebab menangis-nangis nakkan sesuatu tak tunjuk, tak pandai/tak mudah ingat sesuatu "perkataan" walaupun dah diajar berkali-kali. Banyak kena meneka kehendak anak yang special ini. Jadi pada awalnya kekadang di peti ais pun tampal gambar-gambar nak latih tunjuk nak buat activity yang mana satu dahulu untuk permulaan sebelum mereka dapat faham lebih banyak perkataan.
  Siapa sangka anak pertama yang dilahirkan nampak sangat sempurna dari segi physical development sebenarnya kelakuan dan mentalnya tidak apa yang manusia biasa labelkan as "normal" hanya dapat dikesan setelah ia sudah berumur 2 tahun lebih. Ilhan semasa kecil very quiet boy hanya menangis bila nakkan sesuatu seperti lapar atau ngantuk. Ibubapa lain gembira bila dapat mendengar antara perkataan awal disebut oleh anak lepas setahun lebih memanggil 'mama' atau 'papa'. Untuk kami bila Ilhan dah umur 4 tahun lebih, masih kurang 10 perkataan yang diketahuinya apatah lagi masih keliru apakah kegunan perkataan 'mama' dan 'papa'. Kalau neneknya ada jadi kekeliruan, sekejap dia panggil "nenek" jadi "mama' sebab ikut tukang kebun panggil, kekadang tukang kebun pula Ilhan panggil "nenek" walaupun dah 4 tahun lebih. Sedangkan adik Ilhan yang pada ketika itu dekat 2 tahun lebih banyak faham dan boleh bercakap seperti kanak-kanak lain sebaya berbanding Ilhan nampak begitu ketara disebabkan masalah penangkapan bahasa oleh Ilhan. Nampak sangat ketara jurang pemahaman berkomunikasi antara Rayyan yang berumur 2 tahun dengan Ilhan yang berumur 4 tahun. Adiknya Rayyan lebih advance. Memandangkan pada ketika itu kami duduk di Australia untuk membantu Ilhan belajar "perkataan" kami hanya fokus berbahasa Inggeris untuk dia bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelbagai bahasa dan mudah berinteraksi dengan pakar seperti yang dinasihatkan. Sebab kita duduk di Malaysia pun dengan pelbagai bangsa jadi bahasa pertuturan mungkin ada 2~3 bahasa harian yang dipraktikkan. Jika anda ada anak yang language disorder cuba fokus 1 bahasa sahaja dulu.

  Yang pada mulanya dan tukang kebun sangat berterima kasih nampak masalah Ilhan adalah jururawat bernama Theresa dari klinik kesihatan kerajaan yang datang kerap untuk melihat perkembangan kesihatan Rayyan yang baru lahir dengan masalah jantung. Memandangkan kami masih baru menetap di sana, nurse Theresa kata lebih baik dia buka buku rekod pembesaran Ilhan di Australia ini juga yang baru berusia 2 tahun lebih sambil menengok progress mereka berdua sekali. Bila tengok-tengok perkembangan Ilhan dari segala segi dalam system nota perkembangan kanak-kanak di Australia timbul kemusykilan di hati nurse Theresa katanya sepatutnya Ilhan dah lebih berinteraksi nampak macam senyap je Ilhan ni termenung beza dengan kanak-kanak sebaya. Lalu nurse Theresa syorkan jumpa Doctor Helen pakar kanak-kanak walaupun waiting list lama juga. Tukang kebun memang sangat bersyukur yang Allah pertemukan nurse Theresa ini sangat membantu dalam saat sangat genting untuk anak-anak kami. Kalau bukanlah nurse Theresa bila datang lawat tengok Rayyan asyik tidur dan berat tak naik lansung serta kebiruan lantas dia terus telephone klinik jantung Hospital kanak-kanak yang monitor Rayyan minta bercakap dengan doktor yang menjaga Rayyan. Doktor suruh bawa check keesokkan harinya. Elok je doktor tengah check keadaan Rayyan, Rayyan mengalami "TET SPELL" kekurangan oxygen dalam badan oxygen saturation drop sehingga lebih kurang 40% (kalau jantung normal oxygen saturation tu 100%). Masih dalam office datang lagi satu "TET SPELL" terus masuk ICU. Beberapa hari kemudian, Rayyan yang baru berusia 7 minggu diterbangkan dengan helicopter ambulance terus mendarat di Royal Children Melbourne Hospital untuk menjalani pembedahan pertama. 

