No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 13 April 2013

Peach atau Salmon

 Sebelum tukang kebun bercuti, tukang kebun dah rasa berat hati nak tinggalkan kebun Sungai Buloh sebab banyak tanaman yang sedang tukang kebun menanti untuk berbunga dan berbuah sudah memberikan petanda nak berbunga dalam masa tukang kebun bercuti. Memandangkan hanya tukang kebun dan Abby sahaja yang bercuti, Boys sahaja yang tinggal di kebun Sungai Buloh, puaslah tukang kebun berpesan supaya jangan lupa ambil gambar bila dah berbunga. So this week punya report gambar dari Sungai Buloh ialah jengjengjeng.....Tidak disangka sekali gladioli yang berbunga mengeluarkan warna yang telah lama diidam-idamkan berwarna peach dengan tengahnya berwarna kuning semasa bercuti dari kebun. Kalau diperhatikan dalam gambar background sebelah kiri bunga harum sundal malam juga sudah meninggi dan tak lama lagi akan kembang bunganya. Kawasan deretan sebelah sini adalah kawasan baru dibuka setelah siap parking kereta tinggi baru tahun lepas untuk mengelakkan banjir. Jadi belum natural look lagi kena letak pagar nanti habis kena langgar masa potong rumput semasa tunggu pokok-pokok yang ditanam naturalise. Dekat kawasan ini, kebanyakkan tukang-tukang kebun tanam jenis tanaman bebawang dan berubi (rhizome) senang nak biarkan membiak serta tak tergesa-gesa nak pindahkan berbanding dengan tanam di pasu. Kawasan ini menerima banyak cahaya matahari terutamanya di sebelah tengah hari ke petang. Antara kawasan hotspot di laman depan rumah.
 Akhirnya, tukang kebun tahu bebawang di lokasi ini amaryllis berwarna apa. Bila mengemas kawasan ini masa baru kembali ke tanahair, tukang kebun jumpa banyak bebawang pelbagai saiz bercantum dah beranak pinak tapi tak berdaun. Jadi Tukang kebun agak-agak nanti nak berbungalah tu sebab daunnya takde. Lepas dah habis musim bunganya, ingat nak pisah-pisahkan bebawang tersebut dan pindahkan ke tempat lain juga bagi ruang bebawang membesar. Bunga kembang amaryllis warna peach/salmon ini, tukang dedicate kepada Kak Mar "SUKA-SUKA" sebab tukang kebun tahu ini bunga kegemarannya. Bebawang pemberian Kak Mar sebenarnya ada di bawah kawasan bunga gladioli yang berkembang di gambar atas. Terima Kasih ya Kak Mar.

Soalan: Kedua warna bunga di atas biasa panggil warna peach atau warna salmon?

Sesetengan negara kekadang panggil warna yang begini warna salmon dan ada negara warna peach. Kalau pergi makan sushi di kedai, isi ikan salmon kan warna lebih kurang macam ini juga.

11 ulasan:

nadia rashid berkata...

peach...alahai...sangat cantik lah diana...hmmm..bila lah yg sy nak berbunga amaryllis peach tu...amaryllis ni kumpulan lily kan?

Juhariah Johari berkata...

Assalammualaikum
Baru perasaan kat mana TK tinggal. Bestnya Sg Buloh yg jadi pujaan ramai!

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Beri assignmenet kpd yang tinggal di rumah ya! Alhamdulillah berhasil. Mak Aji ada beri assignment juga tempoh hari tp foto x memuaskan sbb jurufoto x pro (perasan diri pro). Cantik gladioli dan amaryllis (Mak Aji belasah panggil lily je, he he - belajar nama baru hari ni) peach/salmon tu!!. Mak Aji pun dok tunggu amaryllis berbunga yg warnanya agak garang sikit merahnya.

suka suka berkata...

Dua-dua warna boleh kut.. lili di sini pun dah nak berbunga..

@na berkata...

diana, color lebih kpd peach tp urat2 tu nmpk mcm salmon kan? unik...

Nor Azlina Yusof berkata...

Lawa bunga gladioli..saya yg bebawang..tanam dlm pasu..ada 4 warna..peach..pink..merah berjalur n merah pekat....2 thn tanam baru berbunga..hahaha

samarinda berkata...

wah, saya pun dapat salmon gladioli, bru je layu,, love the color..

SriKota Garden berkata...

Peach color cantik....

Ibu Qistina berkata...

Kalau saya panggil warna peach.

Mama Pongkey berkata...

Cantik dan ceria. Bunga-bunga yang notti suka berbunga masa tuannya tiada.
Dua-dua pun boleh. Tapi saya rasa warna salmon lebih descriptive. Hehehehe. Sebab saya suka makan salmon. Peach jarang sekali dapat makan.

TukangKebun berkata...

Nadia~ Amaryllis ni bawang dia nak kena besar dan matang baru berbunga.

Juhariah~ Waalaikumsalam. Banyak nursery tapi sejak balik belum sempat nak ronda-ronda.

Ummu Madihah~
Salam Mak Aji,
Amaryllis ni juga dipanggil Hippeastrum atau nickname Hippies. Saya dah banyak kali komen dengan jurugambar sementara camna nak ambil gambar, adalah improvement dari dulu.

Kak Mar~ Nanti bunga tunjuklah kami.

@na~ Ya ada ton berbeza.

Nor Azlina Yusof~ Mungkin masa beli bawangnya belum cukup matang nak berbunga sebab tu ambil sedikit masa bagi pembesaran bawang sebelum berbunga.

Samarinda~ Yeah sama-samalah kita.

SriKota Garden~ Color peach memang menarik.

Ibu Qistina~ Saya dulu panggil peach tapi sekarang lebih kepada salmon mungkin kerap pergi makan sushi kut hehehehe....

Mama Pongkey~ Samalah kita sebab sekarang ni selalu makan salmon dekat sushi. Peach masa study kat Jepun dulu rajinlah juga beli sedap kupas makan fresh.