No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 22 Januari 2016

Musim Nenas Madu Sabah sekitar Tamparuli

  Syukur Alhamdulillah pada tahun 2016 ini, kami berpeluang untuk melawat Tamu Tamparuli untuk hari pertama diadakan bagi tahun 2016. Untuk minggu pertama 2016 tersebut, yang berbeza dengan minggu sebelumnya yang juga kami melawat (related posting klik sini) adalah lebih banyak petani menjual hasil-hasil nenas dari kebun mereka.
  Pada minggu pertama tersebut, jenis nenas yang banyak dibekalkan adalah jenis kegemaran Tukang Kebun iaitu Nenas Madu Sabah. Disebabkan bekalan Nenas Madu Sabah di pasaran adalah banyak maka harganya juga jauh murah (50%) untuk sekilogram berbanding dengan harganya ketika bukan musim banyak. 

   Bukan sahaja buah Nenas Madu Sabah sahaja dibekalkan tetapi bibit-bibit sulur Nenas Madu Sabah juga ada banyak dijual pada minggu tersebut. Bukan setiap minggu selalu kita terserempak dengan petani yang menjual sulur Nenas Madu Sabah ya. Jarang-jarang juga ya. Sebagai contoh gambar No. 2 di atas itu bukan mahkota buah nenas ya, itu adalah bibit-bibit sulur Nenas Madu Sabah yang juga dijual selain dari buahnya.

 Begitu juga dengan gambar No. 3 di atas ialah petani ini juga menjual banyak stok bibit-bibit Nanas Madu Sabah. Yang dalam plastik hitam besar itu dah ada pembeli yang borong atau orang sini kata sudah pajak. Petani itu amat mesra bila Tukang Kebun tanya jenis bibit nenas apa yang dia bekalkan ini. Yalah teringin jika ianya jenis nenas kampung yang belum ada tanam lagi. Petani ada juga tawarkan kepada Tukang Kebun, tetapi terpaksa menolak tawaran kita ada juga sama jenis ini. Tergelak-gelak kami berdua berborak-borak.



  Salah satu jalan yang kami gunakan ketika berulang-alik ke Kiulu, ialah dengan menggunakan jalan pintas masuk dari pekan Telipok. Jalannya berliku-liku juga memanjat dan menurun mengikuti banjaran Crocker. Ada satu jalan yang mendaki siap sudutnya tu rasa ada lebih 75 darjah kut. Sehingga anak-anak pun pesan papa bawa slow slow je. Di kiri kanan jalan kelihatan ramai petani sudah membuka kebun di lereng banjaran dengan pelbagai jenis tumbuhan.

  Ketika kami berhenti seketika, Tukang Kebun turun dari kereta ingin mengambil gambar ini tapi cuaca tidak berapa serasi jadi tak nampak jelas nak tengok sehingga ke laut. Bila ditoleh belakang baru perasan ada kebun nenas rupanya di situ memanfaatkan ruang yang ada.