   Memandangkan kami selalu terpaksa menginap di hospital untuk temankan Rayyan, dan Ilhan akan tinggal bersama babysitter-nya Lenay di rumah berdua kesunyian juga memberi kesan stress kepada Ilhan. Bila dah lama kena tinggalkan tu untuk cara express stress si Ilhan ni mulalah jadi vampire, habis asyik menggigit je mana bahagian anggota badan yang dapat digigit selalunya kat peha kami jadi mangsa gigitan tiba-tiba dari Ilhan. Syukur Alhamdulillah bila berjumpa dengan Doctor Helen bersama Ilhan buat assessment kami diberikan surat sokongan untuk masuk program speech therapy yang dianjurkan oleh kerajaan Australia. Mereka pun semua faham kami ni tak mampu nak pergi swasta jadi banyaklah bantuan juga diberikan dengan perundingan percuma. Di kursus kelas speech therapy dan kelas individual juga banyak membantu tukang kebun bagaimana nak cope dan bantu Ilhan belajar berkomunikasi. Memang salah satu cara banyak nak kena ulang tunjuk dengan action sekali bukan sahaja dengan menyebut kena beri visual. Kalau kanak-kanak biasa ajar 2~3 kali dah masuk kepala. Tapi kalau dengan masalah "language disorder" berpuluh-puluh kali tunjuk pun kekadang bukan semestinya mereka dah ingat dan faham. Salah satu symptom kanak-kanak austism ni mereka jarang akan bertentang mata atau buat eye-contact, itu pun challenging juga nak ajar bahasa sebab basic communication ialah with eye contact betul tak? Puaslah banyak kali kena panggil Ilhan sebelum mengajar nak kena pastikan dia tengok kita.

  Pada mulanya tukang kebun banyak pinjam buku-buku haiwan di perpustakaan awam nak ulang kali tunjuk dekat Ilhan nama-nama binatang tersebut. Susah juga belum sempat baca Ilhan dah mula flip pages cepat-cepat cuma berminat nak tengok gambar sahaja tapi tak minat nak dengar (mainly sebab tak faham kut for him language belum exist only visual). Kebetulan ada satu kali itu tukang kebun pinjam buku dinosaur, dari situlah juga antara mulanya mudah nak ajar perkataan kepada Ilhan. Yes he is fixated with dinosaurs. So for parents yang ada masalah kanak-kanak dengan language disorder kena cari minat dia, jadi pinjam pelbagai jenis buku mungkin ada minat keretapi, monsters dan lain lain. Kanak-kanak Autism and Asperger ni can be very fixated on certain things more than normal children. Habis semua jenis buku dinosaur dekat perpustakaan tukang kebun pinjam, I used dinosaur as a model to teach Ilhan colors, shapes and other basic words. Sebab Ilhan minat dinosaur lebih mudah bagi dia nak mengingat perkataan. Dahlah mama Ilhan bukan minat sangat dinosaur bila dah sampai stage Ilhan nak tahu specific dinosaur tu pening gak kepala mama Ilhan nak menghafal. Yang anehnya walaupun Ilhan kekadang tak pandai sebut lagi, tapi bila tukang kebun tersilap jenis nama dinosaur dia akan tunjuk banyak kali dekat dinosaur tu selagi tak dibetulkan. 

   Walaupun Ilhan tidak pandai menangkap bahasa, assesment dari visual pula above than average berbanding dengan kanak-kanak sebaya. Visual memory atau photographic memory Ilhan sangat kuat kiranya cover up lack in speech dia, jadikan daya permerhatian dia kuat. A good thing to have dan asah bakat si Ilhan dalam visual memory. Tapi banyak episode stress di sebalik untuk kanak-kanak  yang berumur 4~5 tahun yang terlebih bergantung dengan visual ni sampai tukang kebun pun takut nak bawa Ilhan ke tempat awam kalau terkeluar "bizarre behaviour" ni. Bayangkan kalau budak nak dekat 5 tahun route baru dah boleh ingat semua landmark sepanjang perjalanan for the first time sahaja. Bila akan lalu jalan tersebut untuk kali ke 2, sebelum sampai landmark Ilhan dah sebut dulu apa yang akan dilalui. Biasanya bila Ilhan ikut papa ambil mama di Uni, kalau papa lencong ikut jalan alternatif lain atau nak singgah tempat lain mulalah si Ilhan ni jadi agitated, dan suruh pusing ikut jalan biasa diikuti. Kalau hantar kawan pun begitu juga, dia nak juga pusing ikut jalan balik biasa mula tak tenteram. Papa Ilhan paling stress kalau Ilhan tertido dalam kereta masa ambil mama habislah sampai rumah nanti ada meraung tak nak keluar kereta. Bukan tantrum tapi ada satu tak lengkap untuk Ilhan macam rutin dia disrupted. Kanak-kanak autism adalah fix kepada sesuatu rutin jadi mereka akan stress kalau rutin tu macam tergendala. Sebab bila Ilhan tertido macam perjalanan rutin dia tergatung sekejap jadi nak kena ulang semula pada point dia tertido. 

