Chinese Lunar Calendar dah nak masuk tahun baru, barulah Tukang Kebun siap buat compilation untuk catatan anak-anak pokok yang telah mula dibekalkan tahun lalu 2015. Draft posting ini dah lama duduk terperap sejak tahun lepas hari ini baru dapat selesaikan. Tahun 2015 selain dari projek menyemai anak-anak pokok, ada projek baru juga menambahkan kesibukan urusan setiap hari members Kebun Bahagia Bersama. Yang dah lama follow garden ramblings Kebun Bahagia Bersama pasti perasan yang tahun 2015 juga kami sibuk mula menyahut cabaran untuk menternak ayam dan itik bagi mendapatkan hasil daging atau hasil telur.
Jadi tidak disangkakan setelah siap posting ini as a result untuk tahun 2015, Kebun Bahagia Bersama telah menambahkan dalam senarai 32 new items dalam catalog untuk kumpulan anak-anak pokok. 100% hasil semaian dari Kebun Bahagia Bersama. Menurun 1 item jika dibandingkan dengan tahun 2014 iaitu 33 new items. Takpelah compensate dengan trial menternak ayam kampung dan itik telur tahun 2015 yang berjaya juga diteruskan hingga sekarang.
Syukur Alhamdulillah atas sokongan dan dorongan semua sudah genap 3 tahun Kebun Bahagia Bersama membekalkan anak-anak pokok yang disemai di kebun kecil kami. Dalam 3 tahun ini sudah sebanyak 110 jenis anak-anak pokok telah dapat dibekalkan. Boleh juga ibaratkan Kebun Bahagia Bersama ini kembar our little girl Abbiyana Ariel yang juga berusia sudah 3 tahun lebih. Sebab Kebun Bahagia Bersama ini bermula semasa Tukang Kebun mengandungkan Abby. Terima kasih di atas tunjuk ajar, sokongan dan dorongan, menampakkan Kebun Bahagia Bersama juga semakin berkembang atau membesar seperti Abby juga (hopefully not the case angkat bakul sendiri).
Boleh lihat senarai tumbuhan baru yang ada dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama untuk tahun 2015 seperti di bawah boleh scroll scroll scroll. Untuk mengetahui maklumat lanjut bagi setiap tumbuhan tersebut boleh tekan (klik sini) dan akan keluar page baru berkenaan tumbuhan tersebut. Dalam kumpulan buah-buahan untuk tahun 2015 ini kami telah bermula juga membekalkan bibit-bibit kelapa selain dari buah kelapa muda, buah kelapa tua dan buah isi kelapa yang telah siap dikukur. Begitu juga kami telah cuba menambahkan pilihan jenis-jenis sulur pisang yang ada. Tidak ketinggalan dengan juga membekalkan buah-buah pisang segar lagi organik.
Yang berminat untuk self-collect anak-anak pokok dari koleksi Kebun Bahagia Bersama juga boleh masa cuti panjang Tahun Baru Cina. Self-collect schedule boleh rujuk di posting Isnin lepas (klik sini).
Koleksi senarai anak-anak pokok Kebun Bahagia Bersama untuk tahun 2013 (klik sini).
Koleksi senarai anak-anak pokok Kebun Bahagia Bersama untuk tahun 2014 (klik sini).
~ Januari 2015 ~
~ Kelapa gading (klik sini)
1 bibit kelapa gading RM7.00 .
~ Heliconia Guyana (psittacorum X spathocircinata)(klik sini)
1 set rhizome RM12.00 .
~ Februari 2015~
~ Mata Pelanduk (klik sini)
1 bekas RM5.00 .
~ Pisang Bunga <Musa ornata>(klik sini)
1 sulur anak pokok pisang RM10.00 .
~ Sagittaria (klik sini)
~ African Spear (Sansevieria cylindrica)<klik sini>
1 moist bare-rooted plant RM7.00 .
