No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 27 Januari 2018

Persisiran Pantai Pulau Mabul Penuh Sampah

 Akhirnya dapat buat entry terakhir untuk trip ke Semporna minggu raya Aildilfitri tahun lepas. Dah lebih setengah tahun terperap. Antara sebab yang ni kisahnya tak seronok sikit dengan pencemaran yang ketara tapi perlu kita ambil perhatian dengan apa yang terjadi dengan khazanah semulajadi negara kita. Dari Semporna (related posting klik sini) mengambil masa dalam sejam lebih dengan menaiki bot ke Pulau Mabul. Kami sampai di Pulau Mabul, air laut sedang pasang. Kelihatan dari jauh, dekat dengan perkampungan masih ada projek baru membina rumah tumpangan atas air yang berwarna orange menunjukkan masih makin ramai pelancong melawat Pulau Mabul setiap masa. Manakala masa air surut, Tukang Kebun perhatikan ramai nelayan terutamanya golongan perempuan mencari hasil laut berdekatan dengan projek pembinaan resort tema orange tu.
 Tempat penginapan semalam kami di Pulau Mabul memang dekat dengan kawasan kampung, banyak rumah-rumah nelayan terapung di sini. Pada waktu malam cantik banyak bintang-bintang berkelipan di atas kepala sambil kami beriadah main UNO di luar sekeluarga. Bukan sahaja kami pelancong yang menikmati pandangan bintang-bintang, tetapi anak-anak di Pulau Mabul ini juga kelihatan bersantai di luar sambil menikmati pandangan bintang-bintang yang penuh di atas kepala kita ni.
 Tukang Kebun ulang semula ya masa kami sampai di Pulau Mabul dah nak dekat tengahari dan air sedang pasang. Jadi kami sampai terus bot dekat je kat tempat penginapan jadi tak perlu redah air. Kami sampai dipesan makan tengahari dahulu. Kemudian dalam pukul 1 lebih keluar semula untuk aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai. Kebetulan masa kami keluar aktiviti snorkeling yang terlibat adalah pelancong dari negara China dan Australia. Kumpulan kami sahaja pelancong tempatan.
 Kembali dari aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai, air dah sangat surut boleh kelihatan jelas rumpai-rumpai laut dan beberapa Tapak Sulaiman. Pada waktu ini juga kelihatan ramai nelayan-nelayan di sekitar tempat surut sedang mencari rezeki mengambil kesempatan air laut sedang surut. Masa kami tiba pun ada sudah nelayan tunggu di tepi pantai sekiranya ada pelancong ingin membeli ketam atau udang lipan. Saiz ketam dan udang lipan yang dijual di sini adalah amat besar jika dibandingkan di tamu sekitar berdekatan Kota Kinabalu. Tapi harga boleh tahan jugalah berlipat ganda. Sebenarnya bukan harganya yang membuat Tukang Kebun terbantut dan membeli hasil laut sekitar Pulau Mabul ini. Tetapi habitat persekitarannya buat Tukang Kebun tak selera nak makan.
 Bila air laut sudah surut, ini adalah pemandangan terkejut dan sedih terpampang di mata kami apabila kembali di Pulau Mabul. Penuh sampah di persisiran pantai Pulau Mabul. Tetapi orang tempatan sedang mencari-cari rezeki di pantai dalam keadaan begini. This is the price we pay for rapid development for tourism and manufacturing goods for our convenience. Ini adalah pengalaman pertama Tukang Kebun kena redah sampah sarap penuh di pantai. Amat menghampakan apabila berpuluh tahun tunggu ada rezeki kesihatan, masa dan kewangan baru dapat lawat wishlist island to visit. Hancur image Pulau Mabul. Malu kita dengan pelancong-pelancong luar negara. 
 Kita didik anak-anak kita untuk menjaga kebersihan kan. Abby simply refuse to walk on her own kenalah papa Abby dukung mengharung sampah sarah dah macam kawasan pengumpulan sampah dah. Of course as a mother I worry if the kids step on sharp things. Tengoklah pelbagai sampah sarap tutup pantai pasir yang cantik di Pulau Mabul ni. Ini sebab utama Tukang Kebun tak sanggup nak beli ketam di Pulau Mabul ini. Because we are what we eat. Bukan tak ada rasa belas kasihan, nak membantu menambahkan pendapatan orang tempatan. Nasib baik pelancong negara China tu beli kesemua hasil laut nelayan tersebut lepas bargain. Tempat lodging ni boleh tolong rebuskan ketam tersebut. Bila dah selesai rebus tu, Tukang Kebun rasa baunya hanyir juga walaupun meja ada jarak dari group pelancong negara China tu. Berpandanganlah kami sekeluarga, nasib tak beli baunya tak selera. Sebab ketam tu masih hidup tau masa mereka jual dalam botol plastik dan terus rebus begitu sahaja. Fresh seafood. But berbau.
 Pakej yang kami dapat untuk trip di Semporna ni tempah di MATTA fair di PWTC lalu dengan harga dewasa dalam RM900 dan lepas negotiation kanak-kanak 3 orang kami ni kira harga bersamaan seorang dewasa sahaja untuk 3 hari 2 malam. Tempat masa tu tak confirm lagi tidur di mana sebab ikut kekosongan dan tarikh yang kami pilih. Kami ditempatkan di SDC Mabul (Sipadan Dive Centre Mabul). Tempat tinggal tu we don't really mind much sebab budget price. I don't think the accomodation is to blame. Cuma hopeless je dengan keadaan persekitaran Pulau Mabul jadi sampai tahap begini. Salah Tukang kebun juga tak check betul-betul keadaan lodgings. Sebab bila google tempat lodging mana keluar gambar begini kan.

