No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 13 Oktober 2015

Tumbuk Lada

  Antara snapshot yang sempat diambil untuk hasil tuaian Kebun Bahagia Bersama bagi pesanan-pesanan minggu lepas. Antara pesanan utama diterima minggu lepas adalah seperti buah cili burung dan buah citrus mixed.
  Terjumpa pula gambar-gambar yang diambil semasa membawa anak-anak melawat Muzium Negara beberapa tahun lalu. Salah satunya mengenai senjata traditional yang dipanggil 'Tumbuk Lada'. Ada juga nama senjata dipanggil 'Tumbuk Lada'. Rasanya gambar yang diambil di bawah sebelah kiri adalah contoh-contoh 'Tumbuk Lada'.
  Tukang Kebun dari dulu lagi sebenarnya teringin nak tengok live performance 'wayang kulit', belum lagi tertunai hajat kecil tersebut. Sekiranya ada sesiapa tahu ada show 'wayang kulit' yang akan dibuat, tinggallah pesanan dekat Tukang Kebun. Bolehlah jika ada kelapangan Kebun Bahagia Bersama Team Members boleh take a break tengok 'wayang kulit'.
  Tukang petik cili burung di Kebun Bahagia Bersama sekarang adalah Tukang Kebun Kecil si Ilhan Mikhail. Bergotong-royong dapat diagih-agihkan kerja di dalam kebun. Jadi cepat sikit kerja siap, bolehlah kita bersantai-santai sekejap kalau ada pondok seperti di bawah. 
  Tukang Kebun Ilhan pun makin rajin menolong sebab kira dapat upahnya bila pesanan-pesanan buah cili burung diterima. Gembira nampak raut wajahnya tanya kenapa Ilhan dapat duit ni Mama? Sebab Ilhan rajin buat kerja tolong mama jaga kebun. Kalau rajin berbudi pada tanah, InsyaAllah ada rezeki. Minggu lepas sebab papanya outstation, bila mama tanya Ilhan nak duit belanja tak hari ini. Kalau dia dah dapat upah hasil dari jualan cili burung, biasanya Ilhan kata tak perlu lagipun ada biskut dan air sebagai bekalan.
 Gambar di atas pula antara pesanan-pesanan dari Seksyen 11 Shah Alam iaitu buah cili burung, pucuk muda daun ubi kayu dan citrus mixed. Yang Tukang Kebun tumpangkan ialah telur ayam mutiara.
  Syukur Alhamdulillah sekarang ini kelihatan pokok limau kapas rajin dan lebat berbunga setiap minggu. Memang biasanya musim peak buah limau kapas di Kebun Bahagia Bersama ialah penghujung tahun. Gambar di bawah ini yang sedang ayam jantan 'Shiro' ikut buat inspection ialah untuk tuaian pesanan-pesanan dari Pinggiran USJ.
Fresh produce Kebun Bahagia Bersama yang available untuk self-collect minggu ini ialah:

~ Buah Cili Burung 1 pek RM1.00 .
~ Buah Citrus Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Canistel/Kuning Telor 1 kilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 .
~ Buah Pisang Abu 1 sisir RM5.00 .
~ Pucuk Muda Daun Mulberry 1 ikat RM1.00 .
~ Pucuk Muda Daun Assam Gelugor 1 ikat RM1.00 .
~ Ayam Kampung Dara Organik sudah diproses seekor RM25.00 .
~ Kelapa Parut 3 biji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 3 biji RM2.00 .
  Soalan yang kerap diterima, buah katak puru minggu ini not available. Gambar di atas adalah antara pesanan dari bandar Sunway. Juga available minggu ini ialah telur itik sebutir 70sen.
   Self-Collect Schedule This Week:

~ 14hb Oktober 2015 Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di depan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 17/18hb Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).


10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Untunglah siapa yg duduk dekat boleh mencuba hasil yg dipaparkan
Kakak dpt tengok ajelah huhu..

kakyon berkata...

banyaknya hasil tuaian..beruntungnya berbakti pada tanahkan..

AMIIZAA berkata...

geramnya tgk buah nam nam...

Carlz Jafran berkata...

Banyaknya tuaian. Pandai ayam tu selfie menunduk ke bawah. Hehe

Normala Saad berkata...

Tiap kali tengok hasil kebun Diana, mesti geram dan selalu merungut..apasalah tak berjiran dengan Diana atau yang sewaktu dengannya....geram tau tau tengok hasil segar2 begini...

Norish.NN berkata...

Shiro buat inspection :-) " Segar2 hasil tuaian tuan ku " :-p

Nooriah Abdullah berkata...

rajin nya diana mcm2 ada di kebun tkyh beli sayur cili limau aduhhh bestnyaa

@na berkata...

kalau dok dekat dgn area KBB boleh lah self-collect buah kuning telor...hmmm

Fida Z Ein berkata...

Ada juga nama alat Tumbuk Lada...saya pun tak pernah terbaca/terjumpa lagi...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Kekadang yang duduk dekat yang sibuk tiada masa nak self-collect, ada juga yang minta pos hasil tuaian.
Petik dalam beberapa jam sudah dipos, InsyaAllah within 48hours from petik ke customer.
Yang di kedai pun ambil masa beberapa hari juga nak sampai disusun di rak display.

Salam Bahagia Kak Yon.

Syukur Alhamdulillah memang untung berbakti pada tanah.

Salam Bahagia Kak Amiizaa.

Sekarang ni kena hati-hati tuai buah nam nam ada penyengat buat sarang kat pokoknya.

Salam Bahagia Carlz.

Si Shiro tu memang manja macam kucing.
Peluk letak atas peha belai-belai tak lari.

Salam Bahagia Kak Mala.

Bila musim banyak benda nak kena tuai, masa nak menanam berkurangan pula.

Salam Bahagia Sis Norish.

Inspection nak curi makan dok mematuk mana yang berkenan kihkihkih....

Salam Bahagia Kak Noor.

Oh cili tu banyak tumbuh sendiri hasil perkongsian buahnya.
Burung ni suka makan cili dah masak.

Salam Bahagia @na.

Pos Pun boleh @na.
Tiap minggu kami pos buah kuning telor.

Salam Bahagia Fida.

Itu yang menarik perhatian ambil gambar, Tukang Kebun pun pertama kali dengar alat senjata nama Tumbuk Lada.