No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 9 Januari 2018

Kuil Shiwahiko

 Selepas melawat Kuil Shiogama kami bergerak semula patah balik ke arah jalan datang tadi (related posting klik sini) untuk singgah melawat Kuil Shiwahiko pula. Sebelum ke Kuil kami singgah toilet dulu yang sebelah tempat bersuci ni on the right side. Kuil Shiwahiko on the left side. Kuil Shiwahiko asalnya berada di lokasi lain yang kemudiannya dipindahkan berdekatan dalam compound Kuil Shiogama. Pada asalnya kuil Shiwahiko terletak di barat Shiogama. Kuil Shiwahiko ini adalah tempat dewa yang pelindung pertanian/perternakan.
 Anak-anak sebenarnya suka main kat ruang luar Kuil Shiwahiko ini sebab batu-batu yang kecil tu, kemudian ada pula kawan-kawan kecil yang berterbangan dekat. Pada gambar No. dua ni yang sudut sebelah kiri ada pokok tinggi ini adalah pokok sakura. Mesti cantik masa musim sakura kembang. Kami lama juga lepak kat sini bagi anak-anak puas main sambil kami menikmati pemandangan.
 Tukang Kebun dapatlah cuci mata tengok bunga camellia lagi yang sedang mekar lebat. Tukar-tukar arah mencangkung belek bunga dan pokoknya sampai ada pakcik Jepun lalu duk tenung hairan apa yang sedang Tukang Kebun jakun sangat tengok pokok ni. Tukang Kebun cuma sedang appreciate hasil tangan Tukang-tukang Kebun yang menjaga laman di Kuil Shiwahiko ni sebab terror buat version pokok camellia bongsai dengan dahan yang banyak untuk memaksimakan bunga mekar yang dapat show off macam ni. Hasil kesabaran Tukang kebun kuil Shiwahiko ni berbaloi betul. Sebab pokok camellia ni boleh tumbuh besar tinggi macam pokok rambutan tau.
 Bila nampak hasil tangan Tukang-tukang Kebun Kuil Shiwahiko ni mula lah terfikir kalau kat Malaysia sesuai buat gini dengan pokok bunga yang tak putus-putus berbunga ialah jenis pokok mickey mouse seperti di bawah. Malahan bentuk daunnya juga mirip. Pokok Mickey Mouse ini pertumbuhannya pesat dan boleh dipruning ikut kesukaan reka bentuk kita.

More info on Mickey Mouse Plant (Ochna Kirkii) <Click Here>

~ 1 pot of Mickey Mouse Plant RM10.00 (Pos Laju can) ~
 Tugu tulisan ejaan Shiwahiko Shrine macam di bawah dalam kanji (志波彦神社). Orang Shiogama ini memang jenis kuat beribadat juga komunitinya sejak berkurun-kurun dahulu kerana banyak betul stone lantern untuk pergi pada kala senja atau malam waktu beristerehat setelah seharian bekerja mencari rezeki.
 Pintu gerbang masuk ke Kuil Shiwahiko designnya agak simple berbanding dengan Kuil Shiogama (related posting klik sini). Nampak ada pasangan baru sahaja tiba untuk meraikan anak-anak perempuan mereka yang seorang dalam 5 tahun dan kakaknya dalam 7 tahun di Kuil Shiogama untuk Festival Shichi-Go-San. Tukang kebun agak-agak yang girl kecil pakai kimono dalam ketinggian yang sebaya dengan Abby.
  Pasangan ini singgah sebentar dalam perkarangan Kuil Shiwahiko mungkin untuk beli kenangan tangkal azimat untuk anak-anak mereka.
 Jika anda kebetulan pergi ke Jepun bulan March tahun ini mungkin boleh rancang lawat Shiogama semasa ada Spring Festival di Kuil Shiwahiko pada 29hb Mac 2018 (klik here). Ini adalah acara festival setiap tahun diadakan. Mungkin sangat meriah ada pelbagai activiti serta boleh mingle with the local crowd. Shiogama dan Shiwahiko Shrine ada website mereka sendiri, untuk memudahkan check acara-acara tahunan mereka (website). Di hadapan kuil Shiwahiko.
 Bersebelahan dengan Kuil Shiwahiko ada muzium. Tapi kami tak singgah masuk nanti makin lamalah pula sebab kami nak kejar waktu ferry. Duduk membelek-belek koleksi pokok ada di Shiogama Shrine compound ni pun terlampau leka. Taman mini Jepun di depan muzium pun dah asyik dibuatnya. 
Dekat luar Kuil Shiwahiko kita boleh lihat pemandangan Teluk Shiogama/Matsushima (sama juga termasuk dengan connection sebahagian dengan Teluk Matsushima). Jika dalam negara Jepun, Teluk Matsushima dikatakan adalah antara 3 best spot beautiful scenery untuk section 'Bay' atau Teluk. Sini pun good spot untuk ambil gambar kenangan di Shiogama. 
 Terbayang pula dalam kepala Tukang Kebun agaknya dah berapa kali Kuil Shiogama ini menjadi tempat untuk melindungkan diri dari kuasa ombak Tsunami yang datang. Sudah berapa episode kedatangan ombak Tsunami yang besar datang dan disaksikan oleh paderi-paderi dari atas puncak bukit ini bersilih zaman. Kali terakhir sebelum posting ini dikarang adalah pada bulan Mac tahun 2011 Tsunami melanda di kota Shiogama ini yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk dan ada juga fatal injury.. 
 Dikatakan dari lokasi kami berdiri ini yang berada di atas puncak ini boleh nampak kedatangan ombak tsunami yang tinggi bergerak ke arah darat. Sudah pasti ketika ini paderi-paderi khusyuk berdoa untuk keselamatan penduduk-penduduk di sini. Andaian Tukang Kebun salah satu fungsi banyak stone lantern di compound Kuil Shiogama ini juga menjadi penunjuk penduduk-penduduk arah pada waktu malam ketika melarikan diri dari bencana menuju ke tempat yang selamat.
 Salah satu keistimewaan Teluk Matsushima ini ialah banyak pulau-pulau kecil berdekatan dengan daratan. Burung-burung merpati sekejap berterbangan dan sekejap lagi datang dekat dengan anak-anak ni. Itu yang seronok sangat lama sini anak-anak main kejar merpati. Orang pun tak ramai jadi relax dengan cuci mata tengok pemandangan Teluk Matsushima. Very peaceful.
Pemandangan suasana pada musim luruh pun indah di depan Kuil Shiwahiko ini.
 Ini sudah kena tegur jangan nampak ganas sangat nanti burung-burung merpati ketakutan kesian. Jinak sungguh burung-burung merpati di sini.
Cantik tempat masuk atau 'Torii' Kuil Shiwahiko punya dengan pokok-pokok yang sudah bertukar warna ke kemerahan sebelum gugur masuk musim salji.
 Kami bergerak balik ke arah Stesen Keretapi Shiogama ikut jalan yang kami datang. Salah satu keunikan di kawasan Kuil Shiogama ini yang Tukang Kebun perasan selain dari keunikan pelbagai rekaan stone lantern ialah pagoda batu dia. Kekadang kalau pergi lawat Kuil-kuil lama yang besar ada bangunan pagoda lima tingkat warna merah buat dari kayu macam di Kuil Toshogu World Heritage Site (related posting klik sini). 
 Pagoda lima tingkat di Jepun dikenali dengan panggilan 'Gojunoto'. Miniture pagoda di dalam kawasan Kuil Shiogama ada beberapa buah dan designnya sama semuanya diperbuat dari batu seperti di gambar atas. Theory Tukang Kebun ialah sebab kawasan Timur Tohoku ini dari dulu lagi adalah area prone gempa bumi. Jadi teknologi pada zaman itu belum ada lagi asas kuat untuk cipta binaan yang tinggi stabil dengan gegeran gempa bumi. Pagoda diperbuat dari batu dalam Jepun panggil 'Sekito'.
Asyik tengok anak-anak main dengan burung merpati teringat pula pokok dove tail di Kebun Bahagia Bersama. Promosi Dove Tail bermula untuk bulan Januari 2018 hingga 31hb Januari 2018 (5 moist bare-rooted Dove Tail plant for RM10.00 ).

