No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 16 April 2018

Kakunodate Pekan Penempatan Samurai Lama

 Selepas selesai isi perut makan tengahari (related posting klik sini) semasa melawat pekan Kakunodate, di negeri Akita, Jepun kami gerak semula ke kawasan rumah-rumah Samurai lama yang telah menjadi tapak warisan. Di sepanjang jalan tapak warisan rumah-rumah Samurai ada juga kedai makanan yang boleh singgah seperti gambar di atas. Nampak macam muzium tapi kedai makanan tu di dalamnya. Bolehlah nikmati makanan macam dalam era zaman Jepun dulu-dulu.
Dari Stesen Keretapi Kakunodate berjalan kaki ke Jalan Bukeyashiki di mana deretan rumah-rumah samurai lama adalah dalam 30 minit dengan kanak-kanak (1.5km). Kami ambil nak dua jam lebih jugalah dengan singgah-singgah main di taman permainan, kemudian membeli belah dan berhenti makan tengahari baru sampai di Jalan Bukeyashiki ni. Tapi pemandangan semasa pergi perantaraan musim luruh dan salji ini untuk kita yang membesar di tropika memang rasa amat menarik.
 Rumah pertama warisan samurai yang disinggahi adalah Rumah Samurai Odano. Anak-anak sibuk main salji je di luar.
 Sekarang ini sebab musim salji turun awal dari kebiasaannya, penjaga-penjaga sedang sibuk letak barisan papan-papan keliling rumah warisan samurai untuk mengelakkan salji yang akan banyak terkumpul dari runtuh menghempap dinding bangunan lama-lama. Ini adalah tradisi persediaan musim salji turun temurun. Kawasan Kakunodate ini memang saljinya tebal, ini baru minggu pertama salji pun dah banyak kelihatan.
 Tukang Kebun kagum melihat beberapa pokok bunga ajisai (hydrangae) yang masih gagah bergugusan mekar bunganya di halaman Rumah warisan samurai Iwahashi. Walaupun begitu sejuk sudah cuacanya masih ada bunga yang bergugusan mekar tak layu lagi.
 Kebetulan semasa nak masuk halaman luar rumah warisan Samurai Iwahashi ni ada Tukang Kebunnya yang sedang sapu-sapu kumpulkan daun kering. Sebelum masuk, Tukang Kebun mohon izin dulu bolehkah kami sekeluarga masuk sini. Sudah dibenarkan kami masuklah. Rasa tak sedap lah kalau tak bagi greetings dulu sebelum masuk walaupun boleh dan yang rumah samurai ini admission free. Sebab waris-waris mereka ni walaupun tak duduk sudah dalam rumah warisan ni tapi mereka adalah penjaga atau caretaker rumah warisan keturunan mereka ni. Di bahagian belakang Rumah Warisan Samurai biasanya ada rumah-rumah pewaris rumah samurai ini. Chit Chat sekejaplah dengan penjaganya, topik paling mudah pasal cuaca lah. Lebih-lebih masa kami melawat salji turun awal dari biasa.
 Bukan sahaja rumah yang dilindungi untuk persediaan salji turun. Tetapi pokok-pokok juga akan diberikan perlindungan juga. Sebagai contoh gambar di atas. Tukang-tukang kebun pun sibuk buat persediaan sebelum musim salji turun dengan lebat untuk menjaga pokok-pokok kesayangan mereka.
 Di kawasan penempatan pekan samurai lama ini kita bolehlah juga tengok interior rumah warisan samurai lama ni untuk bayangkan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Selain itu, untuk tarikan kanak-kanak setiap rumah warisan ini ada stamp cop mereka sendiri untuk pelawat-pelawat cop sendiri dalam buku nota masing-masing. Dapatlah anak beberapa cop kenangan yang dikumpulkan dalam scrapbook lawat Jepun kali ini.
 Tengoklah kanak-kanak yang pertama kali rasa salji asli ni. Ada jalan elok yang tak de salji senang nak jalan tak mau ikut. Tapi nak juga dipijak-pijaknya salji tu kasi basah kasut sampai ke stokinnya.
 Memandangkan cuaca yang makin sejuk dan mendung juga dah ke petang ni serta masa bullet train yang akan dinaiki tinggal beberapa jam sahaja untuk dikejar takde lah kami sambung ke Furushiroyama Castle Ruins. Kalau ikut lensa kamera mungkin boleh pintas daki jalan tangga seperti gambar di atas.
 Jalan Bukeyashiki ini juga terkenal antara tempat paling cantik untuk menikmati musim bunga sakura. Jalan ini memang ada deretan pokok-pokok sakura. Bila musim sakura seperti sekarang di Jepun pasti tempat ini sedang sesak dengan pelancong-pelancong menikmati pemandangan sakura yang indah di pekan Kakunodate kawasan ini juga dikenali sebagai Little Kyoto. Tambahan pula berdekatan kawasan ini ada sungai di mana pokok sakura hidup sepanjang sungai 2 km juga adalah tarikan besar ketika musim sakura pelancong ke kawasan ini.
 Semasa kami lawat, pelancong tak ramai. Jika ada pun pelancong domestik. Tapi best sebab tak sesak, anak-anak pun puas main macam jalan sendiri je. Kereta di kawasan ini pun orang tak bawa laju lebih-lebih lagi penduduk tempatan sebab mereka tahu ini spot perlancongan. A good outing for the kids dengan udara segar jauh dari bandar besar macam Tokyo dan rasa cuaca dingin di negara orang.
Hujung minggu ini last self-collect day untuk bulan April 2018 ya, 21hb dan 22hb April 2018 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh seperti biasa.

Antara yang organik fresh goodies available:

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00 ~

Buah canistel (fully reserved)

Mungkin ada buah nenas madu sabah, stay tune...counting.

Ulam-ulaman seikat RM1.00

3 ulasan:

norhidana berkata...

nyaman betul tgk penempatan samurai lama tu ye kak

ngn pokok2nya.... ngn umah2 lamanya msh terjaga lagi

BroRi berkata...

cantiknya pemandangan negara 4 musim ni ... cuma rasanya tahun kat gambar2 tu dah advance

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Kalau kita kat Malaysia pun boleh buat begini pun bagus.
Jaga rumah-rumah kampung lama tradisional yang dah terbiar boleh jadi warisan begini ada juga nilai pelancongan.
Kekadang bila lalu kawasan daerah lama terfikir juga dari dibiarkan rumah kampung yang lebih 100 tahun, dielokkan semula untuk pelancongan. Dari dijadikan tempat penagih dadah.

Salam Bahagia BroRi,

Hahaha...terima kasih notice ya sudah ke future pula tarikhnya.