 Mula-mula kami tak faham juga salah satu "bizarre behaviour" Ilhan ni. Tapi bila dah faham kami sedar kalau Ilhan distracted dalam sesuatu walaupun macam berhenti nak kencing ke tandas atau ambil makanan ke dalam bag dia akan mula resah dan menangis-nangis kalau kami tak reversed "time" untuk dia sebelum ada this little distraction. Yes time seems to stop for Ilhan bila ada this little distraction atau "iklan". Sebagai contoh mudah, Ilhan ikut papa dia beli barang beratur nak membayar, masa beratur bayar dah mula nak rasa kencing, papa dia cepat-cepat bayar kemudian bawa cepat-cepat ke tandas. Lepas Ilhan dah mula membuang air kecil, papa dia ingat terus nak ke parking kereta, mulalah Ilhan meronta-ronta menangis tak nak gerak. Disebabkan kami dah mula faham perangai pelik Ilhan ni, papa dia terpaksa bawa Ilhan semula pura-pura beratur macam nak bayar barang di counter sama barulah Ilhan calm down. Paling episode stress kami pernah kena tapi tak boleh reversed 'time' untuk Ilhan sebab Ilhan menjadi sendiri keliru mana point distraction dia ialah di pasar. Bayanglah budak 4 tahun pasti lebih keliru dengan bahagian pasar yang nampak gerainya sama sahaja. Gara-gara tengah jalan, si Ilhan lapar berhenti keluarkan pisang untuk dia bila dah mula bergerak nampak Okay tiba-tiba mulalah episode Ilhan meronta nak mengundur semula. Kami dah undur semula ke spot berhenti tadi tapi Ilhan jadi keliru mulalah berlari ke arah  tak menentu terpaksalah papa Ilhan grab dan dukung Ilhan kuat dari tersesat hilang. Sungguhlah stress kami terus menuju ke kereta dengan papa Ilhan dukung Ilhan meronta-ronta macam diculik, memang ramai asyik tanyakan what's wrong with the kid kepada papa Ilhan macam papa Ilhan culik anak sendiri dah. Papa also trying to control his temper with Ilhan jadi mama have to remind papa Ilhan cannot help it, he himself feel very lost and agitated. Bukan Ilhan buat perangai. He is born as he is. So if you have kids at this stage of behaviour do avoid places like pasar. It will get much better once they started to improve their language skill. Just hang in there.

  Memang banyak nak kena sabar, kita nak kena faham anak special macam ini bukan buat perangai atau 'tantrum' banyak benda mereka tak dapat faham sebab 'language disorder' so many things are alien to them cos they don't have word or understand the meaning of it. Perlahan-lahan Ilhan belajar basic word masa nak masuk 5 tahun macam 'bread'. Peristiwa tukang kebun tak boleh lupa bila tukang kebun kata nak beli 'bread". Masalahnya muncul ialah biasanya beli ' bread' dari rumah jalan belok kanan ke supermarket Coles berdekatan rumah bersama papanya. Tapi kali ini kami belok kiri sebab nak ke Adelaide Central Market sambil beli daging halal. Sudah mulalah Ilhan melalak-lalak pointing the opposite direction ke Coles "bread'' "bread" sehingga sampai Adelaide Central Market masih tak berhenti menangis lagi. As usual papa Ilhan dah mula stress dengan keadaan Ilhan begitu. Tapi tukang kebun dah tekad we must make Ilhan understand and be flexible tak boleh fix satu rutin sahaja. Terpaksalah tukang kebun kendong Ilhan yang dah nak 5 tahun tu sambil dia menangis-nangis bawa ke stall bakery yang biasa jual favorite croissant Ilhan sambil tunjuk look look Ilhan bread bread. Barulah reda si Ilhan selepas peristiwa itu Ilhan lebih flexible dan faham "bread" bukan sahaja didapati di Coles belakang rumah tu. Kanak-kanak dengan language disorder masa mula menambah perkataan better "action speaks louder than word" gradually they will start to comprehend. Nak marah membebel pun tak guna juga, they simply don't understand even if they are already 5 years old.

 Pada mulanya Ilhan masuk tadika biasa dengan ada bantuan 2 minggu sekali speech therapist datang ke tadika beri individual lesson. Kasihan juga tengok pada mulanya sebab Ilhan tak faham jadi banyak activity di tadika dia tak tau buat apa-apa duduk senyap je. Tak boleh juga salahkan cikgu sebab anak murid pun ramai. Ada sekali tu sebak juga bila kasi mandi balik dari tadika nampak kepalanya ada gumpalan darah macam terhantuk, tanya sebab apa banyak kali pun Ilhan bukannya reti nak explain. 

