Kacang panjang renek yang sesuai ditanam dalam pasu untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad untuk berkebun seperti balcony garden. Pertumbuhannya sangat cepat biasanya mula dari semai biji benih hingga batch tuaian pertama hanya mengambil masa dalam sebulan lebih. Kelebihannya pokoknya renek tidak perlu disediakan pancang, boleh tanam dalam pasu, cepat memberikan hasil. Tetapi musim buahnya singkat sebab proses matang pokoknya cepat tidak seperti kacang panjang lain yang menjalar kerana memerlukan masa lebih sedikit untuk mula berbuah.
Bunga kacang panjang berwarna ungu dan kerengga suka akan kemanisannya. Sedap agaknya buah kacang panjang renek ini yang tuaian batch pertama semuanya kena ngap rasmi dengan tupai-tupai berlompat ria di belakang kebun tu.
Buahnya sungguh cepat membesar dalam 3~4 hari kenalah rajin menjenguk dan sediakan bakul untuk menuai.
Biji benih kacang panjang tidak memerlukan banyak air untuk bercambah sebab kulit luaran biji benihnya tidak keras. Tidak perlu direndam dalam air takut reput pula biji benihnya. Terus sahaja semai di tapak semaian di musim hujan ini sudah memadai di kawasan yang mendapat cahaya.
~ Kacang Panjang Renek ~Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek berharga RM3.00 .
Tengahari semalam tukang kebun tanda telur-telur yang dah beberapa hari dikeluarkan oleh si ayam telur. Sekejap nampak macam nak ngeram sekejap tidak lebih baik tukang kebun kutip telur baru nanti untuk makan je mula hari ini. Lepas tu tengok si itik hitam pun nakal yang mana tak berisi diorang masuk pecahkan (caught red-handed). Siap sebelahnya ada buah kacang panjang merah jatuh lagi yang dah mula melilit masuk dalam sangkar. Hari ini tengok ada 2 telur segar yang tak bertanda untuk dikutip. Syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak.
3 ulasan:
kak rasa bagi orang yang ruang lamannya sempit tapi masih nak berkebun, eluklah tanam pokok kacang renek ni.. Dalam pasu pun boleh tanam. Betul cepat keluar buahnya..
salams TK, seronoknya mengutip hasil telor ayam :):)
Salam Bahagia Kak Mala,
Betulkan Kak Mala sementara tunggu hasil lain elok tanam kacang panjang renek ni cepat je ada hasil untuk yang mempunyai ruang yang terhad.
Salam Bahagia Kak Amiizaa,
Memang bahagia kalau dapat selalu kutip telor ayam dari kebun.
Catat Ulasan