No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 Februari 2015

Zinnia Peppermint Stick

   Hujung minggu ini sambil sarapan atau berehat minum petang mari mencuci mata tengok Zinnia Peppermint Stick di Kebun Bahagia Bersama. Bulan January dan February awal tahun 2015 ini sebenarnya masih terdapat pelbagai jenis zinnia berterusan berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Zinnia peppermint stick bukan jenis zinnia yang baru mula kami berjinak kerana dah pernah beberapa kali sudah ada musim bunganya cuma belum lagi dibuat intoduction khas untuk jenis Zinnia Peppermint Stick di laman posting blog.
 Zinnia peppermint stick adalah jenis zinnia yang dwi-warna. Yang corak biasa dilihat adalah berwarna kuning dengan jaluran serpihan merah atau berwarna putih dengan jaluran serpihan merah. Saiz bunganya adalah jenis sederhana dalam kategori Zinnia.
 Ada kuntuman bunganya yang kelopak berlapis-lapis atau selapis sahaja. Tukang kebun perhatikan Zinnia Peppermint Stick yang berwarna kuning ada 3 jenis corak dihasilkan seperti No. 1 di mana banyak jaluran merah yang nyata dihasilkan. Kemudian seperti gambar No. 4 in yang cuma ada beberapa jaluran merah yang tebal.
 Gambar No. 5 pula Zinnia peppermint stick yang bunganya berwarna kuning kelopak lapis percikan merah adalah halus. Minggu ini barulah selesai kemaskan dan sorting biji-biji benih segar baru dituai Zinnia Peppermint Stick untuk dimasukkan ke dalam latest katalog Kebun Bahagia Bersama.
 Terdapat juga beberapa jenis pilihan Zinnia di dalam katalog Kebun Bahagia Bersama bagi yang berminat nak hiasi laman mereka dengan bunga yang pelbagai warna dan corak ini. Beberapa contoh zinnia yang dituai biji benihnya baru-baru ini adalah seperti Zinnia Cactus Mixed. Yang ini memang kegemaran tukang kebun sebab sesuai mudah bela di kebun kami.

~ Zinnia Cactus Mixed ~
 ~ Zinnia Pink Luminosa ~
 Tuaian Khamis lepas pun macam nak ikut tema corak Zinnia Peppermint stick juga macam si sayur asin-asin ada serpihan putih-putih di atas daunnya hijau. Kebetulan Tuan Tanah ada balik 2 malam, lalu dikirim bersama limau nipis untuk stok Big Boss di Sabah. Minggu ini ada 1 pagi tu cuaca rasa sejuk mungkin disebabkan itu ada pokok-pokok asparagus teruja nak keluarkan pucuk baru dari tanah.

~ Asin-Asin ~
1 anak pokok RM5.00 .

6 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum diana, cantiknya pokok zinnia peppermint stick tu macam2 kaler ada, kalau dpt di pos ke brunei ni mmg teringin sngt nak beli benih nya utk menghiasi laman yg suram hehe

ct aju berkata...

cantiknya....ct nak jugak zinnia peppermint stick

suka suka berkata...

K mar nak peppermint stick 1 pek..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Diana,
Alhamdulillah..kiriman Kak Diana telah selamat smpai di rumah MIL kelmarin. Tp harini bru ambil sbb kerja.gembira bila dpt no tracking tu xpyh ckpla,Pastu bila terima lg la senyum smpai ke telinga.hihihi..balik rumah cepat2 kambus btg ubi kayu kt laman dapur.pastu dptla pula free btg mulberry, pun saya tnm terus.pastu free lg btg asin2,pun tnm terus.btg ubi kayu pun Kak bg lebih.Pastu saya spray2 sikit pokok fanciful finnery,ginseng jawa, bwg dayak Dan pokok asin2 yg dlm pot.buat keje smbil snyum.kena pulak jiran tepi kiri dan kanan rumah dok tegur kata saya rajin menanam walau dalam pasu..wah..senyum lagi saya..tp saya ckp la, sy ni kira biasa2 ja..org lain lg best tanamannya..pastu masuk rumah cek biji benih.macam byk pula.cek betul2 rupanya ada free,bukan sikit, 7 pek pula tu..lagi la senyum.ni walaupun mengantuk, saya nak juga komen sini, nak bagitau yg saya gembira sgt2.terima kasih Kak Diana!
-nyza sg petani

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Noor,

Unik sebab dwi-warna. Jadi seronok tengok kembangannya jadi rambang mata hehehe...
Mentang duduk kat kawasan Selangor jadi tema merah kuning lagi banyak yang keluar hehehe....

Salam Bahagia Ct Aju,

Dah email details ke CT.

Salam Bahagia Kak Mar.

Ada simpankan untuk Kak Mar.

Salam Bahagia Nyza.

Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.
Baguslah tu nanti jiran-jiran pun akan semangat terikut-ikut nak bercucuk tanam juga. Makinlah sejuk hijau kawasan perumahan Nyza nanti.
Happy Gardening!

Journey of Life Remyunes berkata...

Salam kak... Saya ade email...xsabar2x tggu akak reply..huhuhu.