 Sebenarnya ketika itu tiada sesiapa pun dalam keluarga yang percaya bila tukang kebun kata Ilhan needs help, he looks really normal tapi ada something not right with his behavior. Seperti biasa comment yang diberikan balik ialah late bloomer atau pun orang dulu kata "pelat". Tapi ini dah nak masuk 5 tahun beberapa words je yang Ilhan tahu. Papa Ilhan pun mula tak percaya dengan cakap mama Ilhan, tapi mama Ilhan berkeras juga nak cuba masukkan Ilhan dalam waiting list untuk tadika yang ada special class untuk fokus kepada budak-budak ada masalah speech. Walaupun jauh sedikit nak kena hantar tapi if there is a chance Ilhan might improve sanggup menghantarnya setiap pagi sebelum rushing ke lab. Syukur Alhamdulillah next semester intake tak lama menunggu Ilhan dapat masuk walaupun waiting list panjang sebab diorang bagi priority base on assessment siapa yang lebih memerlukannya. Satu kelas pun tak ramai tak lebih 10 murid untuk cikgu fokus membantu nak improve speech kanak-kanak tersebut. Syukur Alhamdulillah like a miracle, hanya beberapa minggu Ilhan improve banyak sehingga papa terkejut dengar Ilhan boleh converse dengan atuk yang sedang memancing di tepi tasik on the way ke kereta papa jemput Ilhan dari sekolah.

 Pada waktu kanak-kanak 3~5 tahun adalah masa yang sangat critical untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah sebegini supaya mereka tidak ketinggalan. Early Intervention memang sangat penting. Sekiranya anda rasa anak anda nak dekat 3 tahun masih tak dapat berkomunikasi dengan bahasa buatlah assessment awal-awal. Selepas dapat 2 semester di tadika yang ada special speech therapy class tu (dah kena balik tanahair), perangai Ilhan pun banyak berubah and the parents life become much easier. The more language ability Ilhan gets the bizarre behaviour juga gradually hilang. Dulu pendiam sekarang self-confidant dah up rajin bertanya sampai semua orang dah tak larat nak menjawab. Tanya macam reporter kadang-kadang.

  Syukur Alhamdulillah dengan early intervention Ilhan dapat adapt dan mula mahir adapt skill nak mula fasih bahasa. Walaupun sekarang kadangkala Ilhan masih struggle dengan perkataan yang dia pertama kali dengar dan sukar nak faham maksud dia, Ilhan dah tak berdiam diri, dia rajin bertanya. Senang je nak nampak aksi Ilhan kalau dia faham ke tidak dengan soalan kita tanya, have to give him a few moments to digest, unlike others tak sponton Ilhan menjawab. Give him a few moments.

  Semasa Ilhan di Tadika kemas nak ambil ujian masuk sekolah kebangsaan tetapkan kelas, puaslah tukang kebun ajar Ilhan sekurang-kurangnya dapat duduk kelas tengah-tengah pun takpelah. Tak sangka pula Ilhan boleh terus masuk kelas A. Ujian awal masa darjah 1 nampak keputusan Ilhan bolehlah ikut walaupun risaulah juga nampaknya semua Gred A. Tapi yang mengejutkan masa peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris 100% dan Bahasa Melayu pula 66% menyebabkan bila kira 4 mata pelajaran system PBS jadi Ilhan nombor terakhir dalam kelas nombor 34 dan seluruh darjah 1 nombor 90 lebih. Geramnya mata mama ni menjeling dekat Ilhan. Apalagi lah kena slow talk dengan papa, Ilhan janji pastikan tak terkeluar dari kelas A tahun depan dengan periksa akhir tahun. Rupa-rupanya bila tukang kebun semak semula kertas periksa bahasa melayu ada 2 mukasurat di bahagian bekalang Ilhan tak jawab samaada ralit masa mewarna muka surat depan atau terlepas pandang. Bila tanya boleh jawab ke tidak katanya boleh.

  Sekolah Agama pula tak pernah pula kami mengajar biasanya Ilhan ulang kaji sendiri. Tapi tak sangka pula periksa akhir tahun ni dapat No.2 dan Bahasa Arab terbaik terkebil-kebil mata tukang kebun tengok surat Ilhan bawa balik. Ingat salah pandang sebab report card tak dapat lagi. Tanya Ilhan Bahasa Arab sekolah agama ni dapat berapa, katanya 100%. Kebetulan pula keputusan Bahasa Arab di sekolah kebangsaan pun 100%. Kami sekeluarga semua terkejut tak sangka pula Bahasa Arab yang langsung tidak diajar di rumah cuma di sekolah, ability Ilhan hafal bahasa arab ni bolehlah pula. Darah Arab lagi kuat ke Ilhan? Mama mengandung Ilhan takde pula mengidam makanan Arab.

