No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 25 Oktober 2012

Biji Benih Open-Pollinated Red Romaine Lettuce tahan lama

 Bulan Julai lalu tukang kebun terjumpa biji benih Red Romaine lettuce terlupa terselit dalam sandal croc tukang kebun Ilhan yang tersadai dekat sebelah tingkap luar berjemur. Rasanya dah ada 6 bulan lebih kut biji benih lettuce red romaine lettuce tu tersadai di luar terdedah tanpa perlindungan dari nature cahaya matahari dan hujan. Sebab rasa sayang dan curious, tukang kebun ambik lah ke semua benih lettuce tu dan semai secara kaedah 'direct-sowing' sangat rapat-rapat kerana ingat percambahannya mungkin tak elok. Banyak biji benih dalam sandal croc tu sampai lebih 5 bekas jugalah dipenuhi semaian lettuce ni. Rasanya ada lebih 1000 biji benih, Tukang kebun tak sangka percambahannya almost 100% sebab biji benih tu tak disimpan dalam tempat yang ideal untuk memastikan percambahan lettuce tidak terjejas, Sebab percambahannya sangat bagus, lihatlah bekas dalam gambar di atas sudah jadi over-crowded. Itupun tukang kebun sudah tuai banyak nak kasi jarak tapi tak dapat dikejar pertumbuhannya. Sebab terlampau banyak sampai kawan-kawan yang datang, tukang kebun bagi bekas-bekasnya sekali, petiklah bila nak makan dari membazir masuk dalam kompos tukang kebun sahaja. Biji benih lettuce kalau disimpan dengan keadaan yang elok di dalam bekas yang kering, gelap dan sejuk boleh tahan bertahun-tahun lamanya.
 Ini pula pokok red romaine lettuce yang tumbuh sendiri suka-suka dalam bekas yang baru dituai biji benih hon tsai tai baru-baru ini. Disebabkan tak termakan red romaine lettuce batch semaian bulan July tempoh lalu, banyak pokoknya sedang berbunga dan tak lama lagi biji benihnya dapat dituai.

More posting on Red Romaine Lettuce (Click Here).

1 pack Organic Open-Pollinated Red Romaine Lettuce RM3.00 (approximate 50seeds)

Gardener yang berminat nak tanam lettuce ini tinggalkan komen ya. Order unlimited pack.
Order dispatch End November.

13 ulasan:

suka suka berkata...

k mar 1 pek..

zamzurina zulkafli berkata...

saya nak 3 pack

Farhani berkata...

Saya nak 1 pek :D

Tanpa Nama berkata...

Eila juga 1 pek :).

mat jon berkata...

menjadi je kalau tangan tukang kebun, jeles i..awww

wani sc berkata...

saya nak 1 pek =)
betul la mat jon. tengok tu dia tanam rapat-rapat macam tu pun masih juga gemok-gemok daunnya *jeles*

Ibu Qistina berkata...

saya nak 1 ya. tq

makcikmanggis berkata...

sekali pandang daun salad tu cam daun gajus.....wah lamanya bunga foxglove baru berbunga.Macam loceng:)

Avia Mishat berkata...

Salam...saya nak 2 yer...thanks.

TukangKebun berkata...

Kak Mar, Zamzurina, Farhani Eila, Wani SC, Ibu Qistina, Avia ~ OK saya simpankan.

Mat Jon & Wani ~ Kebetulan saja tu manjadi tiada rahsia ;p.

Makcikmanggis~Lama menunggu foxglove nak berbunga kadang-kadang sebelum berbunga menguji kesabaran rasa nak cabut je pokok tu. Alhamdulillah berbunga akhirnya.

Nota reservation : 10 pack

TukangKebun berkata...

Simpan 1 pek untuk Kak Nik.

Nota: 11 pack reserved.

Sola Hadi berkata...

nak jugak satu pek.tq

TukangKebun berkata...

Booking untuk Sola Hadi.

Note: 12 pack reserved