Heirloom 'Watermelon' radish adalah lobak putih yang berbentuk bulat, berkulit putih tapi isinya bila dibelah adalah berwarna merah. 'Watermelon' radish adalah adik beradik dengan lobak putih (mooli/daikon/japaneses radish) yang kebiasaannya didapati di pasar yang berbentuk panjang itu . Mungkin 'watermelon' radish mendapat namanya kerana isinya yang berwarna merah. 'Watermelon' radish adalah radish heirloom yang mula mendapat perhatian kembali di kalangan peminat berkebun. Kadang-kadang 'watermelon' radish mudah dikelirukan dengan turnip. 'Watermelon' radish adalah bersaiz besar dari turnip.
'Watermelon' radish boleh tumbuh dalam kontainer. Saya tuai benih organik yang dikumpul dari kebun sendiri beberapa bulan lepas dan semai benihnya untuk pastikan benih saya tidak cross-pollinate dengan sayur lain. Adik-beradik 'brassica' mudah cross-pollinate. Walaupun saya tahu kebun saya tiada brassica yang berbunga tapi saya tak tahu pula apa yang ada di kebun jiran saya. Benih yang kami kumpul dari kebun kami adalah organik dan open-pollinated. Saya berpuas hati dengan benih tuaian saya kali ini kerana hasil pertumbuhan akarnya amat memberangsangkan dan ianya benih yang pure breed. Semalam kami tuai akar 'watermelon' radish paling besar dari kebun kami. Biasanya saya tak biarkan radish tumbuh lama sebab rasanya akan makin pedas. Tapi kali ini tidak pula, sedap rasanya. Suami saya masak 'watermelon' radish ini dengan tomyam ayam, sebiji besar watermelon radish ini cukuplah kami bertiga makan dengan campuran sayur lain. Setiap kali, kalau kami nak testing rasa sayur, kami bagi tukang kebun kami berumur 2 tahun lebih itu rasa dahulu. Sebab budak tak pandai menipu dan deria rasa mereka lagi sensitif dari kami yang dewasa ini. Wah, banyaknya si tukang kebun kecil kami makan 'watermelon radish' dengan tomyam, meratah sayur. Patutlah selama ini bila saya tuai sayur ni, saya sendiri tak pernah merasa sebab budak-budak dekat rumah kasi habis dulu semasa saya di sekolah.
Rasa radish kekadang ada pedas-pedas sikit. Tapi kali bila makan 'watermelon' radish tiada rasa pedas-pedas sikit pun, patutlah anak-anak saya suka dan tak fussy. Suami kata tak pedas pula radish 'watermelon' ini. Biasanya yang lobak putih panjang itu pun ada rasa pedas-pedas sikit.
Inilah cross-section 'watermelon' radish segar dari kebun kami semalam.
RM3.00 satu pek (25 biji benih).
24 ulasan:
Nak juga! :-) dalam beberapa hari ni saya akan order lagi benih, nak kumpul order ni.
Eh, ada tak benih beetroot for sale? :-) kalau ada, saya nak juga.
Mama Pongkey~Beetroot season lepas tak dapat kumpul benih sebab saya takut benihnya cross-pollinate dengan rainbow chard. Beet-root dan rainbow chard adik-beradik, rupa benih pun sama. Kalau ada rezeki mungkin bulan 8 ni saya masukkan dalam list.Watermelon radish sudah reserve.
salam Diana.wah pertama kali lihat & dapat tahu ada lobak putih bulat dan warna didalamnya.Sungguh unik sekali.
Cikmanggis~ Ada juga radish kulitnya hitam macam terbakar tapi isi dalamnya putih.
Saya peminat bunga. Ada tak benih bunga straw flower?
wah..bila dibelah memang nampak macam tembikai. Rasa nak makan begitu saja.. heheh.
wah.. hari tu punya benih pun belum semai ni...aduh!
Kalau ada rezeki mungkin bulan 8 baru ada stok bunga straw flower.
Nudabuffy~nampak macam buah kan. tak nampak macam sayur.
Hernyhafiz~hehehe...banyak benih menunggu giliran.
wah! Menarik la... tanam dlm container jer pun dah ok ye
Harini saya dah clear Kebun pisang. Sakit hati akarnya invasive Sangat masuk dalam pot. Kawasan tu Ada sebesar king size. Tak sabar tunggu sampah2 tu mereput so boleh start ruang batu.
Baguznet~Tanam dalam container ok. Cuma jangan biar tanah kering sangat.
Herny~Oh banyak boleh tanam sebesar king size tu.
Watermelon radish dah di tanam dalam container. Satu container foam boleh letak berapa pokok ya. Daikon, Lemon hasil pun dah sprouting. 6 jenis bulb yang pesan hari tu pun dah semai tapi belum ada shoot lagi.
reserve untuk k mar ya...+ strawflower tu
Hernyhafiz~Watermelon radish jarak antara benih 15~20cm kut. Sebab radish ni besar membulat.
Kak Mar~ OK.
yg ni ada lagi? Lynn nak order..
Lynn~Bulan8 ada masuk so reserve 1 for you.
Nak satu pek Watermelon radish. Hutang buku 555 dah sampai tahap mana, hehe.
Sean L~Dah masuk dalam buku 555. Ada 4 item kut.
saya hendak satu pek,watermelon radish + cayenne chili.
Sopiemohd orchid species gallery~ Minta maaf stok benih ni dah habis. Tukang kebun kena tuai benih yang baru.
dah semai benih cayenne chilly, watermelon radish & cherrybelle. Yg tumbuh dulu cherrybelle, cepat besar. cili ada la 2,3 pokok tapi watermelon x nampak byg,,dah seminggu nih..
Cili sometime takes about 2 weeks. Watermelon radish can be a bit temperemental, kadang cepat, kadang take time. Pastu it seems watermelon radish if harvest too early kadang yang centre merah tak sempat appear. My blogger friend dekat Melbourne tahun ni watermelon radish dia banyak yang takde isi merah. I harvest kalau kecik saiz pun macam tu.
ada jual lg tak? saya ada email, klu ada reserve. di skperabotjati@yahoo.com
Catat Ulasan