Pasti cuti hari buruh tahun ini ramai ambil kesempatan untuk berjalan-jalan atau balik kampung sebab cuti kali ini agak lama bersambung dengan cuti Hari Wesak. Bagi yang menyambut Hari Wesak, Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Kami tak ke mana-mana pada long weekend kali ini, cuma membuat kerja buruh di belakang kebun.
Pada cuti buruh 2015 kali ini kami membuat projek hard pruning pokok-pokok besar di belakang yang dah saiz macam pokok hutan. Kebanyakkan semua dahan dahlah berpenghuni. Habis kami suami isteri bermain-main dengan pelbagai jenis kerengga/semut yang merusuh akibat sarang mereka diganggu. Sambil-sambil menetak dahan dengan parang jatuh-jatuh kerengga atas kepala memang mental kena kuat nak selesaikan projek pruning kali ini nak berdepan dengan amarah rusuhan kerengga-kerengga. Bila dah dahan-dahan jatuh ke tanah pula habis tanah yang dijejak dipenuhi dengan kerengga-kerengga yang berkeliaran bingung dengan apa yang terjadi. Biasanya kami tiada spray atau bakar sarang mereka dahulu biarlah mereka mencari tempat baru. Walaupun mereka adalah kecil tapi setiap makhluk Allah ni yang ada surah tersendiri di kitab suci Al-Quran pun ada kepentingan dalam dunia kita duduk bersama ini.
Pada hari buruh 2 pokok cempedak besar, kekanda Tukang Kebun pruning. Sebagai contoh, pokok cempedak atas ini sebab dah tinggi, lagipun Tukang Kebun cuma tuai buah yang bahagian bawah je yang atas selalu tak rajin tuai pun jadi kami potong jelah batang cempedak besar ini sebatang. Tengoklah besar batang cempedak yang tengah nak dipotong tu, mahu setengah jam nak potong guna parang je. Tukang kebun tukang pegang tangga je, sakit tengkuk lama-lama asyik mendongak je. Apatah lagi yang memotong (takpelah kekanda bagi latihan kuat tangan, mana tahu tahun ini jadi wakil company main bandminton). Lagipun bahagian bawah pokok cempedak ni dah tumbuh banyak ranting-ranting baru dan ada yang dah berbuah. Bolehlah bagi banyak cahaya matahari masuk ke jiran sebelah tembok di mana pokok cempedak ini tumbuh. Cepatlah kering baju jiran rumah sewa ini sekarang.
Pada hari Buruh sebelah pagi Tukang Kebun cuma tolong pruning pokok rambutan (yang tu je kekanda bagi chance nak exercise tangan). Sebelah petang sambil meneman kekanda membakar, Tukang kebun geram pula tengok pokok rambutan yang menghadap tempat membakar setelah selesai pindahkan anak-anak pokok pisang. Mulalah tangan menggatal sambung pruning pokok rambutan, mulalah kekanda rimas mata memandang katanya terkial-kial nampak. Tempat membakar pula lembap lalu dirampasnya parang dan sambung kerja pruning tukang kebun. Jadi peranan tukang kebun on labour day banyak mengumpul dahan dan tarik masuk ke tempat membakar sampah. Sebelum masuk maghrib lekas-lekas tuai lemon Tahiti untuk dibuat lemonade. Lunch and Dinner labour day minum lemonade sahaja nak elakkan batuk-batuk main luar lama-lama.
Rasanya hari Jumaat dan Sabtu ada sekurang-kurangnya 5 pokok-pokok rambutan kami pruning. Salah satu pokok bila tumbang dahan besar baru perasan ada sarang kerengga besar. Lalu satu dahan besar ini kami biarkan jelah dulu. Dahlah pokok rambutan ini lebih tinggi dari rumah 2 tingkat.
Ini jenis kerengga bontot hitam yang menghuni pokok rambutan tersebut.