  Syukur Alhamdulillah keputusan Sekolah Kebangsaan juga banyak perubahan dapat nombor 13 dalam kelas dan keseluruhan darjah 1 no. 14. Maka dapatlah kekal duduk kelas A untuk darjah 2. Janji Ilhan kepada papa dah ditepati. Cuma janji papa dekat Ilhan nak bawa kita celebrate kat Sunway Lagoon belum ditepati. Aiiii.... bang bila nak booking? A promise is a promise especially to a child who has a strong memory like Ilhan. We're very proud of you Ilhan.

  So for parents with child macam Ilhan ni, there is a big hope with early intervention program. Ilhan pun characteristic 'Autism' pun dah makin berkurangan seperti dulu dah banyak sangat berubah. Parents tidak boleh lepaskan tangan kat expert sahaja, in fact parents yang memainkan peranan penting. Expert only can guide and advise you. Sebab kanak-kanak 'Autism' ini clings closely to the caregivers. They need your attention more. Ilhan dulu when he doesn't understand language, akan baca facial expression tukang kebun whether its a yes or no, I'm please or not please. I don't even need to utter a word. Kanak-kanak language disorder banyak bergantung kepada visual.

 Ramai ibubapa yang beri pergorbanan dengan berhenti kerja atau put their careers on hold nak besarkan anak mereka yang diagnosed as "autism" or "asperger". Cuma mengeluh ada segilintir mencurahkan segala duit hantar anak kepada expertise tak ambil peranan mengharap anak boleh improve sekelip mata. I put my career on hold for my children cos I can resume my career when the time is right but I can never reverse back time to help my children with their growing development. Sekarang ni dah rasa lega cos we know Ilhan can somehow catch up with the language. Cuma now moment nak monitor for Rayyan development yang berumur 5 tahun. Rayyan sekarang huruf dan nombor banyaknya lah terbalik "mirror image" macam nak decode message dari trick Leonardo da Vinci pula tengok latihannya. Might be Rayyan brain dia tak pasti lagi which side otak nak pakai kut.  If Rayyan become a genius like Leonardo, Syukur Alhamdulillah. Everything for Rayyan seems normal except the heart. Ilhan dulu boleh menulis tangan kanan dan kiri bertukar-tukar dalam satu sketch lukisan. Walaupun masa Ilhan masih di tadika lukisannya lebih cantik dari mama dia yang tak de seni dalam melukis. Very fine details, binatang ada berapa kaki, kuku semuanya cukup. Rayyan pula have no problem with language in fact can come up with so many excuses yang mama dia rasa nak tarik-tarik je rambut ni. Selalu tukang kebun kata: Yalah tu Rayyan dengan 1001 alasannya.

 Hari ini mood nak berkongsi pengalaman membesarkan anak yang pernah diagnosed Autism dalam spectrum 'language disorder'. Bila tengok keputusan peperiksaan Ilhan akhir tahun ini sungguh rasa ringan kepala dan badan. Do not be despair there is always hope.

Selasa, 25 November 2014

Kacang Panjang Renek

  Kacang panjang renek yang sesuai ditanam dalam pasu untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad untuk berkebun seperti balcony garden. Pertumbuhannya sangat cepat biasanya mula dari semai biji benih hingga batch tuaian pertama hanya mengambil masa dalam sebulan lebih. Kelebihannya pokoknya renek tidak perlu disediakan pancang, boleh tanam dalam pasu, cepat memberikan hasil. Tetapi musim buahnya singkat sebab proses matang pokoknya cepat tidak seperti kacang panjang lain yang menjalar kerana memerlukan masa lebih sedikit untuk mula berbuah.
 Bunga kacang panjang berwarna ungu dan kerengga suka akan kemanisannya. Sedap agaknya buah kacang panjang renek ini yang tuaian batch pertama semuanya kena ngap rasmi dengan tupai-tupai berlompat ria di belakang kebun tu.
 Buahnya sungguh cepat membesar dalam 3~4 hari kenalah rajin menjenguk dan sediakan bakul untuk menuai.
  Biji benih kacang panjang tidak memerlukan banyak air untuk bercambah sebab kulit luaran biji benihnya tidak keras. Tidak perlu direndam dalam air takut reput pula biji benihnya. Terus sahaja semai di tapak semaian di musim hujan ini sudah memadai di kawasan yang mendapat cahaya.
~ Kacang Panjang Renek ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek berharga RM3.00 .
 Tengahari semalam tukang kebun tanda telur-telur yang dah beberapa hari dikeluarkan oleh si ayam telur. Sekejap nampak macam nak ngeram sekejap tidak lebih baik tukang kebun kutip telur baru nanti untuk makan je mula hari ini. Lepas tu tengok si itik hitam pun nakal yang mana tak berisi diorang masuk pecahkan (caught red-handed). Siap sebelahnya ada buah kacang panjang merah jatuh lagi yang dah mula melilit masuk dalam sangkar. Hari ini tengok ada 2 telur segar yang tak bertanda untuk dikutip. Syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak. 

