Rasanya dah hampir sebulan Kebun Bahagia Bersama berhenti rehat sekejap dari membekalkan daging ayam kampung sebab balik kampung. Syukur Alhamdulillah hujung minggu ini dapat kami kembali semula membekalkan daging ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak kepada adinda Dahiyah yang sedang ambil bidang pharmacy yang tolong babysit binatang-binatang belaan di rumah dan di kebun. Kasihan adinda walaupun tengah sibuk dengan study university exam. Minggu ini minggu terakhir periksakan, lepas ini giliran adinda pula balik berehat di Kota Kinabalu.
Terkejut bila balik ayam-ayam yang remaja dan anak-anak semua dah bam bam berisi jauh dari expectation Tukang Kebun. Sebagai contoh, gambar No. 1 di atas adalah batch 'Pearl' (related posting klik sini). Kalau dibandingkan dengan posting sebelum ini dah 2 kali ganda saiznya. Ikut rancangan, batch Pearl akan mula dibekalkan hujung minggu ini. Syukur Alhamdulillah untuk batch Pearl juga hampir sudah nak habis stok kena reserved, minggu ini dah mula booking-booking diterima. Kalau ikutkan hati bila tengok batch Pearl dah besar ini dah nampak mirip macam maknya rasa sayang nak lepaskan. Sebab maknya mempunyai sifat ayam penelur yang baik, telur pun besar-besar dan rajin bertelur.
Harga batch Pearl seekor selepas diproses adalah RM25 (kebunkmg@gmail.com).
Batch Pearl ini yang jaganya banyak credit to adinda Dahiyah.
Batch Pearl ini yang jaganya banyak credit to adinda Dahiyah.
Hujung minggu ini 2 jenis saiz ayam kampung akan dibekalkan. Yang batch Pearl tadi beratnya lebih kurang plus minus 1.5 kilogram. Lagi satu saiz ialah dalam linkungan plus minus 1 kilogram seekor ialah batch 'Batman'. Batch 'Batman' seekor setelah diproses dibekalkan dengan harga RM15. Contoh Batch Batman adalah seperti gambar No. 2 di atas (bukan semua lagi yang capai saiz 1kg lagi tu dalam gambar). Jadi ada only a limited few yang ada untuk size RM15 bagi minggu ini.
Yang saiz batch batman dah boleh Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan minggu ini, biasanya popular masak ala-ala panggang bila Tukang Kebun tanya feedback. Gambar perkongsian ayam panggang saiz dari Kak Fatima duduk di Rawang. Yang Kak Fatima panggang ini saiz ayam kampung lebih besar dari batch pearl dalam usia 3 bulan lebih. Kak Fatima bagi review bila dipanggang masih sangat lembut. Terima kasih banyak-banyak Kak Fatima kerap self-collect ayam kampung Kebun Bahagia Bersama.
Dah beberapa minggu bercuti, jadi projek hujung minggu ini ialah kenalah kemaskan kandang-kandang ayam semua. Sambil itu, nak pindahkan batch 'bujang' ke Kandang E (related posting klik sini). Kandang E pula sekarang batch Pearl duduk, memandangkan ayam-ayam kampung batch Pearl pun nampaknya dah banyak kena booking, maka balance yang masih ada untuk batch Pearl gabungkan tumpangkan di Kandang D dengan batch Batman nanti.
Kali ini ayam-ayam mutiara dari batch Pearl dan batch Batman pula akan dimasukkan ke dalam Kandang 5 nak kasi mereka familiar dengan kawasan situ sebelum dibebaskan waktu siang. Nanti senang nak train bila lepas waktu pagi, senja kasi makan masuk kandang tidur. Kasihan bapa-bapanya dah kena jadi mangsa musang (related posting klik sini). Kini ibu-ibunya pula hilang tanpa kesan apa-apa awal tahun ini. Panik dibuatnya adinda Dahiyah jadi stress bila waktu bagi makan tak muncul-muncul ayam-ayam mutiara betina dewasa tersebut. Bangkai-bangkai pun tak nampak. Jangan ianya jadi mangsa seperti kekasihnya sudah, kalau broken-hearted bawa diri ke mana-mana memujuk hati dahulu takpe.
Hai lebih-lebih pula musang ini, nak kena pasang perangkap ke.
Pasrah sahajalah dahulu.....tetapi all is not lost.
Syukur Alhamdulillah walaupun ayam-ayam mutiara betina itu baru musim pertamanya bertelur dan dah hilang. Dapat jugalah timang banyak anak-anaknya, jadi takdelah putih mata sahaja. Minggu ini lahirlah batch akhir anak-anak ayam mutiara di Kebun Bahagia Bersama sementara nak tunggu yang batch Pearl tersebut matang.
Minggu ini telur itik available.
