No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 16 Oktober 2012

Buah Menanti

Jalan-jalan cari buah...
 Pokok nangka yang manis benihnya dari Thailand rajin berbuah yang untung binatang-binatang peliharaan sebab tukang-tukang kebun tak termakan. Buah-buah ni dekat tanah syokla pet tu makan.
 Pokok Markisa yang sentiasa berbuah dah menjalar dan bertenggek atas ampaian baju. Perlu ubahkan susah nanti nak jemur baju dan potong rumput.
 Pokok Mahkota Dewa banyak buahnya dah masak jatuh-jatuh. Tukang kebun baru tahu ada pokok ni mama tanam dekat rumah. Apa rasa agaknya.
Pokok buah salak pernah berbunga tapi tiada buahnya lagi, Pokok betik tinggi berbuah nak kena jolok.

5 ulasan:

makcikmanggis berkata...

wah pokok mahkota dewa pun ada?selalunya Cm dgr namanya saja..

oh ya pokok Markisa yang pak cik tanam enggan berbuah.daunya sungguh rimbun sehingga memanjat hampir ke tingkat atas rumah..kadang kadang terfikir mahu cantas saja pokok yang malas berbuah ni..ada apa apa petua?

ummuaidan berkata...

salam tukang kebun....gemuk, subur dan besar nampaknya pokok nangka itu..patutlah tak habis nangka..lama sy tak merasa nangka kat sini...

Mama Pongkey berkata...

Wahhh lumayan buahnya :-)
Buah mahkota dewa tu memang hot sekarang, harganya pun boleh tahan. Orang biasanya kuaps kulitnya, jemur untuk keringkan, rebus dan airnya diminum. Warna merah tu memang dah masak tu. Saya hampir terbeli anak pokok mahkota dewa hari tu, tapi gi beli miracle fruit pulak.
By the way, parcel dah sampai with many thanks :-)

Nitesky berkata...

Banyaknye nangka. Kat kebun saya nangka dah jadi hak mutlak monyet2 yang rajin bertandang

TukangKebun berkata...

Makcikmanggis~ Diana pun pertama kali dengar pokok mahkota dewa bila mama kirim gambar.
Pokok markisa punya petua Diana tak tahu nak kena tanya mama nanti. Buahnya di rumah tak putus-putus berbuah, tupai pun macam boring je nak makan sebab tak diusiknya sangat.

Ummuaidan~Kat Fiji tak de nangka ke? Kat sini bila musim dekat Queensland atau North territory ada juga jual dah siap bungkus kat market. Tapi saya tak pernah beli. Sini panggil breadfruit/jackfruit.

Mama Pongkey~Buah mahkota dewa tu tak boleh makan raw kan toxic. Syukur alhamdulillah parcel dah selamat sampai.

Nitesky~Nangka tu pun jadi hak mutlak tupai dengan pet kat rumah. Dulu monyet-monyet pun rajin bertandang tapi tak makan apa-apa datang buat rosak nak lepaskan marah kut sebab kawasan diorang asyik kena teroka sahaja. Monyet-monyet tu suka patah-patahkan sayur, pokok jagung pun dipatahkan tapi buahnya tak diambil.