No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 29 April 2013

Semerbak Harum Sundal Malam

  Sudut kebun sini sekarang sedang semerbak dengan adanya pokok bunga harum sundal malam berbunga. Bawang-bawang harum sundal malam yang ditanam September tahun lepas di kawasan sini adalah sama batch dengan bawang-bawang harum sundal malam yang ditawarkan pada bulan Ogos dan September tahun lepas.
  Kawasan yang sedang bunga harum sundal malam kembang adalah kawasan yang menerima banyak cahaya matahari. Setakat ini tidak pernah dibajai kecuali tanahnya sebelum ditanam bawang disediakan dengan tanah bercampur kompos. Salah satu tips untuk agak-agak samaada tanah adalah subur atau tidak ialah bila kita cangkul kawasan ini banyak cacing-cacing tanah dijumpai. Salah satu sebab tukang kebun  pilih guna baja semulajadi kompos atau keluaran binatang dan bukan baja buatan proses kilang untuk menjaga perhubungan awam yang baik dengan makhluk-makhluk kecil dalam tanah yang boleh dilihat dengan mata kasar mahupun  tidak. Ini dalam masa panjang dapat menjamin tanah yang sihat. Background periwinkle dan pokok terung pipit sukarela tumbuh sendiri.
 Semasa bukan musim bunga harum sundal mula nak berbunga, kekadang rimas juga tengok daunnya serabut dekat tanah macam ini. Nak weeding pun leceh. Kadang-kadang beberapa kali terpijak dibuat oleh ahli tukang-tukang kebun bahagia bersama lain. Nasib pokok harum sundal malam ini lasak pokoknya togel terpotong pun tumbuh balik daun.
  Bila tengok daun-daun yang dahulunya serabut menjadi menegak kembali bermakna pokok bunga harum sundal malam sudah mula nak ke arah proses mengeluarkan bunga. Tukang kebun tak de masa nak kasi manja cabut-cabut rumput bila dah banyak projek lain nak tengok ku biarkan dia. Jadi tukang kebun kasi pokok-pokok bunga harum sundal malam ini stress nak force berbunga dengan biarkan sahaja weed bermaharajarela bersebelahan dengan pokok-pokok bunga harum sundal malam. Jangan tertipu dengan gambar atas tengah proses weeding sebab dah tunjuk petanda nak berbunga.
 Biarlah pokoknya terhimpit jadi tiada sangat ruang nak beranak bawang sahaja jadi terpaksalah pokok harum sundal malam menyerah kalah dan akhirnya nampaklah macam kudup nak keluar.
 Itu dia tak sabar nak keluar. Dari stage ini sampai ke bunga kembang ada juga mengambil masa anggaran 3 minggu. Tapi bunganya lebih kembang lama dari gladioli.
  Hasrat mula nak potong tangkai bunganya masuk ke rumah tapi sebab kesibukan masa dalam kebun tak Jadi. Tak pelah lagipun tukang kebun masa awake duduk dekat luar lagi lama dari dalam rumah, jadi lagi seronok tengok bunga ini di kebun sambil lalu lalang. Sambil memasak di dapur pun boleh nampak bunga ini. 2 ekor itik yang selalu menyibuk nak tumpang bergambar juga di background.
Semerbak bunganya.

P.S : Tukang kebun tiada stok bunga harum sundal malam at the moment. Nak kumpul bawangnya lagi untuk tanam keliling rumah ;) .

29 ulasan:

@na berkata...

diana real betul la kebun siap ada itik...cantik sungguh bunga tu...kalau dh ada seed diana maklumkan na..tp nama dia tu agk menyeramkan....hehehe

ummuaidan berkata...

cantik bunga harum sundal malam nie..tambah2 yg putih kan...

yus razali berkata...

Bestkn tgk HSM dah berbunga...dgn bau wanginye...kalau letak dlm rumah...tgh2 mlm terjaga...lagi seram sbb satu rumah bau wangi...hehehe tp syoklaa tgk D tanam atas tanah mcm tu senang dia biak byk2

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Dah balik sini ya! Geram tengok harum sundal malam ni, pun termasuk dalam wishlist ni!!

Tanpa Nama berkata...

salam sis,klau ada stok nnti bgtau ye

TukangKebun berkata...

@na~ Itik tu rasa nak jual untuk buat Peking Duck je melabur merata keliling rumah dan banyak anak pokok yang selamat dipijaknya. Tapi mama sayang pula itik tu sebab dah banyak membiak itik-itik di rumah. cuma 2 ekor ni je suka duduk di frontyard.

UmmuAidan~ Bunga-bunga warna putih selalunya harum.

