No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 5 Januari 2016

Permata Hati Pukul Padi Pertama kali


  Before back to school year 2016, Syukur Alhamdulillah permata-permata hati Kebun Bahagia Bersama dapat menambahkan pengalaman mereka memukul padi masak. Lain kali kalau tengok pokok padi dari jauh wahai anak-anak jangan ingat pokok lalang pulalah ya. Inilah rupa pokok padi huma yang sudah masak. 


  Syukur Alhamdulillah Sabtu lepas kami sekeluarga berpeluang pulang ke kampung Big Boss di Kiulu. Cuaca pun sangat baik dan Aunty Janet Tukang Kebun sudah mula mengetam padi humanya yang sudah masak 2 hari sebelumnya. Bila sampai Big Boss kata adiknya masih lagi mengetam di bendang belum lagi pulang untuk makan tengahari. Yang lain pun sudah pulang ke rumah. Katanya tak jauh pun dari rumah jika Tukang Kebun nak pergi tengok atau nak tolong mengetam.

  Maka Tukang Kebun pun ajaklah si Ilhan Mikhail sekali teman mama cari Nenek Janet. Ternampaklah kelibat Nenek Janet seorang di tengah bendang sedang memukul padi. Ilhan pula seronok berguling-guling di atas jerami padi yang sudah diambil bijiran padinya. Macam tilam katanya.

  Memandangkan Aunty Janet dah hulurkan alat untuk mengetam padi katanya nak cuba ke tidak mengetam padi. Uwah ~~~ dah 20 tahun kut kali terakhir Tukang Kebun ikut mengetam padi. Nasib baik dah mula biasa berkebun so bolehlah jump in tolong mengetam berlakon natural fast learner dalam mengetam padi (angkat bakul sendiri) hahaha....
  Ilhan pula tukang kebun arahkan angkat rumpunan pokok-pokok padi yang telah dipotong dibawa ke tempat memukul padi. Contoh pokok-pokok padi yang telah masak telah dipotong ditimbunkan seperti ditunjukkan dengan anak panah hijau.
   Syukur Alhamdulillah boleh juga diharapkan boboi mama ni menolong bergotong-royong nak cepatkan proses mengetam padi.
  Nak dekat 2 jam jugalah Tukang Kebun mengetam padi dan Ilhan pula tolong angkat bawakan pokok padi yang telah dipotong ke tempat Nenek Janet pukul padi.
  Ilhan tolong longgokkan pokok-pokok padi yang telah dipotong ke belakang Nenak Janet. Jadi cepatlah sikit kerjakan, Tukang Kebun mengetam padi, Ilhan pula tolong angkatkan dan bawa ke Aunty Janet yang memukul padi.
  Kadangkala Ilhan juga tolong pukul padi juga sambil Nenek Janet supervise.
  Bila dah penat atau jemu sekejap nanti Ilhan berhenti berehat di atas jerami padi yang baru sahaja dituai bijirinnya. Dahlah kami buat kerja dari pukul 1PM hingga pukul 3PM dengan matahari terik. Lepas tu tak pakai proper attire cuma T-shirt lengan pendek dan seluar pendek. Sebab planning ingat nak pergi mandi sungai lepas tu dah melekat pula nak mengetam padi. Biasalah bila dah mula kerja susah nak berhenti. Itupun kena negotiate dengan Ilhan yang bising bila nak balik mandi sungai ini. Janji sampai pukul 3 sahaja kita tolong-menolong sini, kemudian mandi sungai. Biasalah kena membebel dengan Nenek Big Boss dan Nenek Janet lain kali pakai tutup semua, dengan panasnya dan gatal-gatal nanti.
  Dah kehausan sangat, Tukang Kebun minta tolong Ilhan balik sekejap bawakan balik botol air sementara Tukang Kebun teruskan mengetam. Ilhan datang balik bukan dengan botol air sahaja tetapi dibawanya si Rayyan Haniel juga. Tiba-tiba kedengaran ada budak nangis-nangis memekik, rupa-rupanya abang Ilhan bawa adik Rayyan sekali. Tapi Abangnya sengaja khianat (menyakat) adiknya, ada ke punya banyak jalan elok, sengaja dibawanya lalu dekat jalan semak. Mana tak meraung adiknya ditinggalkan di tengah semak seperti gambar di bawah.
  Terpaksalah maknya heret keluar budak menangis tu keluar dari semak kena tinggal oleh abangnya yang kuat menyakat. Untuk memujuk Rayyan yang masih moody teresak-esak, Nenek Janet pujuk ajar cara nak pukul padi.
  Syukur Alhamdulillah berpeluang jugalah permata-permata hati kami untuk mengikuti proses dari mengetam padi hingga memukul padi di bendang. Nasib baik tak demam juga budak berdua ni berjemur, nenek-nenek dah bising dah sebab biarkan dengan tak pakai topinya.
  Ada juga pokok-pokok padi huma yang sedang baru nak membesar di bendang. Sebenarnya Tukang Kebun rasa segan sangat nak minta direct dengan Nenek Janet directly bibit padi huma ini, so to earn my keep kenalah tolong gotong-royong mengetam. Siap minta tolong Big Boss yang pesan jika ada lebih bibit padi huma nanti Tukang Kebun nak juga (hint: stay tune). Nenek Janet around 60 years old masih kuat lagi boleh buat kerja banyak pakai kudarat begini, I beginning to wonder when I'm around that age how fit am I? Nenek Janet pun ada cakap Tukang Kebun nak belajar phase menanam pula ke? Moga diriku diberi peluang menambah ilmu dan kemahiran.

