No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 21 Oktober 2012

Tall Bearded Iris

  Minggu ini setiap hari pergi sekolah lambat gara-gara asyik dengan pokok-pokok bunga iris yang bunganya mula kembang satu persatu merpersonakan. Itulah padan muka sampai sekolah dah petang dan balik sekolah paling awal pukul 8 malam. Tapi tenang buat kerja masa ini sebab ramai dah balik dan tak berebut nak pakai alatan di dalam makmal, bermaharajalela dalam lab waktu ni. Minta maaf minggu ni lambat membalas komen atau email, malam balik sibuk dengan Abby mata pun dah tak boleh nak buka tengok laptop.
 Setelah 2 tahun menunggu rhizome yang ditanam ini nak berbunga, barulah nampak bunga warna apa sebab ini pemberian kawan seed-saver group. Tukang kebun dah ketagih nak tanam dan buat koleksi iris semenjak cuba menanam pokok iris. Pokok iris jenis tall bearded iris sungguh mudah sekali untuk dijaga (sebenarnya tak jaga langsung), mudah lupa akan kewujudannya di dalam kebun kecuali bila dah sampai musim bunganya. Pokok iris adalah tanaman jenis yang drought-tolerant. Heat-wave hentam banyak kali pun gagah selamba berbanding dengan kawan-kawan jenis lain sekelilingnya. Pokok iris lagi kuat tahan panas dari gladioli apabila sudah matang (well-established).  Bila blog-walking pun ramai setuju yang iris merekalah paling bertahan semasa musim panas kemarau dan lawatan heat wave berulang-kali. Jiran rumah sebelah saya tak pernah siram pokok-pokok iris dia, musim panas pokok jiran tu menghilang tapi bila musim hujan tumbuh balik daun hijaunya.
Tall bearded iris kuning ni belum lagi berbunga...masih ku tunggu (gambar tahun lepas).
 Tall bearded iris warna maroon ini baru kembang hari Jumaat semalam. Nampak janggut iris? Itu sebab dipanggil Tall bearded iris. Ketiga-tiga jenis warna tall bearded iris ini sudah selamat tukang kebun bawa balik satu rhizome setiap satu tanam di Sungai Buloh. 
 Setiap tahun satu rhizome matang iris dapat berikan sekurang-kurangnya 2 anak rhizome yang baru beranak-pinak. Jadi bila bertahun-tahun menanam dapatlah makin banyak rhizome. Ini bagaimana permulaan rupa tall bearded iris yang berwarna maroon dah mula nak berbunga.
Makin meninggi batang bunga iris dan bertambah bilangan putik bunga.
Yahoo kembang sudah bunga iris maroon tukang kebun semalam.
 Mari kita gunakan Abby sebagai model nak tahu besar mana kuntuman bunga iris dan tinggi average pokok tall bearded iris. Model look grumpy sebab mama buat dia menunggu-nunggu nak dapat susu. Sampai hati pijak bunga iris mama Abby baru kembang tu. Tahulah hidung mama kembang kempis tengok pokok iris berbunga. Tukang kebun langsung tak jaga pokok iris ini, dan ianya pun tumbuh di atas jenis clay. Happy go lucky plant. Easy to grow. Sebab tu bulan ni Tukang kebun jadi addicted pula nak grow iris and add new collection. Iris hunting mode.

14 ulasan:

gardener berkata...

Saya nak satu kalau ada

gardener berkata...

Cancel order. Kalau ikut Florida gardening forum, bearded iris ni mungkin hidup kat Negara tropika tetapi tak berbunga sbb tak cukup sejuk. Dia nak 'cold period' baru boleh berbunga.

ummuaidan berkata...

The flowers look very nice, colorful...berjanggut2 lagi kan...by looking at abby ngan bunga..besar jgklah bunga yer..abby nampak makin comel & montel...:)
berminat..might have some payment & delivery prblm rsnya..so kiv dllah diana..:), i cuma blh admire & berangan jer lah ye...

zamzurina zulkafli berkata...

saya nk satu!

sm forestgarden berkata...

nak 2 rhizome warna yang berbeza

Farhani berkata...

Saya nak 3 rhizome yg berlainan warna ya..:D

TukangKebun berkata...

Gardener~ Order Cancelled.
Bearded iris ni memang boleh hidup dalam kawasan tropika kami pun dah tanam rhizome bearded iris since last May in kebun Sungai Buloh and still living green (link)
http://kebunbahagiabersama.blogspot.com.au/2012/06/kebun-sebelah-sungai-buloh-benih.html

So whether our growing tall bearded irises will bloom or not remained to be seen in Kebun Sungai Buloh. But with the climate change, I will certainly want to try. I am thinking of putting some ice on top of the rhizome during rainy season for a few days to trick the iris.