   Bertani di kawasan atas banjaran ini lebih mencabar jika kita nak bandingkan dengan tanah rendah yang rata. Tanah di banjaran juga agak keras dan tidaklah semudah nak balancing mencangkul kan. Tetapi selagi ada tanah di situ walaupun keras tidak disia-siakan dan masih diusahakan juga oleh petani. Oleh itu, mengikut kesesuaian tanah, salah satu tanaman yang juga giat diusahakan di kawasan lereng banjaran-banjaran tinggi ini adalah tanaman nenas. Salah satu jenis nenas yang adaptable dengan muka bumi dan tanah keras berbatu seperti gambar di bawah ialah jenis Nenas Madu Sabah.
  Tukang Kebun nak minta kita fikir sejenak ialah perkara apabila selalu kita mengeluh mengenai tiada masa nak siram. Adakah petani-petani ini dapat kerap menyiram dengan keadaan bertani di lereng-lereng banjaran muka bumi seperti ini dan sumber air juga jauh? Pastinya tidak tapi rezeki hasil mereka amat bergantung kepada taburan air hujan yang diterima sepanjang tahun. Gardening is easy, if you choose the right plant to grow in your garden depending on your work schedule and growing environment. Macam Tukang Kebun pun takde masa nak menyiram di kebun belakang, memang tak siram walaupun kemarau. Syukur Alhamdulillah hasil-hasil itu masih ada kerana ianya amat bergantung kepada rancangan pilihan tumbuhan yang ditanam dapat menyesuaikan diri mereka sepanjang tahun dengan perubahan cuaca.
  Bunga-bunga yang kembang sebelum buah Nenas Madu Sabah membesar juga amat menarik bentuk dan warnanya. Pagi ini intai rasanya buah Nenas Madu Sabah seperti gambar di bawah nak dekat Tahun Baru Cina , InsyaAllah dah boleh tuai ni. Kalau bukan makhluk lain yang testing dululah kan. Lihatlah dari pokok ini sahaja banyak bibit-bibit Nenas Madu Sabah keliling di bawah tangkai buahnya yang akan dibekalkannya untuk induk pokok baru.
  ~ 1 bibit sulur nenas Madu Sabah RM5.00 ~

11 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau tanaman menjadi dpt 5-6 pokok pun dah puas makan
Yg best tu satu pokok dpt hasilkan banyak bibit, jadi utk dpt di tanam lagi dan lagi besarlah peluangnya.

Nooriah Abdullah berkata...

assalamualaikum diana
wah nenas bestnya buat rojak
kalau dpt nenas madu ni mmg laris rojak kaknoor kan

Angah berkata...

nice pic

Annie berkata...

Seronok baca cerita berkebun di blog Tukang Kebun ni. Saya dah link kan ke blog saya. Majulah kebun untuk negara :-)

Hayyum Suleikha berkata...

Salam Diana. Sy Dh email pesanan utk self collect Esok. Nak minta no account.

Suzie berkata...

suka nenas sabah...sedap sgt. masa ke sabah dulu siap cicah garam kat hotel...hehhe

marissaislam berkata...

Teringin nak beli lagi bibit nenas ni.

Tu hari beli 3 ja rasa mcm tsk cukup ja. Tapi tanahnya pun terhad..

Nak tanam sayur2 lagi..

Normala Saad berkata...

memang sedap nanas madu ni...bibitnya pun ada jual. Sini jangan nak jumpalah Diana...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie Purvit.

Ya yang jenis nanas madu sabah ini jenis rajin beranak pinak.
Memang kalau 1 minggu sekali masak 5 biji boleh puas juga tu.

Salam Bahagia Kak Noor.

Memang laris rojak kalau campur dengan nanas madu Sabah ini.
Bayangkan aje sudah terliur-liur.

Salam Bahagia Angah.

How sweet.
Thank you rasa tak puas hati juga ambil gambar tu sebab ndak berapa terang.

Salam Bahagia Annie.

Thank you for reading our gardening ramblings.
Thank you also for introducing our blog to your readers.

Salam Bahagia Hayyum Suleikha.

Terima kasih banyak-banyak sudi datang ambil pesanannya.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Hehehe....lain kali bolehlah datang cuti ke Sabah lagi bila mengidam makan nanas sini.

Salam Bahagia MarissaIslam.

Kena guerilla gardening, cari mana boleh tambah pokok-pokok nenas berhampiran rumah mana ruang yang tidak disentuh oleh majlis bandaran.

Salam Bahagia Kak Mala.

Orang Sabah ini banyak suka makan nenas :).

Prisca Peter berkata...

Boleh sy tau lokasi Kebun ni? Sy kira nak pergi melawat sambil membeli nenas fresh yg masih muda.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Prisca Peter.

Kami lebih bertumpu kebun yang di sebelah Sungai Buloh sekarang.
Tapi kebun kami belum open to public.