Isnin, 24 November 2014

Kyuuten Mizuna

 Syukur Alhamdulillah tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama hari ini ialah Kyuuten Mizuna, bendi mammoth, kacang kelisa, asparagus, kacang panjang, markisa dan limau nipis. Di sebelah barat ada 'Arugula', di sebelah Timur terutamanya di negara Jepun ada 'Mizuna'. Kira 'Mizuna' ini sebenarnya a version of Asian 'Arugula' cara nak sediakan lebih kurang sama. Tukang kebun lebih enjoy buat 'Mizuna' dalam fresh salad dari 'Arugula' sebab teksturnya lebih ranggup dimakan. Cara penjagaan 'Mizuna' dan 'Arugula' sama sahaja.
  Sayur daun Kyuuten Mizuna sesuai ditanam di dalam bekas bersama-sama sepohon bunga telang in full sun recommended for balcony gardeners yang mempunyai ruang terhad. Ramai yang bayangkan pokok bunga telang perlukan tempat memanjat tetapi anda boleh latih pokok tersebut menjadi bongsai seperti gambar No. 2. Bulan lepas dari pasu yang sama, kami dapat tuai Bok Choy 'Vitaminna' dan 'Komatsuna' sebelum dipindahkan anak-anak pokok sayur Kyuuten Mizuna (klik posting sebelum ini di sini). Jika diperhatikan pokok bunga telang juga dah mula naik subur dan menghasilkan bunga semula yang boleh dicampurkan dengan salad sayur Mizuna. Pokok bunga telang boleh hidup lama jika kita rajin kutip bunganya dan tidak membiarkan ianya membentuk banyak benih. Kacang muda bunga telang juga boleh digoreng bersama sambal petai udang. Untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad dan tiada tanah ini adalah cara untuk ambil peluang menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sambil bercucuk tanam.
 Berbeza dengan 'Arugula', 'Mizuna' masa anak pokok dah bergerigi nampak daunnya. Bagi mereka yang biasa menanam 'Arugula' akan nampak perbezaan tersebut (gambar anak pokok arugula klik sini). Sementara nak tunggu pokok sayur daun yang dah hampir nak dituai, 2 minggu sebelumnya bolehlah menyemai biji benih yang baru yang bakal dipindahkan ke bekas tersebut untuk tidak membuang masa. Kalau rasa terlampau banyak sangat anak-anak pokok Mizuna Kyuuten naik dan tidak dapat dipindahkan semua kerana kekurangan ruang, boleh sahaja buat anak-anak pokok tersebut sebagai fresh salad dalam sandwich atau burger. Oleh itu walaupun tiada ruang tapi jika ada bekas kecil macam gambar di atas boleh sahaja letak sebelah tingkap bercahaya dan merasa hasil walaupun anak-anak pokok sekecil itu jadikan sebagai ulam/salad/sayur sandwich/sayur burger pun boleh. Kalau macam tu sayur segar di tempat kerja pun boleh kan bela atas tray bekas-bekas kecik di spot sebelah tingkap yang ada cahaya?
  Perhatikan gambar-gambar Mizuna Kyuuten batch yang sama dalam pasu sama, ada tukang kebun rekodkan tarikh pertumbuhannya untuk berkongsi dengan gardeners lain. Sebelum pindahkan anak-anak pokok baru trim pokok bunga telang tersebut untuk tidak menghalang pencahayaan.
 Perkembangan pertumbuhan sayur daun Mizuna gambar atas dan bawah dalam masa seminggu. Dah boleh tuai dah kalau nak.
  Sebelah pagi Sabtu lepas dearest husband pergi main Futsal wakil team division company dia mencari rezeki ada Sports Carnival. Masa pagi tengok anak-anak angkat belakang rumah kasi makan, lepas tu sambil isi air dalam bekas, mata dah tak tahan tengok rumput-rumput yang meriah naik cepat antara celahan batu-bata. Sambil tunggu bekas air penuh sambil sebelah tangan mencabut-cabut rumput terus jadi ralit. Ingat nak buat pruning dekat pergola depan sekali berjam pula jadinya mencabut rumput adalah 2 meter persegi juga tukang kebun cabut weed di celah batu bata sampai dearest balik rumah dah lepas Zohor di depan pintu dapur. Nampak tak gambar bawah yang ketara sangat bahagian dah dicabut dan belum dicabut.
~ Anggaran 50 Biji Benih Kyuuten Mizuna berharga RM1.00 sepek ~