I am obtaining other type of iris as well such as Louisiana Iris and Japanese Iris which suits tropical climate and boggy/pond setting. I have not mentioned at the moment which type of iris I am offering it will be depend if I get a good price by buying bulk. Louisiana iris and Japanese iris is a bit rare than tall bearded iris here, so the price are usually more extravagant compared to Louisiana iris and Japanese Iris. The reason why I am doing a survey how many gardeners are interested to join in so I can get a good price buy buying bulk.

We have a blueberry plant growing in Kebun Sungai Buloh and bear fruits. I was 100% sure that it won't grow and bear fruits in tropics but mama wanted the plant so much that I bought only one for her. Now I am regretting not buying more blueberry plants for her and arguing with her on that matter. Made her stress, sorry mama. She is always so optimistic with plants she never grow and keep chanting the word try. This time around I will be an obedient daughter and buy some irises to make her happy. She already shows me several plants that I don't think suits in the tropics grows well in her garden and never afraid to fail. Whenever she visits she digs up my Mediteranean plants or cuttings and bring back home.

After looking at Mama Pongkey daffodils blooming this year.
http://homelychaos.blogspot.com.au/search?q=daffodil
Mama Pongkey sorry tukang kebun kadang-kadang kiasu sikit ;P.
Mama Pongkey has inspired me to dig up my daffodils and have a go growing in Sungai Buloh.

I am fired up trying to grow things which normally won't grow in tropics :).

TukangKebun berkata...

Ummuaidan~Tengoklah kalau ada rezeki dekat kebun Sungai Buloh beranak pinak tak rhizome dia tu. Fiji boleh bawa masuk plants and seeds ke? Kat Australia ni mostly semuanya tak boleh nak bawa masuk.

Zamzurina, sm forestgarden, dan Farhani~ tengoklah kalau ada rezeki, tukang kebun tengah survey mana yang senang tumbuh dan harga tak mahal sangat.

Tanpa Nama berkata...

Diana. Eila nak jugak iris.Diana tolong survey yg tahan cuaca panas ye. Eila pun sedar, cuaca kita amatlah berbeza tapi Eila nak Cuba gak. Mak diana mcm mak Eila,org Kate pokok tu cam x leh idop,tapi mak Eila ni ttp nak tanam jugak. Kami pernah Ada pokok epal yg elok berbuah di kampung (felda). Pokok lemon dari buah yg bpk eila bwk balik dr negara musim sejuk pun buahnya lebat. Pada mak, x rugi cuba :).

Farhani berkata...

diana, apa kata jual sekali benih daylily..saya mmg peminat tegar daylily..penah beli seeds dr ebay..tp mahal la..tanam di flower bed belakang rumah mama..tp abis dimusnahkan oleh pekerja indon jiran masa dia renovate rumah..sob sob..edible daylily yg warna oren n kuning saya ada tanam dirumah.rizom sy korek dr CH punya..alhamdulillah boleh hidup di cuaca yg panas di putrajaya ni :D

suka suka berkata...

k mar 2..esp purple & aroon..tq..blue berry tu kalau ada akak pun nak he he..

ala comel dan montel baby abby ni..

Zieta collection berkata...

eeeeee....tambah montel lah babay abby :)....

kalau masih boleh reserve kc 1 bulb diana...kita cuba tanam dengan keadaan cuaca disini :)...

Mama Pongkey berkata...

Hehehe. Glad to be of inspiration. Butnow my daffodils are dormant, no green shoots even. I gave away some of the rhizomes, and the 2 rhizomes I have left have baby rhizomes. I am thinking of digging them up and putting them in the fridge to see whether I can 'trick' then like you suggest. I have them in shade.

TukangKebun berkata...

Eila~Wow pokok epal, best tu. Mak Diana pun kalau tak silap tahun lepas pun dia cuba tanam pokok epal tak tahulah apa progressnya. Kebun Sungai Buloh tu tanaman semuanya tak kena belek sangat, tanam dan siram je. Sebab semua penghuni busy atau outstation je selalu. Setakat ni Diana survey Louisiana Iris sesuai dengan cuaca macam Malaysia.

Farhani~ Tempting tu daylily...hehehe...janganlah goda tukang kebun...kihkihkih...ada juga starting husha sebenarnya senyap-senyap. Selain iris, saya pun duk borong hippeastrum/amaryllis dan daylily. Tapi minggu ni duk focus more on iris. Mentang-mentang iris dekat kebun tengah berbunga membakar semangat tukang kebun.
Daylily yang jadi victim dulu tak sempat nak korek selamatkan rhizomenya ke? Sayang tu, kalau saya keluar air mata sebab dah menjadi.

KakMar dan Ivy~ Akan diusahakan dan hopefully end November dapatlah tanam.

Mama Pongkey~Maybe they need to be put asleep in the fridge for a few weeks and break the dormancy by planting them in cooler season. I just dug my daffodil bulbs and drying them nak bawa balik cuba juga.