No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 4 November 2012

Heirloom Purple Dragon Carrot

 Masa pertama kali tukang kebun tuai akar pokok heirloom dragon carrot dan tunjukkan dekat tukang kebun Ilhan, Ilhan kata ini bukan carrot sebab dalam buku atau pasar kebanyakkannya yang biasa kita nampak ialah orange. Tetapi sebenarnya asal usul carrot adalah berwarna purple (klik sini untuk kisah asal-usuk carrot). Tukang kebun Rayyan pula beruntung sebab dari lahir memang kami sudah bercucuk tanam untuk bekalan sayur sendiri jadi dia sudah biasa melihat pelbagai warna akar pokok carrot. Masa tukang kebun Rayyan baby/toddler dia kuat hisap jari jadi jadi kami kasi dia pegang gigit carrot yang akarnya bantut buat macam puting sambil temankan masak di dapur. Kalau Rayyan mengekor tuai hasil di kebun tak sabar-sabar minta nak makan carrot yang ada di dalam bakul. Kulit dragon carrot berwarna purple tetapi apabila dibelah berwarna orange isi dalamnya. Ada setengah orang kata ada rasa pedas-pedas sikit carrot ni bercampur manis.
 Tukang kebun lupa yang ada campakkan benih dragon carrot di depan rumah dan lupa nak tuai sehingga akhirnya ada beberapa yang berbunga baru teringat. Ini generasi kedua benih dragon carrot yang kami kumpul semenjak tanam carrot jenis ini. Di belakang pokok bunga dragon carrot itu pula tumbuh meninggi pokok rainbow chard yang sedang berbunga. Kalau orang datang ketuk rumah, pokok-pokok inilah yang sambut tetamu. Silap-silap orang ingat itu bunga agaphantus warna putih.

 Biji Benih organik open-pollinated heirloom purple dragon untuk dispatch pertengahan bulan November tawaran stok dari Tukang kebun dah habis reserve. Mengambil masa nak proses yang sedang mula berbunga sekarang dan mungkin bulan Januari baru masuk stok lagi. 

Gardener yang berminat untuk cuba-cuba tanam purple dragon carrot boleh tinggalkan mesej di komen box.

RM3.00 satu pek anggaran 100 biji benih.

Tukang kebun ada simpankan untuk Sasha Tan. Terima kasih kerana menunggu.

33 ulasan:

Awin berkata...

Saya nak 1 pack

Aku P@aN berkata...

saya nak 2 pek ye..

suka suka berkata...

k mar 1 pek

Tanpa Nama berkata...

saya nak 2 pek

Avia Mishat berkata...

Salam, avia nak satu pek yer.thanks.

Indah Eyah Abu Samah berkata...

Salam kak diana saya order satu pek ye. Nnt bl da ada semua yang diorder akak bgtau cara pembayaran ye. Trm ksh

Tanpa Nama berkata...

Requirement die same mcm carrot lain ke Diana atau lebih manja? Heheh.. Eila nak satu pek carrot ni yerk, gladioli dah confirm bunga kale merah,2 pokok plak tu same kaler hehehe, ade hati nak antar gambar tapi Internet connection kat sini tersangat la mencabar kesabaran, setakat nak view blog mmg boleh, tapi kalu nak upload gambar,boleh ilang sabar..:)

Mama Pongkey berkata...

Saya nak reserve yang January punya, ok tak? Sebab sekarang ada lagi benih tu, jadi nak beri peluang orang lain tanam dulu. Tapi by next year sure dah habis. Insurance in case tak dapat save seeds this time round. :-)

cikmanggis berkata...

oo asalnya purple karot ni ya...dulu ada pernah tanam karot.Daun subur merimbun tetapi isinya kenit je..hampir tertukar dengan isi kunyit.

Tanpa Nama berkata...

Aida nak dua packet diana. Tq :) aida_aminshah@yahoo.com

TukangKebun berkata...

November dispatch untuk Sasha (2), Zamzurina (1), Aku P@an (2), Kak Mar (1), SM Forestgarden (2), Avia (1), Indah (1), Eila (1).

