Tengok Seri Pagi dari minggu lepas kembang menjadi-jadi tiap hari memang hari ini tak de Monday Blues. Bulan November ini cuaca di Kebun Bahagia Bersama memang kegemaran pokok bunga Seri Pagi. Kalau hujung minggu ini, masih ragu-ragu nak semai biji benih apa dari condition semaian tukang kebun, recommend dalam kelompok Seri Pagi dan Cosmos bipinnatus. Seri pagi dengan cuaca sekarang cepat tumbuh dan berbunga, mungkin meriah bunganya bila Christmas jika disemai dalam sekitar pertengahan bulan ini. Kalau nak saji minuman air roselle warna merah kepada tetamu semasa Tahun Baru Cina semailah biji benihnya pada minggu ini cuaca elok sekali.
Antara bunga dalam pek campuran Cosmos Sensation (Cosmos bipinnatus) yang sedang mula musim bunganya di Kebun Bahagia Bersama. Dalam pemerhatian tukang kebun selalu perhatikan Cosmos bipinnatus mudah tumbuh masa pertengahan ke akhir musim hujan dan bila timingnya kena bila ada masa hujan rehat (panas kering) sebentar musim bunganya yang baru bermula akan menghasilkan bunga-bunga kembang yang lebih meriah. Biasanya masuk Tahun Baru Cina ada rasa perubahan cuaca kurang hujan sikit. Sebab tu tukang kebun pun mengejar masa nak cuba semai Cosmos bipinnatus bulan ini hingga ke bulan depan.
~ Cosmos Sensation Mixed ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.
Terima kasih kepada semua berikan good well wishes. Syukur Alhamdulillah mata dah makin normal kembali. Yang lebih memeranjatkan setelah lama tak check mata baru terhegeh nak buat cermin mata sebab tak boleh pakai contact lenses untuk 2minggu, rupa-rupanya mata tukang kebun sebenarnya tak rabun seperti dulu dah impoved banyak. Tukang kebun mula rabun selepas lahirkan Ilhan dan dalam masa pantang kena pergi Medical Check Up untuk permohonan sambung belajar baru perasan penglihatan tak tajam seperti dulu. Disuruh datang semula check mata lepas buat cermin mata. Mungkin sebab lifestyle ketika itu tak elok sebab kerja tiap hari banyak menghadap screen monitor sebagai production planner dan lepas bersalin mungkin physical menurun effect mata kut. Sambung belajar pula banyak tenyeh mata tengok cell dan chromosome kecik-kecik guna microscope dalam bilik gelap pula.
Syukur Alhamdulillah lepas tukang kebun change career as tukang kebun Kebun Bahagia Bersama rupa-rupanya takdelah serabun dulu. Masa sakit mata lalu baru-baru ini check yang sebelah kanan 125 dan mata kiri yang tengah sakit 225. Selama ini pakai contact lens both eyes 250. Overpower patutlah selalu pening kepala. Yang mata kiri nak kena check semula sebab masa check tu mata masih sakit berair lagi sebelum nak dapatkan contact lens baru nanti. Cuma mata tukang kebun ni tak tahan silau cahaya artificial je (paling tak suka kena drive malam dan berlegar dalam shopping complex besar lama-lama). Sudah jadi nocturnal mammal. Tak sangka pula ya bila sekarang lebih banyak mengisi masa di kebun eyesight menjadi lebih baik.
Antara Seri Pagi yang disemai bulan lepas sudah mula musim bunganya di Kebun Bahagia Bersama. Lembut sungguh warna birunya sedap mata memandang. Ubat cepat pulih sakit mata hehehe....
6 ulasan:
MasyaAllah cantik nye bunga cosmos sensation tu...mcm artificial color...
ank2 seri pagi sy halussss je lagik, tak sabar nk tunggu turn :)
bagus..bagus Diana suka kalau betul bunga2 yang cantik tu menjadi satu terapi untuk mata kembali terang. Penambahan warna untuk kornea kut ya...
cantik kan kalau dapat tanam berjenis bunga dan berbagai warna dalam satu kelompok....
bila time berbunga, aduhh! tak dapat dibayangkan betapa cantik dan berwarna warninye halaman kita...
nak pulak ada diantaranya yang berbau wangi...tenang jiwa raga bangun pagi bukak tingkap/pintu...oksigen menerobos masuk...segar...nyaman...
Salam Bahagia @na,
Cosmos warna merahnya unik sekali kan.
Salam Bahagia Alis,
InsyaAllah dengan cuaca sekarang dengan cahaya matahari yang banyak cepat sungguh seri pagi tumbuh dan berbunga.
Salam Bahagia Kak Mala,
Kurang menghadap skrin dan banyak tengok natural light punya environment lebih bagus untuk mata.
Warna-warna bunga pun elok untuk mata kut hehehe....
Salam Bahagia Bunda,
Memang seronok kalau dapat tanam pelbagai bunga dalam satu tempat dan kembangnya serentak.
Semangat bangun pagi apabila ada yang menyambut berseri-seri di laman rumah.
Salam Bahagia @na,
Cosmos warna merahnya unik sekali kan.
Salam Bahagia Alis,
InsyaAllah dengan cuaca sekarang dengan cahaya matahari yang banyak cepat sungguh seri pagi tumbuh dan berbunga.
Salam Bahagia Kak Mala,
Kurang menghadap skrin dan banyak tengok natural light punya environment lebih bagus untuk mata.
Warna-warna bunga pun elok untuk mata kut hehehe....
Salam Bahagia Bunda,
Memang seronok kalau dapat tanam pelbagai bunga dalam satu tempat dan kembangnya serentak.
Semangat bangun pagi apabila ada yang menyambut berseri-seri di laman rumah.
Catat Ulasan