Jika ke Sabah tak berkesempatan nak lihat dengan kaca mata sendiri icon binatang Borneo di habitat semulajadinya boleh juga ziarah Lok Kawi WildLife Park. Tidak jauh dari Kota Kinabalu. Kebun Bahagia Bersama team members pada tahun 2015 melawat WildLife Park ini pada 26hb Disember 2015 (tarikh watermark tersilap).
Abby kata nak pergi tengok 'monyet London' yang sebenarnya digelarkan 'monyet Belanda' atau Probiscus Monkey. Yang di gambar atas ada juga monyet belanda betina. Manakala gambar No. 2 di bawah yang besar dan hujung sekali ialah monyet belanda jantan. Nasib organ pembiakannya tersorok kalau tak memang terang-terang nampak. Nanti posting hari ini awal lagi kena label 18SX.
Di sini terdapat juga kandang untuk Orang Utan. Orang Utan di sini gelagat mereka dah begitu biasa dengan manusia. Kadang kala pandai menarik perhatian pengunjung dengan telatahnya yang mencuit hati. Gambar Orang Utan ketiga ini pandai menarik perhatian dengan memetik bunga-bungaan dan letak atas kepalanya seperti flower girl. Orang Utan dan Probiscus Mongkey tergolong dalam kumpulan 'Old World Monkey'. Tukang Kebun tak pernah lagi berkesempatan buat kajian yang ada hubungkait dengan primate lagi.
Tidak ketinggalan juga antara tarikan di Lok Kawi WildLife Park ialah untuk melihat dengan kaca mata sendiri jenis gajah yang paling kecil di dunia yang dipanggil Borneo pygmy elephant.
Dilaporkan bahawa size dewasa gajah Borneo pygmy elephant adalah sebesar anak gajah Afrika. Memang dari segi saiz berbanding dengan jenis gajah lain, kecil sahaja gajah ini. Cuaca cerah seronoklah gajah ini bermandi manda, jadi berhati-hatilah kalau tersembur air keluar dari belalainya tolong kasi sejuk badan.
Untuk menambahkan sumber pendapatan Lok Kawi WildLife bagi penyelenggarannya terutamanya kos-kos makanan binatang yang dijaga, boleh juga mereka keluarkan produk sendiri iaitu jualan baja organik dari hasil keluaran binatang-binatang yang banyak semasa dikemaskan kandang mereka. Sekadar cadangan sahaja dari Tukang Kebun sebab ketika kami merantau di Adelaide, nursery tempatan ada menjual animal manure dari Adelaide Zoo. Dari pandangan mata kasar, kelihatan taman binatang ini seperti kekurangan belanjawan kewangan.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Kebun Bahagia Bersama Team Member kunjung ke taman binatang ini tetapi kali kedua. Kali pertama adalah penghujung tahun 2014. Agak terkejut kelihatan perubahan yang drastic dengan persekitaran taman binatang ini setelah setahun. Pada penghujung tahun 2014 keadaan taman binatang ini nampak rapi. Tetapi kelihatan so deteriorated after 1 year. Jadi tidak pasti sama ada funding not enough atau management; atau both.
Terdapat beberapa kandang kelihatan tempat kediaman binatang-binatang tersebut menyentuh hati. Jika review dari pengunjung luar negara amat dipertikaikan penggunaan 'WildLife' park tidak sesuai untuk Lok Kawi WildLife Park ini. Zoo is more appropriate agaknya. Banyak kandang-kandang perlu kena touch up semula sebab dah nampak macam tempatnya sudah tidak selesa untuk binatang-binatang tersebut menghuni. Mata pengunjung pun sudah tidak enak memandang apatah lagi yang duduk dalamnya. I feel very bad for the sun bears, they have at least 2 times more space to roam compare to Zoo Negara Sun bear but the environment around the cage desperately need to make it more comfortable for the bears.
Pelbagai jenis adik beradik rusa juga ada. Dalam kepala dok fikir sodapnya lah daging rusa. Bilalah boleh ternak rusa sendiri. Sedapnya kalau dapat buat kumpul-kumpul dengan keluarga atau kawan buat rusa golek.
Jenis burung helang ini jinaklah pula. Walaupun Tukang Kebun perlahan-lahan datang nak berkawan dekat tepi sangkarnya sambil ianya makan-makan ikan tak lari pula. Sangkar sangatlah besar. Saiz sangkar ini sahaja dah seperti besar keseluruhan sangkar aviary di Zoo Negara. Tetapi sayang tak dipergunakan sepenuhnya dengan baik. Lihatlah di background penuh rumput liar tumbuh meninggi menutup tanah di dalam sangkar besar ini. Jika ada rancangan yang baik, kita boleh kaji haiwan-haiwan avian yang boleh hidup serasi sama dalam sangkar ini. Jadi nampaklah menarik ada pelbagai jenis burung hidup sama dalam satu ecosystem. Barulah mirip kepada WildLife Park.