Total: 11pack

January dispatch untuk Mama Pongkey (1), Aida (2).

Biji benih lepas ni masuk bulan January. Boleh sekiranya nak buat tempahan advance.

Indah jangan risau cuma kalau tak dapat email selepas 17hb November dari tukang kebun nanti email inform ya :).

Eila requirement sama sahaja, cuma perlu ingat jangan guna baja banyak nitrogen nanti daun je lebat isinya tak ada.Syukur alhamdulillah gladioli dan mekar di taman Eila. Kalau dapat hantar gambar boleh saya posting di blog :).

Lepas ni nak tengok yang Mama Pongkey punya warna apa juga sebab dah berputik di tamannya sama batch. OK will keep one for you dengan next batch just in case. Hope you can save some seeds.

Cikmanggis~Tanam sebelah-menyebelah dengan kunyit? Carrot ni sensitif sikit kalau banyak nutrient nitrogen dalam tanah.

Tanpa Nama berkata...

saya nak 2 pek diana yer..aslina272@gmail.com. Tq.

Tanpa Nama berkata...

Diana benih karot nie pun akak nak juga ye...k.linda-hhussin71@yahoo.com..

Mama Pongkey berkata...

Hehe. Tinggal 2 je lagi carrot dragon, tengah tengok dia nak berbunga ke tak. Tapi musim hujan sekarang, jadi tak tahulah bila dia nak berbunga tu. Batch baru carrot dah bercambah alhamdulillah. Ada yang dekat sebulan baru bercambah sebab musim panas sebelum ni dan saya jarang di rumah. Memang air tu penting untuk percambahan carrot ni.

Sola Hadi berkata...

saya nak satu pek~

Zieta green berkata...

masih ada? 1 pek kc sma saya...ni selalu ketinggalan:(....

Sasha Tan berkata...

YAY!!! pls let me know when the seeds are ready for courier ya. Thank you!!!

TukangKebun berkata...

January dispatch Kertinah (2), Kak Linda (1), Sola Hadi (1), Ivy (1).

Total : 8 pack

Mama Pongkey~ Saya tak plan nak biarkan yang batch dragon carrot ni berbunga because those carrot plants were growing among the self-seeded celery that I forgotten about them. Ku sempat tarik satu batang carrot sahaja sebab yang lain dah berbunga. Bila masa tak de siram sangat carrot seeds in my garden usually takes about 2 ~4 weeks to germinate.

Sasha~ Will email you when they are ready around mid-November.

Unknown berkata...

I want one packet. nocturnalb@gmail.com

TukangKebun berkata...

Adam new stock will be in coming January.

Unknown berkata...

saya mau 2 packet kalo ada ya. thanks....

TukangKebun berkata...

Bulan January baru masuk stok lagi.

gardener berkata...

Saya nak satu pek

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pakcik juga nak tempah.. dah ready sila email dan pakcik buat bayaran.. Riza.. teenine@gmail.com

TukangKebun berkata...

Bila stoknya masuk akan saya email Pakcik Riza nanti.

sarina berkata...

Assalam...sy nk 1pek ye...
sarina_pen@yahoo.com

Sufi Luqman berkata...

Assalam..ada lagi ke benih purple carrot nie?saya dah lama cari..nak satu pek dulu boleh?terima kasih..

email saya: sufi_hikari@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Salam Sufi Luqman, sekarang tiada stok mungkin minggu bulan depan jika ada rezeki so stay tune ;).

Sufi Luqman berkata...

OO..ok..terima kasih..nak kene selalu check nie..hehe..

NaJa berkata...

sy nk 1 pek yer... activemind82@gmail.com

Sufi Luqman berkata...

Kalau dah ada stok(mungkin tak sempat nak ikut perkembangan Purple carrot)..bolehkah simpankan saya 2 pek?kalau dah ada benih boleh tak informkan di email saya : sufi_hikari@yahoo.com

Adialwa berkata...

Ada lagi stok? Nak satu pek boleh?

TukangKebun berkata...

Adialwa ada stok carrot ni.