No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 1 April 2018

Dewan Emas - Konjikido

 Selepas melawat Kuil Chusonji (related posting klik sini), kami bergerak ke arah dalam kawasan kompleks Chusonji ini beberapa ratus meter ke Konjikido - Golden Hall sambil menikmati pemandangan musim luruh bercampur dengan musim salji.
 Di kawasan ini ada juga kebun mini buluh kecil untuk dapat digunakan sebagai sumber mengganti penggunaan buluh lain macam paip buluh atau pagar. Konsep Self-Sufficient.
 Dapatlah juga gambar background rumpunan pokok buluh dengan pokok-pokok maple yang daunnya kemerah-merahan lagi untuk kenangan musim luruh. 
 Terkejut juga bila antara bangunan-bangunan kuil tiba-tiba ada pondok bomba betul-betul dekat depan bangunan yang menyimpan artifak berharga 'Golden Hall' tu. Salute betul la diorang ni awal-awal lagi management sudah ambil kira keselamatan artifak-artifak mereka dan orang awam. Disaster Management Jepun memang diutamakan.
 Dalam bangunan inilah di mana Golden Hall berada yang sudah ada dari kurun ke-12 Masihi. Tapi nak masuk kena beli tiket. Kalau berlegar-legar dalam kompleks kuil Chusonji ni tak kena bayaran pun sebenarnya. Golden Hall tu boleh juga tengok dalam website dia (Klik Sini). Gambar kenangan ada juga lah pernah terpacak di depan bangunannya di mana musim sedang perantaraan musim luruh dan musim salji. Rezeki juga ni dapat musim begini in-between.
 Kami tak masuk yang bangunan simpan Golden Hall (Konjikido) ni memandangkan anak-anak pun belum lagi usia mereka faham apa yang ditengok dalam tu. Anak-anak lebih seronok main salji di sekitar depan kawasan Dewan Emas ni.
 First snowman Abby.
Cuma sebelum Tukang Kebun perasan tangan Snowman ni anak-anak pergi patahkan ranting pokok sakura sebab mungkin pokoknya botak takde daun jadi mereka ingatkan pokok mati. Nasib baik tiada perasan. Terus Tukang Kebun kata jangan ambil patah ranting-ranting dari pokok, kutip yang di atas tanah sahaja.
 Sorry video babak akhir tak terperasan tak tutup sampai ambil gambar kaki je pula. Tangan dah kebas.
 Menarik macam mana tangga dibuat disusun batu-batu begitu walaupun saiznya tak sama, bila disusun begitu nampak berseni.
 Tangga di kawasan ini pun nampak naturally blend dengan nature. Tempat nak naik mula-mula adalah akar-akar kayu yang tertimbul, kemudian baru ada stairs gunakan kayu sebagai penahan dengan buluh-buluh tempat pemegang dan buluh hijau yang hidup.
 Untuk trip Jepun 2017 kali ini, cuma satu azimat ja Tukang Kebun saja-saja beli untuk hiburkan hati kawan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata. Beli azimat yang berwarna oren gambar kucing ni untuk yang mohon perlindungan selamat melahirkan anak dan murahkan rezeki dapatkan anak. Tersenyum juga bila Tukang jaga stall ini kata untuk mohon mudah bersalin, lantas Tukang Kebun kata ni bukan untuk Tukang Kebun ni untuk kawan dia teringin nak timang cahaya mata. Mungkin tengok perut Tukang Kebun ada bump macam mengandung kut hahaha...
 Lepas tu sambung berborak-borak dengan yang menjaga stall kedai jual tangkal-tangkal azimat perlindungan ni, biasalah mesti kena tanya asal dari mana ect. Easy conversation tanya pasal cuaca tahun ni. Ramah-ramah juga mereka ni. Bukan ramah sahaja tapi pemurahnya. Siap lagi bagi Tukang Kebun hasil origaminya yang sudah dilipat cantik-cantik bentuk kimono untuk sarung angpau, tiga dibaginya sebab anak 3 orang hehehe...
 Cantik-cantik juga tangkal azimat perlindungan yang bentuk untuk strap handphone ni. Pelbagai jenis bunga. Dari kiri pertama tu, Tukang Kebun lupa kanji dia, yang seterusnya kedua Bunga Matahari (Himawari), Morning Glory (Asagao), Hydrangea (Ajisai), Iris (Ayame) dan Sakura.
 Ada beberapa jenis seri pagi Jepun dalam stok. Kalau yang susah nak pilih ada juga yang Seri Pagi Jepun mixed.

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

cantiknya pemandangan ngn daun2 merah tu kak.... yelah bdk2 tu dr tgk dewan emas tu baik depa dok main salji... klu dana pun dana pilih main salji hehehhe...

cantik n comei2 betul tangkal azimat bentuk bunga2 tuh kak...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Sekali kala rasa nak tukar angin tengok pemandangan daun-daun merah pula hehehe...
Anak-anak la puas seronok main salji.