Hasil cabutan rumput boleh tahan.
  Sekarang ni kalau nak kasi makan anak-anak angkat ayam gajah pakai baju yang buruk dan lusuh je lah tak sangka kacukan anak ayam gajah ini begitu manja sekali. Lebih-lebih lagi yang dalam gambar ini. Setiap kali masuk mesti terbang naik atas tangan, kalau tak dapat tangan di belakang badan atau bahu nak bertenggek juga. Habis berpasir baju atau bahagian tangan. Kalau lapan-lapan ekor naik errrr....dah jadi not a scary scarecrow. Anak-anak itik pula kalau lambat kasi makan mula menyudu kaki.
 Sabtu lepas yang anak-anak ayam kampung original 4 ekor tukang kebun dah pindahkan ke sangkar Petak 2 hidup bersama-sama ayam gajah dan itik telur.
 Sabtu lepas macam tercungap-cungap rasa banyak benda nak kena tick off the list, sebelah petang dearest husband sempat hantar motosikal tukar tayar dan servis sekali. Hantar budak-budak pergi kelas Taekwando sambil menunggu mereka singgah Econsave beli stok makanan. Kemudian singgah PetShop beli stok makanan-makanan ayam berguni-guni. Lepas Maghrib rushing ke Taman Alam Impian ada jemputan Birthday tema Frozen. Seronoklah juga dapat catch up dengan member-member lama yang dah tak jumpa.
 Email-email lewat malam nanti baru tukang kebun dapat balas kalau tak tertidurlah.

Ahad, 23 November 2014

Cosmos Coming Out

 Minggu ini pokok-pokok bunga cosmos rajin berbunga bersilih ganti tak putus-putus menceriakan Kebun Bahagia Bersama yang sedang rumput meninggi tak terkejar nak memotong masa musim hujan ini. Apatah lagi nak manually merumput tempat yang pemotong rumput tak boleh lalu. Antara jenis Cosmos bipinnatus yang sedang musim berbunga ialah Cosmos White Purity dan cosmos berwarna pink. Yang teringin sangat nak tengok jenis Cosmos bipinnatus mekar di depan mata cuaca bulan ini dan bulan depan adalah musim semaian untuknya yang sesuai di Lembah Klang.

~ Cosmos White Purity (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

 Gambar No. 3 dan No. 4 pula adalah jenis Cosmos sulphureus di mana yang No. 3 jenis Vibrant Orange dan No. 4 Yellow Sunshine amat mudah ditanam di kawasan Tanah Rendah Malaysia Sepanjang Tahun. Recommended for Novice Gardener. Fresh seeds from Kebun Bahagia Bersama.

~ Cosmos sulphureus Vibrant Orange/ Yellow Sunshine ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Yang juga amat mudah tumbuh ialah ulam raja (Cosmos caudatus) yang juga ada sedang berbunga untuk pastikan bekalan biji benih segar dapat dibekalkan berterusan. Opppsss birthday boy dah keluarkan mesin rumput dah tu sementara tunggu tukang kebun nanti muncung pulak.

 Tukang kebun nak rushing potong rumput di frontyard sekarang.

Have a lovely weekend,


Sabtu, 22 November 2014

Tapioca Spicy Stick

 Genap sebulan selepas dearest hubby cucuk keratan ubi kayu di backyard dan dibiarkan ianya tumbuh sendiri dengan rezeki air hujan sekarang, beginilah progressnya seperti gambar di atas. Hari ditanam keratan batang ubi kayu nota posting sebelum ini klik sini. Comel juga nampak bayang-bayang corak daun ubi kayu di tanah macam seni.

  Baru pindah rumah? Tanah padat? Nak pecahkan tanah dan menjadi lebih mudah nak gembur? Tanamlah ubi kayu dulu sementara sibuk nak uruskan hal-hal yang di dalam rumah bila tiada masa lagi nak fikirkan yang di luar dan simpan budget untuk tumbuhan dalam wish list. Dari tanah terbiar untuk sementara waktu ini adalah hasil. Tak sempat nak potong rumput pun takdelah stress nak fikir ubi kayu tu tumbuh tinggi jadi tak kalah dengan rumput rumpai.
  Isi ubi kayu sedap juga dipotong kecik-kecik supaya dapat digoreng dengan ranggup kemudian gaul dengan seasoning home-made yang kita suka menjadi snack sambil berehat. Goreng berlada makan begitu sahaja pun sedap. Kalau tengok kerepek ubi kayu moden sekarang pun takut, banyak dilumur dengan seasoning yang tak sihat macam MSG takut nak makan fikir banyak kali. Kekadang tukang kebun potong ala-ala wedges ubi kentang, goreng dulu dan masak bersama sambal sardin pun sedap pengganti ubi kentang.

