No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 28 Oktober 2013

Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers

 Bendi Heirloom Mammoth Spineless yang buahnya berusia 2~4 hari bersebelahan dengan Bendi Heirloom Burgundy yang berusia 3~4hari. Seperti binatang mammoth yang dah pupus dalam cerita animasi Ice Age, bendi heirloom Mammoth buahnya pun gemok gebu agak berbeza dengan jenis bendi-bendi lain.
 Paling sesuai dituai bila dah usia buahnya agak-agak 3 hari, sebab buahnya cepat besar. Kalau dibiarkan lebih 5 hari buahnya dah mula mengeras. Bendi mammoth kalau masakkan yang berkuah lama dalam periuk sesuai atau yang banyak kali dipanaskan macam kari. 
 Ada juga persoalaan mengenai jarak antara pokok-pokoknya? Ini keluasan 100cm X 50 cm. Jadi anggaran tukang kebun jarakkan antara semasa pemindahan anak-anak pokoknya lebih kurang 40cm. Pokok-pokok ini duduk di bawah pokok jambu yang baru diberi hard pruning oleh beloved husband jadi penerimaan cahaya matahari yang banyak sebab tak terlindung sementara pokok jambu tumbuh daun yang baru. Sebelah kiri pokok-pokoknya terhalang sikit dengan tembok penerimaan cahaya matahari jadi boleh nampak perbezaan pertumbuhan dengan kanan. Baja? Memadai dengan persiapan tanah sebelum dipindahkan anak-anak pokok digembur dengan tahi kambing.
 Antara serangga perosak bulan ini ialah yang lebih 3 hari pun melekat sesama mereka on the same spot tak gerak-gerak, sekurang-kurangnya tukang kebun sacrifice 1 buah sebab yang lain tidak diusik oleh mereka. Kemudian pokok-pokok bunga telang yang tumbuh sendiri menjalar pandai-pandai berkawan dengan pokok-pokok bendi mammoth (natural companion planting?). 

ALERT : Bendi Mammoth Spineless perlukan bantuan Seed-Savers supaya mereka tak pupus seperti furry 4-legged Mammoth.

~ Fresh Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers ~

Approximately 15 seeds per-packet for RM3.00 .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

8 ulasan:

bahulu berkata...

Simpankan satu pek
tq

Unknown berkata...

simpankan satu pek untuk saya. Tq

@na berkata...

kalau tk dihalau, tak ke nnti serangga perosak tu pi attack buah yg lain plk, Diana?

Aku P@aN berkata...

salam...saya nak satu pack.

TukangKebun berkata...

InsyaAllah tukang kebun simpankan untuk Bahulu, Gardener Ayu dan Farhan. Next week bolehlah nak post.

@na ~ Kalau dihalau nanti depa pi buat rumah kat tempat lain pulak. Diorang tak ke mana pun selagi buah tu masih boleh dibuat makanan. Senang nak pantau kalau depan mata. Lagipun depa sibuk mengawan je tu datang dekat, sentuh pun tak lari.

Tanpa Nama berkata...

Salam bahagia Diana,

I would like to order 2 packs
of Fresh Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers.
Thanks ya.
(Samiah- red_888_soul@yahoo.com)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Samiah.

Dah reserved untuk you 2 pek. No Worries.

Pekebun Sambilan berkata...

Salam, saya nak Bendi Heirloom Mammoth Spineless, Heirloom Burgundy & bendi merah kampong semua 1 pek. TQ