~10 butir telur itik RM7.00 (70sen sebutir) ~
Telur ayam dan Telur ayam mutiara not available minggu ini.
Hai lama lagilah nak rasa roasted ayam mutiara dari kebun sendiri ini. Sekarang nak kena usahakan biakkan lebih banyak lagi induk-induk ayam mutiara for safe-keeping.
Release tension awal tahun lepas dengar ayam mutiara betina hilang, maka barbecuelah kami di Kingfisher. Panggang juga ikan salmon selain dari sausage dan chicken wing. Big Boss punya ayam not allowed to sembelih.
Bila Tukang Kebun perhatikan gambar lama batch batman masa kecil (related posting klik sini), ayam baka putih warnanya yellowish gitu nak bezakan. Jadi dari batch batman pula yang akan dibawa keluar simpan ke Kandang 5 pula ialah 2 ekor ayam berwarna all-black dan 2 ekor all-white. Simpan warna all-white lagi untuk experiment breeding suka-suka Tukang Kebun untuk tema putih (related posting klik sini), just in case for safe-keeping. Seekor jantan yang putih ditemui mati masa balik hari tu ke Kebun Bahagia Bersama.
Si Panther ini semasa ketiadaan kami bercuti, juga sibuknya jadi security guard jaga anak-anak ayam meronda-ronda reban. Bagus jugalah sebab adinda Dahiyah kata ada anak ayam jadi mangsa tikus kena gigit leher. Sibuk sungguh menangkap tikus, entah setiap hari agaknya dah dalam rumah jadi perkuburan tikus-tikus. Merata-rata tulang dan ekor tikus bersepah dalam rumah. Dah minggu ini kenalah kemaskan dalam rumah dulu sebelum buat kerja luar. Nasib baik dia makan semua, cuma bahagian tak boleh habis je ditinggalkan macam ekor dan tulang. Siap hari balik itu pun, nak juga si Panther show off dekat tuannya bawa masuk tikus besar lagi. Tak padan dengan badan, saiz tikus yang ditangkap punyalah besar. Your bath is overdua ya Panther.
Hai asal ko sihatlah Panther. Sihat dari makan makanan instant tu kan. Asalkan ko tak makan anak ayam macam si Jack tu. Makan kat luarlah Panther, tak usahlah mogok kena tinggal lama bawa masuk sampai rumah. Makcik-makcik Panther tu tangkap tikus juga tapi makan kat luar.
Tak sempat nak meronda kebun lagi tengok apa yang ada.
Available untuk self-collect hujung minggu ini:
~ 1 ikat batang keladi RM1.00
~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.00
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00
~ 3 biji kelapa sudah dikukur RM5.00.
~500 gram buah limau mixed RM3.00.
~ 10 biji telur itik RM7.00.
~ 1 ekor ayam dalam plus minus 1 kilogram RM15.00. (batch batman)
~ 1 ekor ayam dalam plus minus 1.5 kilogram RM25.00 (batch pearl)
~ 1 beg tanah bakar RM5.00.
~ 16hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
~ 17hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
6 ulasan:
Kakak nak komen kat sini sekalilah pasal batang keladi tu
Kalau keluarga kakak memang suka buat sayur sedap - menyiang kena pandai jgn kena air.
Ayam tergolek dlm piring buat kakak tak kelip mata memandang membayangkan nikmatnya hihi... Org tua kata kadang ada org jenis tangan serasi bela binatang. Agaknya dinda Dahiyah jenis yg macam tu jaga sebulan dan bam-bam dah:) Bestnyaaaa...
I envy the freedom of rearing chicken...
Sebut jer gulai sayur keladi...dah terasa2 dah tekak ni nak makan...lama jugak dah tak makan ..
Sedapnya tengok ayam bakar tu Diana...memang suka sangat ayam kampung. Dulu masa duk rumah sewa kak ada bela sebab kawasan rumah luas.
Email kat saya list barang dan cara order beserta no akaun, tq
Nazirasaadin@gmail.com
Salam Bahagia KakZakie.
Tips bagus tu Kak. Keladi memang masa nak prepare elok jangan kena air kan baik ubi dan batangnya.
Banyak diberikan kut, kasihan takut tak cukup makanan hehehe....
Salam Bahagia Bangchik dan Kakdah.
Laman di Putrajaya tu boleh juga ada seekor dua.
Salam Bahagia Bunda_nor.
Bila ada masa rasa nak masak lagi ni cuba buat letak tempoyak pula.
Makan dengan nasi panas mesti bertambah-tambah.
Salam Bahagia Kak Mala.
Dekat padang ada pagar tu boleh agaknya menyelit reban bela seekor dua kut Kak Mala.
Salam Bahagia Nazira Saadin.
Sudah email butiran lanjut.
Catat Ulasan