~ Pokok Salam (@Serai Kayu)/ BayLeaf Nusantara (Syzygium polyanthum) <klik sini>~
1 bekas berharga RM10.00 .
~ Herba Misai Kucing Bunga Ungu (klik sini) ~
1 bekas berharga RM7.00 .
~ Tarap (klik sini)
1 bekas berharga RM15.00 .
~ April 2015 ~
~ Pisang Tembaga/ Pisang Raja Udang (klik sini)
1 sulur anak pokok pisang RM15.00 .
~ Portulaca Pink Flush (klik sini)
1 pot RM7.00 .
~ Portulaca White Candy Red Stripe (klik sini)
1 pot RM5.00 .
~ Mei 2015 ~
~ Limau Kapas (klik sini)
1 grafted plant RM15.00 .
~ Portulaca Red Sun (klik sini)
1 pot RM3.00 .
~ Pisang Abu/ Pisang Sabah (klik sini)
1 sulur pisang RM7.00 .
~ Pandan (klik sini)
1 anak pokok pandan moist bare-rooted RM4.
~ Keladi Gajah <Elephant Ears plant> (klik sini)
1 moist bare-rooted plant RM5.00 .
~ Lidah Mertua (Sansevieria trisfasciata) (klik sini)
2 moist bare-rooted plant for RM5.00 .
~ Terung Susu Kambing (Apple of Sodom) (klik sini)
1 anak pokok RM7.00 .
~ Julai 2015~
~ Mayang Sari (Citharexylum spinosum) <klik sini>
1 pot RM10.00
~ Ogos 2015~
~ Lemon Tahiti (klik sini)
1 grafted plant RM25
~ The Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicinis) <klik sini>
1 bare-rooted plant RM15
~ September 2015~
~ Mickey Mouse <Orchna kirkii> (klik sini).
1 pot RM10
~ Ubi Kayu Daun jejari tirus untuk pucuk muda (klik sini).
7 keratan for RM5.
~Oktober 2015~
~ Kelapa bentuk bola rugby (klik sini)
1 bibit kelapa RM5.00
~ Kesidang/Kerak Nasi (Vallaris glabra) <klik sini>
1 bekas RM10.00
~ Mulberry Putih (Morus alba)<klik sini>
1 bekas RM10.00 atau 4 fresh cuttings RM10.00
~ November 2015~
~Bonglai Hitam/Bonglai Hantu/ Borneo Red Beehive Ginger (Zingiber ottensii Valenton)<klik sini>
1 set rhizome RM15.
~ Heliconia stricta 'FireBird' <klik sini>
1 set rhizome RM10.
~ Pandan Serani/Daun Suji <klik sini>
1 bekas RM10.
~ Disember 2015~
~ False Eranthemums <Pseuderanthemum carruthersii var. atropurpureum cv. tricolor>(klik sini)
1 bekas RM7.00
~ Pisang 40 hari / Pisang Bantan (klik sini).
1 sulur anak pokok pisang RM8.00
5 ulasan:
bestnya.....
beraneka rupa..
Slm..... pisang serendah ad x?
Kakak nampak terung susu kambing tu teringat dulu masa kakak kecik kebun bakap kakak ada tanam tapi la ni lama betul kakak tak jumpa tau.
Syukur Alhamdulillah Kak Suzie masih diberikan keupayaan untuk meneruskan usaha kebun kecil ini.
Semoga dapat mengikuti citarasa pemilihan tumbuhan kegemeran gardeners yang pelbagai dear Angah.
Salam Bahagia.
Pisang serendah ada.
Tapi kami belum mula bekalkan lagi sulurnya nak biarkan banyak dulu pokoknya di kebun sendiri.
Salam Bahagia KakZakie.
Jika di Tamu Sabah ada juga yang jual buah terung susu kambing dari pekebun kecil macam kami ni. Tapi jarang-jarang juga.
Mungkin ramai tak kenal khasiat pengunaannya.
Catat Ulasan