Yus~ Kekadang bila merumput tercabut juga anak-anak bawang kecil. Ganas sangat cabut rumput. Next hopefully sempat nak bawa masuk rumah.

Ummu Madihah~ Dah balik. Tapi rasa penat betul bila tengok banyaknya nak kena kemas.

Zifa berkata...

diana ada tips ke nak bagi berbunga? saya beli kat nursery sampai sekrang belum berbunga, dah hampir setahun kot. anak-anak bwg dah makin byk, bunganya belum ada

TukangKebun berkata...

Saya pun belum berapa mahir dengan bunga ni Zifa. Kalau selalu disiram dan dibaja memang anak-anak bawangnya makin banyak. Tetapi ianya malas nak berbunga. Jadi ada teknik-teknik tertentu sifu-sifu yang lain gunakan untuk membuatkan ianya berbunga. Biasanya lepas musim kemarau bila ianya dah tido seketika akan bangun berbunga bila hujan kerap bertandang.

Tanpa Nama berkata...

Blh sy thu kt mne tmpt nie ye

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kami bukan formal nursery.
Cuma private residential area sampingan suka menanam.

Carolyn Boey, Melaka berkata...

Boley tak saya beli bebawang pokok harum sundal malam ini. Sudah Mencari selama 3 tahun....

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carolyn,

Kami tiada extra stock bawang harum sundal malam at the moment.

Ct Anna berkata...

Dah ada stok benih hsm ker.nk beli.

TukangKebun berkata...

Kami tiada stoknya CT ANNA.

Tanpa Nama berkata...

cantik bunganya.. kalau dapat bestnya

Tanpa Nama berkata...

kak jug a noleh....

myra berkata...

wah...sonoknyer tgk..tp pokok sy pun da dlm proses berbunge..mgkin hujung minggu ni da kembang kudupnyer tu...hihi..x sabar nk bau...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Myra,

Pasti semerbak baunya nanti lebih lagi waktu malam.
Kami pun seronok tumpang bayangannya.

myra berkata...

huhu...hati yg berbunga2 nk bau hsm jadi kuncup dah..putik bunga da makin besar,tibe2 suami sy boleh terlanggar pasu plak..abis patah btg kudup bunge tu...frust menongeng sy mengalahkan org frust bercinta..huhu..nk sedapkan hati sy amik btg kudup yg tggu mse nk berkembang tu n cucuk kt tanah dlm pasu tu..stakat 2-3 ari ni belum layu lg n nmpknyer membesar kudup tu..tp xtau la kembang ker x agknyer...huaaa...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Myra,

Kalau begitu boleh cucuk dalam span basah bawa masuk hias rumah. InsyaAllah bila tengah malam semerbak baunya.

Tanpa Nama berkata...

kat nursery ada jual gak. rm12 ke 15 mcm tu. sy punya tanam dlm pasu. baru nk berbunga

Tanpa Nama berkata...

Pokok ni ada jual di nursery.saya baru beli semalam,rm8 untuk 1pasu kecil.tak sabar nak tunggu berbunga..:-)

ziera berkata...

Salam....nak benih boleh x?brapa harga?

Tanpa Nama berkata...

Boleh beritahu mn boleh dpt benih@ bwg hsm..lama sy nak. Sy ada bakawali yg bila mlm mngmbg..harum sangat..jd sy nk hsm..boleh contact sy klau ada bwg x@ 0196734364

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Ada stok limited anak pokok harum sundal malam sekarang. Bole tanya details direct email ke (kebunkmg@gmail.com)

myra berkata...

bunge harum sundal mlm sy da byk x berbunga...mmg wangi sangat..tp sy xleh bau dekat2,pening jadinyer...sy tanam dlm pasu n ltk betul2 tgh panas..setakat ni da ader 5 pasu n biasenyer lps habis bungenyer kembang,sy cabut batang bunge tu,x lame lps tu dia,akn keluar bunga baru...

Eleazar Zeneal berkata...

Camane nk beli pokok ni yer

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Myra.

Great tips.
Terima kasih berkongsi pengalaman.

Salam Bahagia Eleazar Zenael,

Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk membuat pesanan.

Carolyn Boey, Melaka berkata...

Hi....

Saya dah Terima benih Dua tahun lepas n Dari 2 pokok dulu dah jadi byk . Sapa2 yg nk pokok ni boleh contact sy sbb sy tahu mcmn sronok Nyer dpt tanam pokok ni setelah lama me cari. Contact lah sy di 0129456633.

Pokok2 sy suka berbunga n sy dlm proses jugak tanam ke lilting Rumah....