Akar radish 'French Breakfast adalah memanjang tapi pendek di mana bahagian atas akarnya berwarna merah dan hujung bahagian akar berwarna putih. Panjang average akarnya adalah 2 inci. Jarak antara satu pokok 5cm pun boleh, jadi sesuai untuk gardener yang tidak mempunyai ruang yang banyak. Tuai akarnya bila dah sebulan. Radish ini tumbuh dengan cepat dan perlu dituai dengan segera sebab nanti akarnya cepat menjadi rasa pedas dan isi akarnya hilang juicy serta mencari bertambah keras dah tak crispy nanti.
Kalau masa berkebun lapar, bolehlah buat radish ini sebagai fresh snack. Bagi yang suka kelainan masakan sikit bolehlah potong akar radish dan daunnya buat stir-fry atau saute dengan mentega. Daunnya boleh makan, ambil yang muda bagus sikit sebab yang tua dah ada rasa pahit-pahit sikit. Kesimpulannya, semua bahagian radish ni boleh dimakan, tiada pembaziran.
~Biji Benih Sayur 'French Breakfast' Radish~
Stok Ada.
RM1.00-satu pek (anggaran 50biji benih)
Pembayaran adalah melalui Bank CIMB atau RHB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).
11 ulasan:
k mar 1..
Saya nak 2 pek please :-) Suka yang jenis cepat boleh tuai ni. Rupanya pun cantik.
wani sc nak 1 pek :)
yang sblm ni stock astral 1 pek juga ye. tq
Comel sungguh radish ini. Nak 1 pek juga. Agak-agaknya menu untuk the rest of the year would be radishes, lol.
Ada lagi tak? Saya nak satu pek. Biasa orang buat jeruk radish yang ini ke?
Reserve 1 pek untuk Kak Mar dan Wani.
Mama Pongkey booking 2 pek. Warna-warni nanti harvest basket.
Sean L~Home-grown and healthy...boleh selit sana-sini. Dah Keep 1 for you.
Nitesky~ Tak pasti yang ni orang buat jeruk juga atau tidak. Yang saya tahu biasa buat jeruk daikon atau turnip kalau kat Jepun. Sudah catit dalam note.
alamak dah terlepas dan melepas le benih ni...huhuhu
selamat hari raya buat Diana seisi keluarga.Maaf zahir dan batin dari makcik manggis .
Mat Jon~Sorry dah habislah.
Makcikmanggis~Diana pun nak minta maaf zahir dan batin dan ucapkan Selamat Hari Raya buat makcikmanggis seisi keluarga.
Tahniah tahniah:)Tumpang gembira.Syukur Alhamdulillah.SEmoga ibu dan baby sihat.Makcik pun agak menyepi dan "dapur" kurang berasap sebab Aqeel tinggal bersama-sama kami kerana masalah kesihatan.Baby prem kena penjagaan sangat rapi.
Tahniah sekali lagi.Mama Diana datang jaga Diana berpantang ke?
Makcikmanggis~ Terima Kasih. Diana pantang kali ni suami saje yang jaga. Kami bertiga je ada kat Adelaide termasuk baby. Mama Diana sedang jaga Ilhan dan Rayyan di Kota Kinabalu. Tengok gambar Aqeel dah pandai senyum :). Aqeel dah nampak naik badannya.
Catat Ulasan