Pagi-pagi hari ini jalan ke Tamu Tamparuli ternampaklah buah yang asing pada mata tukang kebun. Tukang kebun tanya mama tukang kebun buah apa ini. Mula-mula mama tukang kebun ingatkan buah hutan yang dipanggil dalam bahasa Dusun-Kadazan 'Kulanggi' . Buah 'Kulanggi' mirip buah ini tapi versi kecil yang ini dipanggil dalam bahasa Dusun-Kadazan 'Pugi'. Di Sabah ini adalah buah hutan sebab tidak ditanam secara komersial dan ramai tidak mengenalinya, orang-orang veteran sahaja yang kenal. Sedang kami belek-belek buah ini, adalah juga atuk tiba-tiba join in dalam perbualan mama tukang kebun dan penjual mengenai panggilan buah ini dalam bahasa Dusun-Kadazan. Nak sama-sama masuk perbualan pun tukang kebun tak berapa fasih nak bertutur bahasa Dusun-Kadazan.
Bila dibelah buah 'Pugi' beginilah rupa isinya masih segar lagi baru dipetik berwap ulasnya. Melihat bentuk buah, kulit, biji, dan isinya seperti adik-beradik buah duku. Buahnya saiz macam buah limau mandarin yang besar. Walaupun kulitnya tebal nampak macam keras tapi mudah dikopek untuk dimakan berbanding dengan buah manggis. Mirip macam buah Tampoi, tapi tukang kebun tak pernah rasa buah tampoi. Buah Pugi rasanya manis, tiada pun rasa masam walaupun belum sepenuh ranum.
Setompok buah Pugi, hari ini dibeli dengan harga RM2. Sedap buah ni, tukang kebun suka, nanti nak semai biji-bijinya. Ini nota tukang kebun, supaya anak-anak nanti tahu panggilan buah ini dalam bahasa Neneknya.
12 ulasan:
Sedapnya, patut semai benihnya tu untuk generasi akan datang.
dah lama tak tengok buah ni. kalau di terengganu kita panggil " buoh ngeke". ;>
It is one of the Baccaurea species. Tampoi and rambai are the other more common members. Actually Tampoi is used for many Baccaurea species with similar looking fruits.
bar saya ingat . betul kata hijau daun "buah ngeke"
rasanya org tempat sy panggil buah larah
mm .. serupa dgn buah asamboi di sarawak.. tapi yg itu masam, kalau ini manis x pasti pula..
ingatkan buah kelubi..yang orang buat jeruk tu
mcm buah pulasan
hehe tak pernah tahu pun...
SriKota Garden~ Moga bijinya berjaya bercambah bila dibawa pulang nanti. Ya elok untuk generasi akan datang.
Hijaudaun, Melor~ Oh menarik tahu nama lain untuk buah tampoi panggil buah ngeke juga di Pantai Timur.
Sean L~ Thank you yes I think it is one of Baccaurea species. But I was kind of hesistant to say this 100% buah Tampoi, might be a close cousin/relative. There are so many buah hutan native here in Borneo that might only be specific species evolve in this isolated island.
SMROSE~Ada 2 jenis rupa buah ini dekat Utara kan? Satunya dipanggil buah Larah...menarik menarik.
Natch Amethyst~ Yang masam di Sarawak panggil buah kelubi kah?
Nadia~ Rasanya buah kelubi luaran bentuknya lain.
Lynnhelite~ Rasanya pulasan rupa macam rambutan tapi kulit lebih tebal sedikit.
Juhariah~ Takpe takpe kita semua belajar bersama-sama.
K Mar rasa juga buah ni .. buah tampoi.. manis..banyak orang asli jual sepanjang jalan ke Cameron Highlans
Kak Mar~ Saya teringin nak tengok pokoknya. Saya belum lagi dapat ke CH , tumpang tengok gambar album trip kak Mar.
Catat Ulasan