No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 5 Mei 2015

Adorable Almond Allamanda

   Kerap juga terima pertanyaan Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan pokok-pokok allamanda ke. Maka tahun ini Tukang Kebun rajin-rajinkan diri adalah announcement limited ready stock pokok allamanda berwarna ala-ala adorable almond ni untuk peminat bunga allamanda. Bunganya berwarna ada coklat almond gitu. Saiz bunga jenis allamanda ini lebih besar dari bunga allamanda kuning yang lebih kerap kelihatan digunakan oleh Majlis Bandaran untuk landskap. Kebetulan pokok allamanda ini si ulam raja suka selit-selit tumbuh bahagia bersama dengan dia (Gambar No.2), bolehlah bayangkan saiz bunganya. Nak dekat raya ni tinggal beberapa bulan lagi teringat dekat biskut raya popular london chocolate almond.
  Pokok allamanda ini ada sifat separa memanjat. Ianya juga boleh ditanam dalam pasu. Sukakan kawasan yang banyak menerima sinaran cahaya matahari secara langsung. Rajin banyak kali berbunga dalam setahun. 
~ Adorable Almond Allamanda ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com).

SELF-COLLECT SCHEDULE minggu ini:

~6hb Mei 2015 Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00PM~9:30PM.

~9hb Mei 2015 Sabtu di Sungai Buloh antara pukul 5:30PM~6:00PM

9 ulasan:

Awin berkata...

Saya nak satu pot

Kakzakie berkata...

Cantiklah Dee. Kalau dah jenis tanah baik tukang tanamnya pun baik pokok ulam raja pun boleh menyelit di celah tu. Buat kakak geram aje tengok:)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Awin.

Okay Tukang Kebun ada simpankan untuk Awin.

Salam Bahagia KakZakie.

Ohhh ulam raja memang suka kawasan alamanda ni selalu tumbuh naik macam rumput. Tanah dan cahaya sesuai gaknya.

We Linnasya berkata...

Masa di phg, sy ade ternampak pokok ini berwarna pink. Dari jauh igtkn seri pagi. Tp lain. Sy xtahu nama dia nih. Ade juga ambil keratan tapi x jadi. Mungkin keratan muda ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia We Linnasya,

Pokok allamanda ini memang ada beberapa warna juga.

azri hassan berkata...

Di depan rumah saya ada dua jenis pokok 2 jenis pokok allamanda.satu berwarna almond dan yang satu lagi warna unggu.memang rajin berbunga dengan banyaknya.pokoknya memang jenis menjalar hingga sampai ke atas atap balkoni rumah.saya juga pernah nampak yang warna merah cair.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azri Hassan.

Ya pokoknya memang cepat membesar dan rajin berbunga.
Pokok yang mudah untuk dijaga.

Azlee Rock berkata...

Salam... saya berminat..ad stock lg x?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azlee Rock.

Ada masih stocknya.
Details sudah diberikan.