 Anak-anak tukang kebun dah tak berapa layan ubi kentang sejak kembali ke tanahair rasa beza sangat dengan yang fresh di sana especially home-grown. Mereka lebih enjoy makan ubi kayu sekarang. Bak kata Big Boss (nenek) padan muka maknya spoil the kids with home-grown jadi the mother kena continue growing fresh food for the kids hehehe..... deria lidah rasa budak-budak ni tak boleh tipu. In a way its good to teach them to eat fresh local-made food, cut cost miles (oil) especially imported food that has to travel so far like plane. Reduce oil usage, cleaner earth, save the environment.

Gardeners lain pula bagaimana, teringin nak makan ubi kayu masak style apa?

~ 7 keratan ubi kayu baka Sabah RM5 ~

Jumaat, 21 November 2014

Vitaminna dalam dakapan Dukung Anak

 Syukur Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan-NYA dapatlah juga buat semaian batch baru Queen of the night dan pindahkan beberapa anak-anak pokok seperti ulam raja dan terung pada pagi Jumaat yang mulia ini sebelum ambil Ilhan dari sekolah agama. Bulan ini ramai betul yang mengidam nak makan ulam raja, so Ulam Raja is actually one of the hot item in November. Setiap minggu dipos atau self-collect anak-anak pokok ulam raja ataupun biji-biji benih. Hasil dari menikmati tuaian segar dan 100% organik dari kebun sendiri semalam antara punca dapat nikmat rezeki kesihatan dan badan cergas pada pagi ini bergerak untuk aktiviti harian. Bukan sahaja makanan tapi juga minuman dari jus roselle untuk seisi keluarga. 

 Semalam bertambah seronok dapat tuai Sayur Bok Choy jenis 'Vitaminna' yang mula menjadi kegemaran di Jepun pun jadi kegemaran di Kebun Bahagia Bersama.  Siapa sangka biji benih Vitaminna yang ditabur di raise bed (kubur angsa dan ikan koi) bercambah dengan sungguh baik bulan lepas mengharapkan hujan sahaja dalam keadaan full sun. Lepas tu yang mana rapat-rapat tumbuh sambil weeding dijarak-jarakkan berjaya tumbuh dengan tanpa banyak kerja. Yang hanya tukang kebun lakukan ialah kemas batas, semai, merumput (sekali sahaja), jarakkan anak-anak pokok (thinning), dan tuai itu sahaja (spend less than 30 minutes from seed sowing to harvest). Busy? If you can watch TV for 30 minutes means you have time to grow your own food. Dengan cuaca sekarang yang hujan kerap memang tak perlu siram walaupun terdedah in full sun (100%).

 Baja? Langsung tak bagi. Dah kalau weed tu boleh tumbuh gemok-gemok cepat membesar pasti sayur daun pun sama. Tak kuasa nak bela weed tu juga bagi baja. So here is a tip, kalaulah tanah tu weed pun tumbuh bermaharajalela ianya menunjukkan tanah pun bukanlah kekurangan zat. Jadi yang beli baja janganlah membazir bagi dekat weed. Kalau macam pertumbuhan tak baik mungkin sebab faktor lain seperti pencahayaan, pH tanah, suhu sekeliling dan lain-lain. Terlampau baja juga adalah tidak baik kepada tanah juga kerana ianya akan menukar pH tanah. Setiap tumbuhan ada keperluan purata pH tanah yang digemari. If you have very healthy weeds means you have a soil which won't be label as not fertile. 
 Gambar diambil pada waktu tengahari buta jadi nampaklah daunnya moyok sikit lepas tu 2 hari tak hujan tapi mereka masih boleh hidup bahagia dalam dakapan rumpai 'Dukung Anak'. Nampak semakkan? Di kelilingi oleh weed seperti dukung anak. Tukang kebun cuma ada masa sekali je nak merumput dalam kawasan ini dulu lepas semai biji benih Vitaminna. Tapi adalah juga hasilnya dari dibiarkan tanah ruang yang ada dipenuhi dengan weed sahaja. Rugi kalau kita tak ambil kesempatan musim hujan ni nak bercucuk tanam di Lembah Klang ni. Tukang kebun rasa bulan November tahun ini berbanding dengan tahun lepas dan tahun sebelumnya sebenarnya lebih panas dan hujan tak selumayan. Jadi takdelah nak risau rempuhan hujan lebat sangat atau tanah terlampau basah.

Bok Choy Vitaminna tuaian bulan ini besar cepat dalam sebulan macam gambar no. 1 yang kena tindan dengan tuaian lain. So happy!

~ Bok Choy Vitaminna ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .