No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 21 Januari 2018

Pasar Ikan Tuaran Januari 2018

 Hujung minggu ini tidak dapat self-collect sebab Tukang Kebun dan suami tersayang berada di Kota Kinabalu ya. Syukur Alhamdulillah Big Bos dan Tuan Tanah serta adik-adik perempuan ada di Kebun sedang berada di sebelah Sungai Buloh jadi ada lah bagi makanan dekat binatang-binatang belaan di sana. Terlalu muak betul asyik makan ayam je minggu ni. Maka dengan tak sabarnya tak perlu tunggu Tamu Tuaran di hujung minggu, kami sudah mula pajak seafood pada pagi Sabtu semalam. Jualan seafood memang setiap pagi ada sahaja di pekan Tuaran yang boleh didapati dalam kawasan Pasar Ikan Tuaran berdekatan dengan jambatan gantung
 Bagi mereka yang peminat tegar seafood jika melawat Sabah rasa tak berkesempatan nak lawat Tamu Tuaran pada hujung minggu jangan risau boleh lawat awal pagi-pagi hari lain juga. Sentiasa ada sahaja yang menjual pada awal pagi di Pasar Ikan Tuaran ini. Bolehlah ambil gambar kenangan di jambatan gantung versi Sabah juga. Harga memang murah-murah belaka ya. Kami kadang-kadang kasi frozen dan bawa balik Semenanjung. Dekat Pasar Ikan Tuaran ini biasanya tak putus-putus jualan bekalan ikan tongkol. Tapi Tukang Kebun tak pandai masak ikan tongkol jadi tak pernah beli. Kalau ada yang nak share cara nak masak paling best ikan tongkol ini, kongsikanlah dengan kami.
 Berbaris-baris ikan tongkol kat Pasar Ikan Tuaran bukan pemandangan yang janggal. Jika kat Semenanjung payah kan nak jumpa barisan ikan tongkol seperti ini. Salah satu ikan yang juga kerap dijual di Tuaran ialah jenis ikan trevally ni. Lupa pula dalam Bahasa Kebangsaan, ikan Trevally ni panggil apa (anyone help?). Masa merantau di Australia Selatan, ikan Trevally ini menjadi cabaran suami tersayang nak tangkap.
 Terkejut kami sekeluarga tengok dua sotong besar ni terpampang atas meja. Tanya panggil apa jenis sotong ini. Sotong katak kata penjualnya. Berapa kilogram agaknya seekor sotong ni? Nampak gaya berat dari sebiji durian musang king ini. Sekarang musim durian, banyak menjual durian pelbagai jenis di pekan Tuaran. Sempat jugalah kami beli durian kampung, durian sukau dan durian tembaga susu.
 Sempat juga kami borang seekor ikan tenggiri juga tadi dengan harga sekilogram RM25. Bila timbang jumlah RM40 setelah diskaun sikit. Biasa kalau musim tenggiri boleh dapat tu sekilogram RM18. Habis kami borong semua ikan tenggiri yang ada masa kami datang. Ada juga seorang peniaga punya tempat lagi yang ikan tenggiri tinggal setengah badan campur kepala. 

 Syukur Alhamdulillah di tempat biasa ada jual ikan tuna, ada rezeki ikan tuna hari ini. Ikan tuna pun sedap juga anak-anak suka makan, sebab kalau kat Jepun ikan tuna ni ibarat 'sea chicken'. Boleh bergilir-gilir makan ikan tenggiri dan ikan tuna, jadi anak-anak tak muak sebab rasanya pun ada perbezaan. Ikan tuna semalam harga dijual di Tamu Tuaran ialah RM14sekilogram lebih murah dari ikan tenggiri. Kami beli 2 kilogram. Beli ikan tenggiri dan ikan tuna sahaja sudah RM100. Tetapi berbaloi bila diasing-asingkan ikut sekali masak untuk puas sekeluarga makan boleh lebih enam kali makan. Sekeping ikan tenggiri goreng pun dah berapa kalau ambil di kedai mamak kan.
 Lama mengidam nak makan udang geragau akhirnya ada juga semalam. Musim udang geragau sekarang. Bulan lepas tak de udang geragau masa kami ke Tamu Tuaran. Sarapan pagi ini memang merancang buat cucur udang geragau (related posting klik sini). Harganya murah sahaja sepiring RM2.00. Kalau beli 3 piring boleh minta RM5.00 . Ikan parang juga musim sekarang, harganya pun murah sahaja.
 Segar-segar hasil lautnya pada pagi Sabtu tak perlu letak atas ais pun kasi sejuk tahan lama.
Walaupun bukan hari tamu rasmi di Tuaran, pada pagi Sabtu ini tetapi ada sudah petani-petani yang turun dan jual hasil-hasil mereka (related posting klik sini).
 Tukang Kebun perasan harga buah kelapa tua dan buah kelapa muda meningkat pada tahun 2018 ini. Harga sebiji buah kelapa tua di Tuaran pun boleh cecah harga RM3.00 sebiji sekarang. Harga buah kelapa muda tahun lepas kalau minum di gerai Masjid Bandaraya harga RM3.00 sahaja. Tahun 2018 ini kalau beli buah kelapa muda di gerai dekat Masjid Bandaraya harga RM4.00 dan begitu juga di sekitar Kota Kinabalu. Sabut pokok kelapa juga dijual dalam plastik di bawah dengan harga RM3.00 .

 Minggu ini tiada self-collect, InsyaAllah hujung minggu depan ada self-collect ya pada 27/28hb Januari 2018 Sabtu/Ahad pagi antara waktu 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm before the self-collection).

Antara goodies yang available untuk self-collect minggu depan:

~ 1 sisir pisang organik berangan RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 6 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~ 3 biji buah pinang tua RM2.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 5 biji buah nam nam RM2.00 ~

 Juga yang InsyaAllah mungkin ada minggu depan available untuk mereka yang ingin nak berubat atau tanam halia bara/halia merah/halia udang.

~ 1 set rizom halia bara RM7.00 (limited stok boleh pos)~

Info manafaat halia bara/halia merah/halia udang (Klik Sini).

 Pokok halia bara juga boleh ditanam dalam pasu juga. Biasanya Tukang Kebun top up dengan tanah bakar di atas supaya tanah untuk pertumbuhan awal halia bara tidak keras.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 (Self-Collect only) ~

4 ulasan:

mamapp berkata...

Boleh tahan murah Dan tentumya fresh Kan.. tapi takutlah tgk sotong. Besar sgt

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Itulah tengok sotong besar ni lebih besar dari laptop seekor tak de idea mau masak apa.
Kalau buat sotong sumbat pulut puas makan gaknya kekenyangan sekeluarga.

Nurhidayu Abd Majid berkata...

Salam Tukang Kebun,

Balik kampung ya? saya suka juga tu beli2 barang di Tamu Tuaran.
Tapi biasa mmg pergi hari Ahad pagi..
Lepas baca post ni, boleh lah cuba ke sana hari lain plak..
terima kasih ya berkongsi..

Dah nak masuk 2 tahun tinggal di sini, tak pandai2 juga beli ikan tuna dan ikan tongkol..hehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nurhidayu,

Kami suka memborong di tamu tuaran tu sebab puas hati harga murah dan segar bugar itemnya.

Kalau pasar ikan memang setiap pagi ada menjual seafood tu.
Hari Sabtu pun sekarang ramai dah meniaga senang nak parking sikit.

InsyaAllah suatu hari nanti terbuka hati nak cuba masak ikan tuna dan ikan tongkol.