More info on Dove Tail plant (Click Here).

5 ulasan:

raihanah berkata...

cantiknya warna2 musim luruh

norhidana miswan berkata...

gelak baca ntry akak, dek kerana mata yg tak betul

masa tgk tajuk ntry akak.. dana baca, kuih shiwahiko... pstu pelik naper cite psl kuil2 je...
pastu baru perasan yg rupanya mata ku tak btl hehehehhe

Annie berkata...

Membaca cerita2 Tukang Kebun melawat temple2 di Jepun ni saya terkenang kali terakhir saya di sana pada musim luruh 2015. Tahun tu dua kali saya kejepun. Sebelum tu pada musim bunga saya di Tokyo dan berulang alik ke Sendai kerana kerja. Musim luruh tu saya pergi kesana lebih untuk berjalan-jalan dan saya memilih Kyoto dan kawasan sekitar di Kansai. Kyoto ada lebih 1,600 temples tapi saya hanya sempat melawat sebuah saja yaitu Kiyomizu-dera. Temple diatas bukit tu mulanya dibina kira2 1,500 tahun dahulu. Bangunannya memang mengagumkan dan pemandangan disitu sangat indah. lebih2 lagi masa tu musim luruh dan daun2 sedang bertukar warna. Lagi satu, walaupun ianya sebuah kuil, tetapi pada saya tak ada sikit pun terasa janggal berada disitu. It's more like just another tourist attraction yang sangat menarik. DiJepun memamang suasananya macam tu. Rasa tak jemu nak melawat negara tu. Tengok lah, kalau ada rezeki saya teringin kesana lagi bila ada kesempatan. Terimakasih pada Tukang Kebun kerana share kisah perjalanan dengan keluarga disana. Memang seronok saya membacanya. Cheers.

mamapp berkata...

Kagum mama tgk pokok2 tk. Mmg gemuk Dan sihat semuanya..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Raihanah,

Ya cantik pemandangan di Jepun ketika masa musim luruh.

Salam Bahagia Dana,

Hehehe...ya macam nama kuih pun ada juga kan Dana.

Salam Bahagia Annie,

Kiyomizudera pun amat cantik masa musim luruh.
Kiyomizura istimewanya bangunan diperbuat dari kayu sepenuhnya tanpa pakai paku.
Ada juga pernah Tukang Kebun ke Kiyomizudera masa musim luruh tahun 2003 rasanya.
Annie ada cuba jalan-jalan dengan pakai baju tradisional?
Menarik juga tu.
Kami waktu itu pakai baju maiko. Geisha punya apprentice.
Kalau pergi Tokyo boleh cuba di kawasan Asakusa rental baju kimono bersiar-siar dalam Jepun.

Salam Bahagia Kak Mamapp,

Ya sihat-sihat pokoknya selalu dibelai.
Kami suka ke kawasan kuilkuil sebab suasana nature dia tenang dan garden dia cantik.