Hari Sabtu kami pruning di kawasan ini pula. Sekarang cerah betul kawasan ini. Ingat antara pokok rambutan dan macam jenis pokok mangga ini nak tanam anak pokok durian baka dari Sabah yang benihnya Big Boss kirim raya tahun lepas. Seronok betul tengok kawasan ini bila pokok-pokok yang besar dah dibuat hard pruning sangat cerah menjadikan ruang menanam makin banyak untuk digunakan dengan lebih produktif. Boleh dibuat sekurangnya 2 baris panjang deretan anak-anak pokok pisang untuk interplanting.
Sebelum masuk rumah perasaan mengada-ngada timbul teringin nak minum air kelapa semalam. Walhal kekanda dah kaitkan 2 buah kelapa gading muda. Perasaan membuak-buak teringin nak merasa buah kelapa muda dari pokok ini juga. Terpaksalah kekanda tolong kaitkan nanti bini muncung sampai tidur.
Naluri ibu kut 2 biji mana cukup nak untuk anak-anak juga nak minum bersama. Kalau 2 biji ibu je dah boleh habiskan. Petang semalam kebetulan pula Rayyan demam. Sampai 3 kali kami tukarkan baju tido basah kuyup satu badan berpeluh. Setiap kali kejutkan makan ubat dan tukar baju suruh habiskan 1 gelas air campur isotonic walaupun Rayyan tak nak takut dehydrated je. Pagi tadi suruh minum air kelapa banyak-banyak. Rayyan ini pula jenis tak merengek kalau sakit dari dulu lagi selalu duduk diam-diam je. Kalau dalam Jepun boleh dikatakan sifatnya 'GamanTsuyoi'. Sifat anak yang dah biasa duduk lama dalam hospital biasanya tak banyak kerenah banding dengan adik-beradik yang lain. Hari ini walaupun masih panas sikit dah mula berlari-lari macam tak de apa-apa. Malam semalam dah berselubung je dengan selimut.
Minggu ini pun masih meriah asparagus muncul-muncul tunasnya keluar dari tanah. Stok buah betik pun banyak dalam dapur sekarang.
Hasil pruning 2 hari baru-baru ini menunggu masa nak membakar. Semalam sambil kekanda pruning, tukang kebun memotong rumput di belakang sambil-sambil tarik dahan masuk tempat membakar. Seronok tengok hasil big big big pruning pada hari buruh walaupun badan sampai ke rambut merayap-rayap kerengga puas hati nampak rapi di belakang.
Tengahari tadi ada jemputan kenduri kahwin di Kapar. Ini baru nak rush keluar nak intai pokok-pokok di tapak semaian yang boleh dipindahkan ke tempat yang dah dikemaskan these last 2 days. Antara dalam kepala sekarang anak pokok grafted Lemon Tahiti, pokok durian, dan pokok canistel. Tukang kebun belum sempat nak buat proper announcement, tapi jika ada gardeners yang berminat ada limited stock anak pokok grafted Lemon Tahiti (RM25.00 sepot).
3 ulasan:
selamat malam diana, wah rajin memerun pokok tu, kaknoor tunggu naik angin baru lah dok tebas pokok2 kat luar tu, kalau tak tu malasss sangat, tapi kalau jumpa kerengge memang nak spray, baik nya hati diana tak spray krengge tu, sbb kaknoor kalau tak spray dia akan masuk sampai dlm rumah lah..
psssttt sedap nya air kelapa muda tu kannnn
kak belum pernah tengok kerengga jenis bontot hitam...thanks for sharing ya..
Salam Bahagia Kak Noor,
Ini projek dah lama pending Kak Noor.
Ada cuti 4 hari berderet ni barulah motivate sikit yang nak pakai banyak muscle memotong dahan-dahan besar.
Banyak benda manis segar memang banyak nak menumpang ke dapur Kak Noor,,,,hehehe...Tukang Kebun pun nak juga menumpang hasil dapur Kak Noor.
Salam Bahagia Kak Mala.
Itulah baru perasan ada pokok rambutan ni pula penghuninya kerengga bontot hitam. Yang lain banyaknya kerengga merah biasa tu. Habis dah merayap atas kepala.
Kalau semut halus-halus pun leceh juga nak tepis-tepis.
Catat Ulasan