Kawasan aviary banyak kawasan yang tutup. Banyak perlu diperbaiki lagi. Kawasan walkway banyak yang ditutup. Kawasan yang diperuntukkan untuk Lok Kawi WildLife Park ini besar dan luas. Lebih luas dari Zoo Negara. I believe it has a good potential and opportunities to be one of the very unique and good Zoo if they have good management and sponsorship. Seperti di Zoo Negara kita boleh lihat dekat kandang ada binatang yang di sponsor oleh syarikat-syarikat tertentu.
Ada juga pertunjukkan binatang-binatang di Lok Kawi WildLife Park yang juga amat menghiburkan pengunjung-pengunjung. Selepas pertunjukkan diberikan peluang kepada pengunjung secara percuma untuk bermesra dengan binatang-binatang tersebut. Juga diberikan peluang untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri.
Our last visit di Zoo Negara, Tukang Kebun perhatikan perubahan baru ialah banyak cameraman yang offer nak tolong ambilkan gambar-gambar bersama background pilihan yang disediakan khusus untuk bergambar di Zoo Negara. Bukan free of charge ya, gambar print out dibeli di booth stesyen gambar. Salah satu cara untuk Zoo Negara menambahkan pendapatan sampingan bagi penyelenggaraan mereka. Kesian kut nak kasi makan binatang pun sebab dah ada GST sekarang semuanya terjejas kut so they have to come up with an idea to collect more funds.
Selepas akhir pertunjukkan binatang, ada jugalah diumumkan jika ada sesiapa nak buat donation boleh masukkan ke dalam kotak derma. Tukang Kebun perhatikan orang Sabah ni murah hati betul ramai sungguh yang menderma masukkan duit ke dalam kotak berlainan pula dengan response semasa di Zoo Negara. Psychology agaknya sebab di Zoo Negara lepas pertunjukkan kalau nak ambil gambar dengan binatang pertunjukkan tadi kena bayar dan dapat gambar. Tetapi di Lok Kawi WildLife Park tidak dikenakan bayaran. Mungkin ramai yang mengerti bahawa WildLife Park ini macam tak cukup funding untuk maintenance.
Untuk pertama kalinya Ilhan dan Rayyan dapatlah merasa tekstur badan ular sawa. Nak pula dia pegang, terujalah sebab ramai budak-budak sebaya juga berpusu-pusu nak ambil pengalaman sentuh ular sawa under supervision.
Cuma perkara yang kurang menyenangkan semasa duduk menunggu nak lihat pertunjukkan bermula ialah orang-orang lelaki dewasa yang duduk di sebelah Ilhan dan Rayyan sambil menunggu dah mula menghisap rokok. Mulalah Tukang Kebun tak sedap duduk. Maka as a hint, Tukang Kebun minta dearest husband tukar tempat duduk dengan anak-anak supaya mereka tak terdedah banyak dengan asap-asap rokok. Kalau orang yang lebih muda, dah lama dah Tukang Kebun tegur sebab ini kawasan awam dan common sense you shouldn't be smoking when you're next to a child. Its very rude even to other grown up person who is not smoking. Sebab tak tegur pun orangnya pun rasanya dah dalam linkungan nak masuk umur 50tahun, jadi tak kira manis nak ditegur takut jatuh pula air mukanya nanti kalau tersilap tutur kata.
Staff yang bertanggungjawab dengan pertunjukkan juga datang menegur selepas dearest husband bertukar tempat duduk dengan anak-anak. Staff pun cakap tidak dibenarkan smoking di kawasan dalam dewan pertunjukkan ni, kalau nak smoking kena berada di luar kawasan. Nak tak nak kenalah juga bawa diri smoking di luar. Staff di Lok Kawi WildLife Park ramah-ramah orangnya, jadi if you encounter a problem bolehlah consult with them.
Lok Kawi WildLife Park adalah taman haiwan yang dibuka di atas hutan sekunder, jadi terdapat banyak juga pokok-pokok getah di kelilingnya terutama di sekitar zon reptile. Jadi untuk anak-anak bandar yang tidak berpeluang nak ambil pengalaman kenal dan kutip biji getah, juga boleh ambil peluang cari biji getah sini. Bolehlah main ketuk lawan-lawan tengok biji getah siapa paling kuat. Biji-biji getah ini buat hiasan pun cantik. Nostalgiakan antara permainan percuma masa zaman-zaman dahulu mengisi masa lapang. Penuh poket seluar masing-masing dengan koleksi biji-biji getah mereka.
