Tukang kebun kalau bab hal orkid ini memang kurang arif. Dah berminggu-minggu juga mencari jenis species orchid di atas tetapi belum lagi jumpa. Maka terperaplah posting ini dalam status draft dengan lamanya. Jadi Tukang Kebun mohon yang ada pengetahun mengenai jenis orkid ini, mohon tunjuk ajar. Marilah kita berkongsi-kongsi ilmu yang ada, tak baik kedekut tau. Nanti Tukang Kebun pun tak ada motivasi nak tulis menjela-jela merapu-rapu. Untuk mendapatkan ilmu dengan lebih meluas baiknya berinteraksi.
Bila belek-belek morphology tumbuhan orkid kecil berbunga warna ke-unggu-an ini nampak macam dalam keluarga anak-beranak dendrobiums kemudian mirip kepada jenis ciri 'Thelychiton kingianum'. Tapi 'Thelychiton kingianum' yang juga dikenali sebagai 'Pink Rock Orchid' adalah native kepada Australia. Tukang Kebun pula pandai-pandai rasa mungkin yang ni species asal Asia Tenggara kut. So keberangkalian besar mungkin bukan species 'Thelychiton kingianum', adalah species lain. Sebab ianya begitu mudah berbunga dan ada beberapa kitaran musim bunganya dalam setahun dengan cuaca sepanjang tahun di Lembah Klang ini.
Jenis orkid ini sebenarnya bila sudah berakar-akar dan selesa di rumah barunya, ianya tidak memerlukan siraman air yang banyak. Memadai dengan penerimaan air sepanjang tahun di kawasan tanah rendah ini. Oleh itu tidak perlu tanam dalam tanah, boleh training pokoknya melilit batang-batang kayu. Sebagai contoh gambar No.2 di atas dan No. 3 di bawah adalah antara contoh orkid mirip pink rock orchid ini hidup bergantung kepada batang pokok lipstick palm.
Gambar no. 4 di bawah ini pula pokok mirip small pink orchid menjadikan tunggul kayu yang telah dibakar macam arang sebagai rumahnya.
Gambar di bawah No. 5 ini adalah rumpun pokok yang sama dengan gambar No. 4 di atas di mana tangkai bunganya telah mengeluar kudup-kudup bunga membesar.
Gambar No. 6 di bawah pula adalah mirip pink rock orchid yang hidup bertenggek di atas batang pokok bunga kertas pula. Ya tak perlu tanam dalam pasu pun tak mengapa. Boleh sahaja mereka belajar hidup bahagia bersama di atas batang-batang pokok bunga atau hiasan yang lain. Nak hias dalam tandas pun boleh.
Bunganya kembang lama dan meriah nampak gugusan bunganya apabila mula kembang serentak satu persatu. Sangat sesuai untuk lebih menceriakan kebun bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad, hidupnya boleh menumpang-numpang. Nak outstation pun tak takut sebab tak perlu siram kerap. Never ever over-water this orchid plant ya. Jangan lemaskan dia. Memang tak perlukan air yang banyak. Pastikan ada air circulation yang baik untuknya hidup.
~ 1 moist bare-rooted like small pink rock orchid plant RM10.00 ~
10 ulasan:
Assalamuaalikum diana
lama kaknoor tk kesini
kaknoor pun kurang arif jugak pasal orkid ni cuma tau tanam je, tpi spesis ni tkde la pulak
Assalam diana.
Orkid ni tahan panas ke atau perlu tanam bawah netting ?
Lovely Phalaenopsis pulcherrima. Previously and more commonly known as Doritis pulcherrima, but recent molecular study have united Doritis, Kingiella and Phalaenopsis into one. Yup memang tahan. My alba peloric form also i just ignore, will bounce back when they get watered. They are actually coastal, grows on rocks with substrate and uses the roots to keep then above the media. If they are used to sun, can really stand full sun.
cantiknya bunga orkid tuh kak... senang nk hidup yek tanam kt mana2 pun boleh hidup...
maaf tak dpt membantu, mmg takde pengetahuan psl orkid2 nih... kenal pun idak hehehhe
Waalaikumsalam Kak Noor.
Samalah kita tau nak tanam je mana ikut yang berkenan di hati hehehe....
Salam Bahagia Sis Nor Hayati.
Kalau dah dibiasakan sedikit demi sedikit memang tahan panas.
Kalau dekat KBB tak pernah siram.
Salam Bahagia Sean.
Thank you for the identification.
Ya memang tahan masa kemarau teruk 2014 they don't look withered at all.
Tak pernah jaga but bloom several time in a year.
Tak sangka pula its a phalaenopsis hehehehe...nampak sangat my knowledge on orchid less than 5%.
Salam Bahagia Sis Norhidana.
Yang jenis ini senang nak hidup jika lokasinya sesuai.
Pastu takyah nak susahpayah mencari bekas.
Assalamualaikum kak Diana,
Cantiknya orkid tu, Julie pun baru je terminat dgn orkid. Nak book 1 bare root kak...
Waalaikumsalam Julie.
Boleh. Nanti email kami ya Julie.
Ade stok ... berminat hubungi mat 0179130187
Ade stok berminat hubungi mat 0179130187
Salam Bahagia.
Ada stoknya.
Boleh pesan email ke (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan