Penjagaan tanaman sayur KohlRabi adalah amat mudah berbanding dengan sayur kubis. Cuma success membentuk batang yang bulat di dasar batang pokok KohlRabi sangat bergantung dengan penerimaan pendedahan sinaran matahari yang direct. Dalam gambar memberikan contoh bagaimana sinaran matahari (direct-sunlight) membawa peranan penting dalam pembentukan batang yang membulat di awal pertumbuhan pokok sayur KohlRabi. Seperti contoh, dalam gambar di atas kohlrabi yang sedang membesar bernombor 1~3 telah disemai dan dipindahkan ke dalam bekas ini pada hari yang sama beberapa minggu lalu tetapi pembentukan pertumbuhan batang KohlRabi adalah sangat berlainan disebabkan quantity penerimaan sinaran matahari adalah berbeza. Bekas ini terletak di lokasi di mana menerima sinaran matahari pada sebelah pagi sahaja dan arah matahari adalah seperti dilukis dalam gambar. Pokok sayur KohlRabi bernombor 1 menerima direct sunlight, manakala pokok bernombor 2 di belakang nombor satu menerima separa cahaya matahari dan batangnya adalah lebih kecil dari pokok nombor 1. Tetapi pokok nombor 3 terlindung dari menerima sinaran matahari menyebabkan batangnya memanjang dan tidak membentuk bulat.
Check benih stok Purple Vienna KohlRabi di laman ini.
5 ulasan:
Haa! Welcome back! :-)
Timely post. Sebab last week saya pindahkan beberapa anak kohlrabi ke tengah panas. Lepas tu dia layu sekejap sebab kena panas. Tengok tadi ada yang masih hidup, alhamdulillah. Saya pun tertanya betul ke tindakan saya pindahkan diorang ni? Alhamdulillah atas posting ni, thank you.
Thanks for the tip. Must remember this when I plant them.
Mama Pongkey~Terkejut kut anak pokok tu tiba-tiba kena pindah ke tempat panas. Mungkin sebelum pindahkan anak pokok ke tempat panas elok train dulu kut, pindahkan bekas semaiannya ke tempat panas beberapa hari sebelun transplanting. hehehe...sibuk layan baby sekarang. Dulu belek-belek baby seedlings,sekarang layan baby homo sapien.
Sean L~ Sama-sama. Good Lucks with the KohlRabi.
order 1 pack
Sopiemohd~ Pesanan sudah diterima:).
Catat Ulasan