No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 1 Julai 2015

Mayang Sari

  Pokok bunga mayang sari yang menghasilkan gugusan bunga putih berbau wangi terutamanya pada waktu malam rajin berbunga hampir sepanjang tahun. Sukakan kawasan yang menerima pancaran matahari yang banyak untuk menghasilkan bunga. Di tempat yang kurang menerima matahari berbunga juga tapi kuranglah bunganya berbanding dengan full sun. Pokok bunga mayang sari sesuai ditanam dalam pasu juga dan mudah dijaga. Kalau tanam di atas tanah jangan terkejut dalam setahun boleh tumbuh lebih 1 meter sekelip mata. Ianya pokok yang boleh meninggi paras rumah teres 2 tingkat jika persekitarannya sesuai. Maka ianya popular juga digunakan sebagai tumbuhan hiasan untuk pagar atau privacy. Gardeners yang tengah tight budget selalu pilih pokok mayang sari untuk hedge sebab cepat pembesarannya. Tambahan pula rajin berbunga dan menghasilkan bau yang wangi pada waktu malam. Naik bulu roma pencuri nak dekat lompat pagar waktu malam agaknya.
   Nama botani pokok mayang sari ialah Citharexylum spinosum. Orang Barat pula panggil fiddlewood sebab batang kayunya macam sesuai untuk dibuat alat-alat muzik. Adakala yang memanggil mayang sari sebagai bunga harum sundal malam atau bunga sedap malam barangkali sebab ialah golongan bunga-bunga putih yang berbau amat wangi pada waktu malam.

~ Pokok bunga Mayang Sari (Citharexylum spinosum)grafted ~
1 pot RM10.00 (kebunkmg@gmail.com).
   Untuk desert berbuka semalam, Tukang Kebun sediakan pengat pisang kapal, kali ini kanak-kanak riang punya tastebud nampaknya lebih gemarkan pengat pisang kapal dari pengat pisang nangka. Licin habis semalam. Lauk berbuka semalam simple-simple sahaja masak daging goreng, sayur paku pakis goreng belacan. Kemudian panaskan rendang itik stok dari freezer. Ilhan masih ingatkan rendang ayam, Ilhan sorang je yang makan rendang itik. Minuman pun simple sirap biru dan air teh limau kasturi.

5 ulasan:

AMIIZAA berkata...

sedapnya nama bunga ni mayang sari secantik bunganya jugak:)
pengat pisang...boleh tiru resepi utk petang ni:):)

Norish.NN berkata...

Lapar plal tgok Pengat Diana time2 ni..hehe. Diana, ada stok Pokok Puding Belacan?

nasa mulia berkata...

Bunga tu wangi cam bunga harum sundal malam ker...suka bau wangi tu....

Suzie berkata...

suka bunga warna putih.....sedap pengat pisang

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mieza.

Nama bunyi mystic dan exotic mayang sari, macam nama tarian pun ada juga kan.

Salam Bahagia Sis Norish.

Ada stok pokok puding belacan.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Bunganya bau wangi juga tapi ada kelainan dengan HSM.

Salam Bahagia Suzie.

Bunga warna putih memang kegemaran juga sebab biasanya wangi terutama waktu malam.