  Bekalan freshwater pun masalah juga di Pulau Mabul ni. Sebab mandi air paip terasa sangat masin lagi berbanding dengan pengalaman-pengalaman lepas menginap di pulau pelancongan.
  Bandar Semporna dan persekitarannya memang bermasalah dengan isu sampah sarap. Tukang Kebun siap tanya lagi dalam kelas kursus yang diajar, siapa sini dari Semporna. Belum lagi Tukang Kebun share gambar-gambar di Pulau Mabul ini, Students dari Semporna dah tahu apa masalah utama di tempat mereka. Ya masalah "pembuangan sampah sarap". Education is the most important thing to reduce this problem. Kita tak boleh salahkan mereka sebab berbeza dengan tahap pendidikan dan socioekonomi tempat kita membesar. Jabatan-jabatan yang terlibat perlu bagi informasi yang berkesan dan solution mudah untuk mereka elakkan pembuangan sampah sarah di laut ni. Tidak perlu kita asyik tunjuk tangan sini sana salah siapa, kerana penduduk-penduduk Pulau Mabul juga adalah mangsa masalah pencemaran ini dan habitat hidupan lain. Pencemaran sebegini impact kepada pendapatan rezeki mereka dan keadaan kehidupan sekeliling yang dapat membawa kesan tidak baik terhadap kesihatan mereka. Pelancong adalah sekadar penumpang sahaja untuk amati semulajadi di sini dan industri pelancongan ini tidak membawa banyak bantuan besar pun terhadap penduduk asal. It only benefits the tourist operators and pemilik lodgings yang rata-ratanya bukan penduduk tempatan. But dengan keadaan kotor sebegini one day akan effect juga the big stakeholders. Who wants to visit pulau yang sekotor begini? Everyone have to cooperate.
 Tengok kanak-kanak tempatan seusia sama anak sendiri rasa belas kasihan dengan nasib mereka dengan persekitaran sebegini. Ke sana sini mereka mendayung mencari kawan dan melawat kawan yang ada masa lapang. May Tukang Kebun suggest if you planning for a company trip this year, mungkin boleh buat company trip sambil bantu kemas sampah di persisiran pantai ini as 'Community Service'. I think this will later jadi highlight kepada masalah pencemaran air di Pulau Mabul ini. Please email us if you are organizing this event, jika ada rezeki mungkin boleh join sama.
 Memandangkan masa air laut surut tak indah untuk dipandang walaupun backgroundnya dah menarik sebenarnya, jadi kita tutuplah dengan tuala-tuala dahulu. Walapun persisiran pantainya banyak sampah sarap tetapi masih banyak cangkerang-cangkerang hidupan laut yang saiz besar boleh dikutip oleh anak-anak. Cuma tak dapat je lah main dengan air, tak selera tengok. Itulah hampa besar lawat Pulau Mabul ini. Sebab ingatkan at least anak-anak ni sambil parents dia berehat di balcony bolehlah mereka mandi-manda.
 Posisi tempat penginapan dah okay dah right in front of the sea. Cuma sampah sarap di persisiran pantai yang buatkan tak ngam la. Nasib masa air laut pasang dia cecah sampai kaki tempat rumah penginapan cover semula nampak indah balik mata while watching sunset. Walaupun at the back of your head, terbayang lagi di bawah air laut tu sebenarnya penuh sampah. 
 Tetapi kalau tempat penginapan kategori mewah di mana semalaman harga 4 digit, tak lah sampah sarap banyak. However, sama sahaja impak dia benda-benda bertoksik tu bergerak juga dengan aliran air walaupun tak nampak secara fizikal. Seperti tempat yang kami pergi snorkeling di sebelah petang kemudian. Adik-adik Tukang Kebun rajinlah sebelah petang berjalan-jalan explore di Pulau Mabul ini dapatlah tangkap gambar sunset.
 Gambar di bawah ini sebelah petang, air dah pasang tak nampaklah dah sampah-sarap yang bertimbun dalam air tu. Bila the next day masa kami selesai breakfast, ada pelancong tempatan baru sampai masa air pasang. Pelancong tempatan tu pun macam tak menyempat dengan anak-anaknya nak mandi air laut dah berendam mandi di dalam air laut depan resort tu. Kami sekeluarga dalam hati masing-masing terkejut kang mereka ni tengok pemandangan persisiran air pantai masa surut nanti.
 Kawasan pemandangan di sekitar Pulau Mabul amat indah sekali tetapi pencemaran dari hasil-hasil produk perusahaan menjadi masalah besar sekarang. Sebab hidup kita ni zaman sekarang apabila membeli barang banyak menggunakan packaging yang ambil masa lama untuk degrade atau reput. Sebab tu kalau di dapur je sehari boleh penuh tong sampah kan. Tapi sistem pembuangan sampah sarap membangun lebih lambat dari perusahaan membuat barangan. Banyak barangan kita develop untuk memudahkan kehidupan kita tapi bila sudah tidak dipakai bahagian-bahagiannya, mana kita nak buang semua ni dengan cara yang tak mencemarkan alam?
 Antara kesimpulan aktiviti-aktiviti 3 hari dua malam di kawasan Semporna:

