No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 7 Jun 2016

Satu Ramadhan

  Salam Ramadhan. Infinity Terima Kasih dengan ucapan dan doa dari kawan-kawan semua buat Kebun Bahagia Bersama Team Members. InsyaAllah bila diberikan rezeki masa dan ketenangan akan kami datang lawat dan catch up yang meninggalkan jejak di sini. Syukur Alhamdulillah untuk terapi tenangkan fikiran yang serabut tak tahu mana nak prioritize siapkan kerja dulu, lalu Tukang Kebun melarikan diri di kebun dahulu dapatlah di pagi Ramadhan pertama tanam lebih kurang 10 sulur nenas madu Sabah.
  Sudah lama Tukang Kebun anticipated nak gali keluar ubi-ubi kayu kononnya nak cuba pelbagai resepi untuk berbuka ini. Tiba-tiba minggu ini macam-macam deadline ada, kena banyak perah kepala pula. Nak main masak-masak di dapur pun hasrat sudah terbantut nampak gayanya, nak perah kelapa untuk masak pun dapat ke tidak. Kepala dah kena perah banyak, mood dah melayang. Abaikan mengomel-ngomelnya, sekadar luahan hati hehehe....

Self-Collect untuk minggu ini:

~ 8th/9th/10th/11th/12th June 2016 Wednesday/Thursday/Friday/Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak , Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway). Kalau hari bekerja minggu ini Tukang Kebun masa flexible sikit InsyaAllah (need some fresh air).

Antara Fresh Organic Produce Available dari Kebun Bahagia Bersama ialah:

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 biji kukur kelapa RM2.00 .
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat sayur batang daun keladi RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda katak puru/ nam nam.
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun dan bunga assam jawa RM1.00
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .
~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Semerbak dapur sekarang dengan beberapa buah nangka yang sudah masak.
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .
  Untuk sahur hari pertama, buat ketulan ayam goreng dengan ayam kacuk selasih. Batch El-Nino yang sedang membesar di kebun belakang sekarang. Last Self-Collect day untuk sebelum Aidilfitri ialah hari Ahad pagi 26hb Jun 2016. Ada limited sahaja stok ayam kampung yang tinggal untuk pick up sebelum raya jika berminat (better booking).
  Agak kelam kabut juga persediaan untuk berbuka puasa 1 Ramadhan. Buat mana yang simple dan singkat sahaja seperti asam pedas sayur batang keladi, ikan kering goreng dan ubi kayu stick goreng. Syukur Alhamdulillah puas melihat anak-anak makan dengan seleranya ubi kayu stick goreng yang gebu isinya apatah lagi dari hasil kebun sendiri. Walaupun hanyalah ubi kayu yang digoreng begini bukan ubi kentang french fries, taste bud anak-anak takkan tipu rasanya memang empok manis sedap. Naturally grown. Fresh from the garden. 
 Sahur hari yang kedua lauk sama seperti berbuka Ramdhan pertama masih berlebih. Sayang jika tidak dihabiskan.

11 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Banyaknya yg boleh dijual. Meriah!
Kakak pun biasa sahur panaskan balance masa berbuka aje..

suka suka berkata...

Meriah hasil kebun..

Mazlan Othman berkata...

Berbudi kepada tanah banyak hasilnya.

abuikhwan berkata...

Assalamualaikum
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1437h. Mudah-mudah sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan yang berkah ini..aminn.

abuikhwan&famili
Kuantan, Pahang

Nooriah Abdullah berkata...

Tangan diana pun hijau lah best akak geram tengok hasil yg banyak tu
Dah, tercium wangi nangka diana sampai kesini

norhidana miswan berkata...

mcm2 ada.... mmg tak rugi berbudi dgn tanah kan kak

Suzie berkata...

sedap ubi goreng...kdg x boleh berenyi kalau dah start mkn

@na berkata...

Betul la diana berkebun ni satu terapi minda yg sgt2 efektif kan?
Syabas kbb, keluaran kebun yg begitu lumayan dan paling menariknya diusaha secara organik..

TukangKebun berkata...

Salam Syawal Kak Zakie.

Syukur Alhamdulillah ada pelbagai yang dapat dibekalkan dari kebun secara segar dan organik.

Salam Syawal Kak Mar.

Syukur Alhamdulillah ada juga hasil dari kebun.

Salam Syawal Mazlan Othman.

Berbudi pada tanah memang tak rugi kan.

Waalaikumsalam Abuikhwan.

Mohon maaf tak dapat berkunjung dengan segera.
Terima Kasih berkunjung.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan lebih bermakna tahun ini diharapkan.

Salam Bahagia Kak Noor.

Semua banyak dari hasil terbiar je tu Kak Noor.


Salam Bahagia Dana.

Ya tak rugi kita berbudi dengan tanah.
Berkat kesabaran.

Salam Syawal Kak Suzie.

Betul tak berhenti-henti dibuatnya menguyah.

Salam Syawal @na.

Memang tenang kepala berkebun ini.
Terima Kasih Syukur Alhamdulillah.

hisham ahmad berkata...

Salam puan tukang kebun...buah canistel tu mcm pernah nampak semasa saya kerja di keningau dulu....diaorang panggil buah mentega kan....tak sangka di semenanjung ada jugak buah tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hisham Ahmad,

Asal baka buah yang kami tanam ini pun memang dari Keningau.
Mudah juga tanam di Semenanjung ini.