  Jika fresh beras padi huma ada yang bila masak bertukar warna ungu 1 kilogram RM12 (kebunkmg@gmail.com).

  Lepas dah pukul 3, kami pun bergegas ke sungai. Bila dah berhenti kerja barulah mula rasa gatal-gatalnya. Dari atas bukit bila diintai ke bawah, rupa-rupanya Atuk, Nenak dan Abby pun dah berada di sungai.

Blissful. 

  Syukur Alhamdulillah permata-permata hati diberi peluang melihat proses nak dapatkan beras ini. Lain kali senang nak ingatkan mereka ini supaya tidak membazir, its not an easy thing nak dapatkan sesuap nasi. Budak zaman sekarang ini kalau cakap nanti nasi menangis, ada je respond nya. Bila dah tengok dengan mata sendiri, bila berdebat nanti mak dengan anak nak suruh jangan sifat membazir boleh bagi contoh macammana nak dapatkan beras. 
  Tahun 2016 ini sibuk betul hari pertama mula ke sekolah. Rayyan masuk darjah 1 dan Abby pula kali pertama ke Tadika. Dahlah nak siapkan Abby, pagi-pagi lagi princess papa ni berdrama. Nak pergi sekolah katanya tapi tak nak pakai baju seragam sekolah menangis-nangis. Tak berkenan agaknya, 20 minit papa Abby kena pujuk princess dia pakai baju. Rupanya terbagi pula untuk baju budak lelaki punya design. Bila sampai tadika baru perasan.

  Kali ini tak tunggu pun Rayyan yang masuk darjah 1 cuma drop sahaja, senang sebab abangnya Ilhan Tahun 3 sama sesi untuk tolong tengok-tengokkan. Tugasan tambahan supir dah bertambah balik dah back to school ni.

4 ulasan:

Normala Saad berkata...

teringat kecil2 dulu pernah saya dan adik ikut nenek cari lebihan padi dari petak2 sawah yang sudah dituai. Kalau hari2 cari boleh dapat berguni juga.Sampai demam...

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum Diana...

Saya pertama kali tengok padi huma di Kota Belud...Kg Tenghilan...siap guna tin2 tin susu yang diletak batu dalamnnya...kasi hilau itu burung dan tikus...

Di Kedah...sempat juga temgok satu tempat yang masih tanam padi huma ( bukanlah bukit tapi bendang tu memang tiada air,,,pokok padi pun tinggi2...)

Sekarang ni tak pasti masih ada ka tiada sudah...

Kakzakie Purvit berkata...

Waaah... bestnya anak-anak. AUntie yg dah tua ni pun tak pernah ada peluang tau:)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Betul tu kekadang banyak yang jatuh-jatuh tak terangkat sekali.
Sayang jika tidak dicari dan dikutip semua.
Nak tunggu 1 pokok dari biji benih bercambah dan musim menuai pun berbulan-bulan.
Itupun ikut jenis, ada yang jenis 4 bulan dah boleh tuai.
Ada juga yang jenis 6 bulan ambil masa kitarannya

Waalaikumsalam Kak Fida.

Ya macam-macam scarecrow ada.
Menurut makcik musim menyemai benih-benih masa pun kena ikut masa. Elok penduduk buat serentak supaya mengelirukan burung-burung nanti tak lah semua kena ambil.
Kalau kita sorang-sorang je semai benih takut habis semua diambil.

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah mereka berpeluang untuk merasa juga tengok proses menuai secara live.