Hari pertama: Jeti Semporna (Klik Sini)
Hari pertama: Pulau Mabul (Posting Ini)
Hari pertama: Pulau Kapalai (Klik Sini)
Hari Kedua : Pulau Tatagan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Bohey Dulang (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Mantabuan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Sibuan (Klik Sini)

 Sesiapa yang berminat untuk dapatkan stok pokok-pokok pinang yang dah tinggi ada stok ya (Hujung minggu ini dan hujung minggu depan boleh self-collect).

Jika saiz yang untuk dipos juga ada ya.

Info pokok pinang boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok pinang RM10.00 ~

~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 ~

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~

6 ulasan:

mamapp berkata...

Cantiknya semporna.. air jernih sgt

meintheswim berkata...

Dalam travel brochure mereka selalu letak gambar cantik, pantai semasa air pasang.

Rasa nya pencemaran itu bukanlah dilakukan orang tempatan saja.

Misalnya di pantai perkelahan yang popular cubalah melawat selepas hujung minggu. Sedih!

Warisan Petani berkata...

Sayangnya tempat yang sangat indah dicacatkan dengan sikap buruk manusia.

norhidana berkata...

aduh sygnya kak... pulau mabul tu antara pulau tercantik kan dulu tp syg tercemar dek sikap buruk manusia... tak kisahla penduduk pulau mabul atau pelancong....

kene ada lbh banyak papan tanda utk sama2 bersihkan pantai kt pulau tu kot... syg betul lah....

Hans Hanis berkata...

sebelum nih saya dengar pulau mabul memang bersih
tapi tu lah bila dah dikomersial mesti ada kes sampah nih
sayang nya kan..harap lepas nih ada tindakan supaya pulau mabul ini dijaga supaya sentiasa bersih dan cantik

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Airnya amat jernih terus nampak sampah sarap...sayang sekali.

Salam Bahagia meintheswim,

Di kawasan resort ada banyak tong sampah untuk memudahkan pembuangan buang sampah.
Cuma pembuangan sampah sarap di penempatan kampung-kampung atas pulau perlu diperbuat suatu sistem yang lebih baik lagi.
Infrastruktur dan pendidikan perlu untuk memberikan kesedaran.
Pelancong dan penduduk tempatan perlu menjaga kebersihan bersama-sama.

Salam Bahagia Warisan Petani,

Ya beginilah kalau kita ambil endah mengharapkan sampah tu macam ahli silap mata.

Salam Bahagia Dana,

Di tempat pulau-pulau cantik di negara Phillippine juga menghadapi masalah yang sama.
Sampah-sampahnya banyak yang kegunaan dari rumah ni.

Salam Bahagia Hans,

Ya itulah ingat sebelum datang sangat bersih pulaunya.
Indah dari rupa kerana sikap manusia.
Kita harapkan ada tindakan.