Syukur Alhamdulillah pokok mempelam yang lebih lama menghuni di dalam kawasan kebun kami dari kami yang berhijrah ke sini untuk tahun ini dah berkali-kali musim buahnya. Sudah berpuluhan tahun usianya tapi masih banyak hasil diberikan. Sesuai sungguh agaknya cuaca tahun ini dengan penghasilan buah mempelam telor. Raya Aidilfitri lepas lebat musim buahnya dan ada juga kami buat catatan (related posting klik sini). Kali ini bukan sahaja dari satu pokok asal yang berbuah tapi buat pertama kalinya ada satu anak pokoknya yang tumbuh sendiri sudah matang mula menghasilkan buah juga bermula musimnya bulan lepas.
Kerana pokoknya masih rendah memberikan peluang kepada Tukang Kebun untuk mengamati bunga kembang mekar jenis mempelam telur dengan lebih dekat seperti gambar No.1 di atas pada paras mata berdiri normal. Pada asalnya Tukang Kebun ingat beberapa bulan lalu nak potong pokok mempelam telur ini untuk kasi renek di gambar bawah ini, tiba-tiba tengok dah berbunga pula pokok mempelam telur ini di gambar bawah ini. Kena tunggulah musim buahnya habis baru nak pruning had ketinggian yang mudah untuk dipetik kemudian. Kayu batang pokok mempelam telur ini pun paling besar belum melebihi saiz tapak tangan Tukang Kebun.
Sebenarnya pokok mempelam telur ini tumbuh sendiri di celah basikal lama yang diletak bersebelahan kandang 1. Dalam tahun lepas rasa tiba-tiba macam melonjak cepat pertumbuhannya dua kali ganda sampai kelibat batang pokok pinang pun dah sukar nampak di celah rimbunan daunnya. Kalau tak silap Tukang Kebun memang pokok ini usianya lebih tua dari Abby yang dah berumur empat tahun. Tapi mungkin sedikit muda dari Rayyan yang berumur tujuh tahun. Anggaran untuk pokok mempelam telur yang tumbuh sendiri tak diberikan makanan baja dan juga minuman air ketika hujan ialah dalam 5~6 tahun untuk menghasilkan buah yang pertama dari semaian biji benih. Kalau dijaga dengan kasih sayang yang banyak, InsyaAllah lebih cepat pertumbuhannya. Pokok dari penanaman biji benih riwayatnya lama berpuluh-puluh tahun berbeza dengan pokok dari tut yang lebih mudah diancam dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. InsyaAllah buah mempelam telur dari semaian biji benih akan juga berkhidmat sampai ke generasi cucu cicit tangan yang menanam. Seperti pokok asalnya siapa sangka begitu panjang usianya dari zaman Tukang Kebun kecil puas makan buah mudanya sehingga anak-anak Tukang Kebun pula juga puas makan buahnya. Terutamanya si Abby kuat betul makan jeruk mangga assam boi.
Tukang Kebun perhatikan antara jenis-jenis pokok adik beradik mangga dalam kebun, pokok mangga yang penghuninya ada sarang kerengga yang paling sihat pokoknya menghasilkan buah mempelam yang tak terhabis tuannya nak makan. Bila ambil gambar baru perasan di gambar atas tu ada sangkar kerengga punyalah besar nak saiz bola sepak takraw tu.Tapi lihatlah hasil buah-buah mangga di keliling. Biarlah dia di sana ada juga peranannya. Salah satu peranan utama kerengga merah ini ialah ia juga adalah predator makan serangga-serangga perosak yang lain.
Bekalan stok anak pokok mangga ada semula untuk yang berminat boleh dipos dan juga self-collect. Yang rajin self-collect tu dapatlah yang pokoknya saiz paling tinggi dalam stok tersedia.
~ 1 anak pokok mempelam telur RM10.00 ~
Kadang kala jika penghuni kebun sibuk sampai tak terkait nak makan mempelam habis jatuh-jatuh buah masak dekat sekeliling bawah pokok. Kalau ada masa lekas-lekas dikutip bagi anak ayam yang sedang membesar dalam kurungan lagi.
Self-collect InsyaAllah awal bulan November ini ada tentatively:
~ 5th/6th November 2015 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Jika masih bermusim buah mempelam telur juga boleh query untuk self-collect buah mempelam telur muda sekilogram for RM5.00 .
Minggu ini masuk stok sunflower bagi yang berminat dalam original packaging 1 pek berharga RM12.
Sunflower Sonia.
Jenis pokok bunga matahari yang renek sesuai untuk ditanam dalam pasu dan balcony garden. Warna bunganya oren pekat. Besar diameter bunganya anggaran 10cm. Jika yang kreatif sesuai digandingkan di belakang pokok zinnia menampakkan level ketinggian dan besar bunga berperingkat. Begitu juga tanam di hadapan pokok bunga matahari jenis yang tinggi lampai. Kerana saiznya renek ianya juga sesuai ditanam berdekatan seperti pokok terung dan tomato untuk menarik lebih banyak serangga pendebungan seperti lebah.
Sunflower Taiyou
Jenis bunga matahari kegemaran di jepun di mana 'Taiyou' juga bermaksud matahari. Ketinggian purata pokoknya 160cm.
Sunflower Sunrich Lemon
Jenis bunga matahari yang mekar cepat dalam purata 45hari. Ketinggian purata 100cm. Warna bunganya seperti buah lemon masak.
Sunflower Kokuryu
Jenis bunga matahari yang sesuai untuk ditanam dalam pasu walaupun ketinggian puratanya boleh mencapai 160cm.
6 ulasan:
Nampak sangat kerengga pun tahu nak pilih yg baik utk dia membina 'rumah'.
Seeds bunga matahari tu boleh jadikan kuaci Dee:)
terasa kemasaman mangga tlr tuh, kalau di bt jeruk sedapnya...
naper lama ilang kak... ingat ngajuk
tengok buahnya pun dah keluar air liur...mmm...tak boleh makan masam2 ni...tak tahan perut.
Mangga telur ni kalau berbuah memang lebat sebab buahnya kecik2 aje.
Boleh mnta contact number x untk owner kebun mngga tu? Thank you.
Salam Bahagia KakZakie,
Kalau yang besar boleh jadikan kuaci KakZakie.
Sedap roasted sunflower seeds.
Salam Bahagia Dana,
Tak merajuk Dana cuma kekangan masa ja sekarang ni hehehe....
Salam Bahagia Kak Mala,
Kami ini kalau masam-masam tu asyik buat kerabu je makan dengan nasi.
Salam Bahagia Warisan,
Buah mempelam telur ini mudah lagi menjadi pendebungaan ya.
Salam Bahagia Kudie Aora,
Boleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk sebarang pertanyaan.
Catat Ulasan