Antara tempat-tempat persinggahan semasa di pekan Kakunodate, Akita (related posting klik sini) ialah mencuci mata dekat kedai-kedai yang membekalkan sumber dan perkhidmatan untuk penduduk tempatan sini. Syukur Alhamdulillah dah hari ketujuh di bumi Jepun ini berkesempatan akhirnya masuk ke kedai nursery Jepun. Kebetulan lalu nampak nursery terus terbuka mood nak shopping. Apalagi langkah kanan lah masuk.
Dearest Suami pun dah agak ni isteri mesti lama ni kalau singgah nursery belek-belek. Jadi diminta izin dahulu ke kedai jam yang dilaluinya selang beberapa kedai dengan nursery ini untuk baiki jam tangan. Tetapi katanya kedai buka tapi dipanggil banyak kali tiada siapa pula yang datang ke depan kedai. Biasalah kedai kawasan kampung tidak risau dengan security. Kebiasaannya pokok hiasan popular di kawasan sejuk ialah ornamental kale ni yang nampak macam kubis ini. Sayur jenis kale atau cabbage ni memang banyak jenis. Tersenyum tengok jenis kale yang batang dan urat ungu daun curl tu ditanam dengan ornamental kale. Ada Tukang Kebun tanam dulu tapi suami jadi allergic gatal-gatal badan jadinya lepas dijadikan lauk.
Jika di cuaca pekan Kakunodate sekarang adalah musim untuk menanam bawang-bawang bunga tulip, lilium dan lain-lain. Sebiji bawang tulip yang jenis biasa-biasa yang dalam bekas di atas pun dah dalam RM15 kita, memandangkan duit Ringgit Malaysia adalah rendah ketika itu. Bawang-bawang bunga kali ini, Tukang Kebun tak belilah. Tetapi adalah Tukang Kebun risik-risik Tuan Kedai nursery ada tak benih-benih lepas musim panas punya yang tak terjual. Sebab sekarang ni di kedai nursery akan hanya susun benih-benih yang sesuai dengan musim sejuk pada ketika itu. Syukur Alhamdulillah akhirnya ada juga stok berlebihan musim panas tahun lepas untuk Tukang Kebun pajak. Juga ada dah yang habis kami jual juga dari stok kedai sini. Sebagai contoh, biji benih seri pagi pun beberapa pek kami borong dari Tuan Kedai ini.
Ada juga Tukang Kebun sempat beli cover tangan untuk souvenir big boss buat kerja di kebunnya. Rancak jugalah berborak dengan Tuan Kedai sambil panaskan badan. Anak-anak pula tanpa segan silu main black board tulis dengan kapur dekat dalam kedai ni. Ada juga jualan indoor ornamental plant untuk musim sejuk ni yang tak tahan sejuk seperti gerbera dan bromeliads. Tumbuhan yang tak tahan salji disusun dalam kedai.
Tukang Kebun perhatikan orang Jepun suka betul buat cili pelangi ni sebagai hiasan di rumah mereka. Yang teringin nak tanam cili pelangi ini ada stok biji benihnya dari Jepun.
~ 1 original Japan packaging ornamental rainbow chilli RM6.00 (1ml isipadu kandungan benih) ~
Pokok bunga ini juga popular sebagai hiasan musim Christmas di Jepun. Tengok pokok ini teringat dekat Julie M tuan tanah My Wonderful Timez yang suka pokok ini. Lama tak dengar khabar Julie, moga sihat sekeluarga.
Dalam perjalanan balik ke stesen keretapi Kakunodate sempat jugalah singgah kedai sayur dan buah-buahan. Di sini sempat jugalah beli buah epal yang pelbagai jenis. Jenis buah epal kalau belah Tohoku ni saiznya lebih besar dari masa zaman kami merantau di Adelaide, Australia Selatan. Jenis-jenis epal yang ditanam pun berbeza, rasanya lebih manis. Dulu kalau di Adelaide, Tukang Kebun masa mengandung si Rayyan dan Abby suka yang jenis epal pink lady sebab rasanya crispy dan masam-masam sikit. Jika epal yang warna hijau dan kekuningan besar di kawasan Akita ni bukan macam Granny Smith yang masam-masam tu. Rasanya lebih manis dan isinya lembut lagi. Kami beli yang satu pek ada empat jenis epal tempatan di Akita yang 270 Japanee Yen tu, salah satunya 'Akita Gold". "Akita Gold" share makan sebiji pun , dua orang boleh kenyang. Ada juga beli 1 pek buah limau mandarin.
Berkesempatan juga di sini Tukang Kebun dapat belikan Big Boss ubi keledek Jepun dan baby potato McCain dari Hokkaido. Review Big Boss ubi keledek yang kami bawa balik sedap manis sekejap je habis. Musim luruh punya ubi keledek memang masih segar-segar lagi dituai, yang kami makan di tempat penginapan pun manis-manis. Patut Tukang Kebun belikan lagi untuk Big Boss.
Ternampak pula kedai retro lama jual seluar panjang corak Jepun, singgah sekejap beli sepasang memandangkan tak bawa sekali seluar tidur atau rumah. Lepas melawat Kakunodate dah tak duduk hotel, sewa apartment je di Tokyo melalui AirBnB. Atuk tua jaga sorang-sorang di kedai ni. Nampak kawasan Kakunodate ni ramai kedai berusaha untuk fasihkan diri mereka dengan berfasih Bahasa Inggeris. Nampak usaha mereka untuk memudahkan pelancong-pelancong asing lebih ramai melawat ke Kakunodate ni.
Ingatkan nak belilah juga pelbagai jenis mee di sini tapi yang pegang duit dah jauh ke hadapan. Bila dipanggil dah buat tak tau katanya nanti tak sempat nak melawat ke jalan warisan rumah-rumah Samurai tu. Dah bagi hint allocation budget spending untuk hari ketujuh dah almost limitlah tu hehehe....lagipun hari semalamnya dah beli pelbagai jenis mee juga masa melawat di Hiraizumi . Ada rasa menyesal jugalah tak beli, sebab bila dah cuba pelbagai jenis mee soba, rasa seronok pulalah sebab daerah lain-lain rasanya berbeza. Yang offer di atas adalah jenis mee udon. Dulu masa merantau di Jepun teringin nak makan laksa, biasanya kami gunakan mee udon ni.