Nampaknya seperti di Zoo Negara (related posting klik sini), pokok Madonna Lily juga amat kerap digunakan untuk landskap di Lok Kawi WildLife Park. Pokok Madonna Lily memang pokok yang kurang perlukan penjagaan dan boleh toleransi dengan pelbagai jenis sekitar as long as kelembapan tinggi.
More info on pokok Madonna Lily boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 moist bare-rooted Madonna Lily RM7.
Di dalam Lok Kawi WildLife Park ada juga Taman Botani. Bolehlah makan bekalan di bawah gazebo yang ada di situ. Tukang Kebun tak de masak-masak cuma sebelum bergerak ke sini singgah bakery dekat rumah dan beli roti-roti kegemaran anak-anak untuk snack. Bolehlah berehat tunggu anak snacking di bawah gazebo ini yang diapit dengan deretan pokok-pokok madonna lily.
To be honest, masih banyak perlu improvement yang perlu dilakukan di taman botani ini kerana ianya sudah nampak agak terbiar dan tiada fokus diberikan. Ianya ingin fokus kepada adik beradik ginger dan keluarga bromelia. Ginger section hardly pique my interest. Tapi koleksi bromelia yang ada di sini pelbagailah. Penghujung tahun 2014 masa 1st trip kami ke Lok Kawi WildLife Park ini seronok sungguh tengok pelbagai jenis bromelia berbunga ketika itu, rasa geram tengok. Penghujung tahun 2015 tak semeriah season berbunga bromelia banding tahun sebelumnya. Tetapi adalah juga beberapa jenis yang berbunga untuk eye-candy Tukang Kebun di sana.
Pokok bunga bromelia ini sama keluarga dengan pokok buah nenas ya. Apa yang menarik melihat pokok bunga bromelia ia boleh hidup bahagia di bawah canopy pokok-pokok besar lain dan cantik berbunga. Pokok bunga hiasan cantik untuk mengisi ruang yang kurang memperolehi cahaya matahari secara langsung.
Self-Collect Schedule This Week:
~ 16hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
~ 17hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
7 ulasan:
Teringin nak tengok monyet hidung besar tu secara life...
saya suka tengok sunbear tu.. saya pun pernah jumpa.. masa kat gempak keluarga felda... tapi maskot je la.. hahaha...
mesti seronok anak2 akak dapat tengok macam2 jenis haiwan kat sana kan... saya belum pernah lagi bawa buah hati ke zoo... teringin juga... hehe..
Nampak bebas jer haiwan2 kat sini... mesti penjagaannya perlu berhati2...untuk keselamat umum...
Bunda suka tengok beruang...
Hutan pun makin berkurangan.... hanya ada sanctuary seperti ini untuk kita tinjau kehidupan hutan belantara...
kat brunei pun ada monyet yg warna putih Diana tpi jarang dpt tengok, kecuali kalau ada yg nasib baik time ke kampong air baru lah dpt tengok.
Daging rusa bestnya kaknoor tk pernah makan tingin nya kalau ada jual
Alahai bestnye... Ruginya kami tak pergi masa berkunjung ke sana dua tahun lepas.
Salam Bahagia Kak Mala.
Bak kata Abby nak tengok monyet London hehehe....
Salam Bahagia Farah.
Oh tengok sunbear ni taklah takut sangat sebab species beruang yang kecil.
Kalau terserempak jenis beruang besar-besar gerun juga.
Biasanya setahun sekali adalah bawa anak-anak pergi Taman Haiwan bila kesempatan.
Kalau Farah tak pasti samaada Zoo Melaka lebih dekat kut dari Zoo Negara.
Zoo Melaka pun besar juga untuk bawa buah hati.
Salam Bahagia Bunda-Nora.
Kawasan binatang dekat Lok Kawi WildLife Park ini besar jugalah jika nak dibandingkan dengan Zoo Negara.
Cuma nampak dah tak terjaga sangat keadaannya.
Salam Bahagia BangChik and Kakdah.
Ya dah makin sempit hutan sekarang dah tak luas untuk mereka bebas dengan kehidupan mereka.
Kadangkala program breeding juga ambil peranan penting supaya tidak terus pupus.
Salam Bahagia Kak Noor.
Ya monyet Belanda ini memang habitat semulajadinya dalam kawasan Borneo sahaja. Sebab jenis tumbuhan tertentu sahaja makanan mereka jadi banyak hidup berdekatan dengan sungai.
Daging rusa kurang lemak saya suka sangat.
Harga dagingnyalah boleh tahan mahal.
Salam Bahagia Unclenuar.
Kalau 2 tahun lepas mesti lebih nampak keadaannya lebih baik tidak seperti sekarang.
Catat Ulasan