Lama tak bersiaran antara sebab Tukang Kebun ambil cuti 3 hari away from berkebun dengan masalah internet tak stable minggu ini. Pergi cuti tak jauh pun cuma menginap 3 malam di Sunway Pyramid Tower hotel nak habiskan point Sunway Vacation Club sambil tunaikan janji papa Ilhan bawa pergi ke Sunway Lagoon kerana Ilhan mendapat keputusan memberangsangkan akhir tahun lepas. Papa Ilhan asyik sibuk kerja di office tak dapat nak bergerak jauh sambil planning last minutes. Kira pertama kalilah permata-permata hati dapat masuk ke Sunway Lagoon. Nasib baiklah kebetulan Tuan Tanah ada balik hujung minggu lepas dan adik perempuan pun dah kembali duduk di Sungai Buloh sebab cuti semester dah habis nak kena mula uni balik. Maka legalah hati ada pengganti tukang kasi makan semua PETS di rumah sementara tukang kebun is on leave. Sukar nak on leave lama-lama sekarang kalau tiada pengganti kasi makan. Semasa sedang kami tengok burung hantu di Sunway Lagoon tiba-tiba Tuan Tanah (papa) call menantu dia.
Rupa-rupanya Tuan Tanah ketika itu sedang berada di Pasar Pagi Paya Jaras Sungai Buloh nak cari kuih kegemaran apam balik untuk Big Boss bawa ke Sabah. Nak tanya tukang kebun nak tak ayam belanda. Ada tinggal 3 ekor dijual dapat harga RM120. Kalau harga asal seekor RM50 katanya. Ketiga-tiganya betina. Bolehlah tukang kebun kata. Ingat papa nak belanja (puas pujuk minta belanja)...hehehe...tukang kebun kena reimburse bagi duit belanja buku sekolah nanti dekat adik. So sabarlah Iyah ya minggu depan along bagi pocketmoney RM120 ya.
Sebab pagi semalam along baru tangkap 25 ekor anak ayam daging berumur lebih kurang 4~5 weeks dekat Pet Shop berhampiran sekolah kebangsaan si Ilhan sebelum pick up Ilhan di sekolah agama. Shopping anak ayam daging dah habis belanja RM100. Harga asal diberi RM5. Tapi sebab ambil banyak dapatlah RM4 seekor. Lagipun tokey kedai kata ni dah ada berat 1/2kilogram ni dan cepat besar.
Projek baru Kebun Bahagia Bersama awal bulan March ini bela ayam daging untuk makan sendiri. Kalau ada lebih, jika tukang kebun offer ada sesiapa berminat tak? Terlintas kami nak cuba bela ayam daging sendiri sebab masa tahun 2013 seminggu kami mesti beli 2ekor ayam. Kemudian masuk tahun 2014 kami seminggu belanja dapur 3ekor ayam setiap minggu. Yalah permata-permata hati pun makin membesar walaupun 3 ekor ayam seminggu for their diet, belum lagi campur seafood untuk diet diorang for week. Harga pasaran sekilo ayam daging pun sekilo RM7.50. Berbincang-bincang dengan husband apa salahnya kita cuba bela ayam daging sendiri lebih untung dan selamat dari suntikan hormone serta apa ntah lagi untuk formula ayam daging cepat besar gebu jika dibela secara commercial. Jadi kami cubalah bela suka-suka dulu dan pantau pembesaran mereka. Sekarang ini di sangkar no. 4 dihuni oleh 3 ekor anak ayam belanda betina dan 25 ekor anak ayam daging. Makin sibuk bertambah Pets dan tanggungjawab.
Kasihan dekat Kiki dah arwah sebab kena terkam dengan musang dah buta. Kisahnya kami mula-mula hairan mana Kiki pergi beberapa hari. Kebetulan projek weekend dengan Big Boss menebas di belakang. Terjumpalah si Kiki mengeram dalam semak. Sifat ayam belanda betina ini memang suka mencari tempat semak untuk mengeram telur. Lepas tu kalau dialihkan telurnya nanti dia merajuk pula dah tak nak mengeram. Jadi kami kemaskanlah kawasan keliling tersebut siap buatkan Kiki temporary hut untuk berteduh dari kena hujan. Beberapa hari lepas tu Kiki mata kena cakar menjadikannya buta dan lemah beberapa hari. Tukang kebun suspek mesti biawak nak ambil telur si Kiki dan cakar terkena mata Kiki jadi buta. Sebab kuku biawak biasanya dikatakan beracun. Jadi bila combat dengan biawak elakkan dari terkena kuku dia tu. Bak kata Tuan Tanah, Big Boss biawak besar pun tak takut dikejarnya dengan parang sebab sayangkan Pets dia. Disebabkan Kiki buta dan lemah, kenalah attack dengan musang. Tapi musang pun macam tak berapa menjamah tukang kebun tengok leher Kiki. Mungkin masa lepas attack baru musang tu sedar mungkin Kiki not a very good specimen to suck blood ada contamination poison lagi kut dalam blood system Kiki. Ini kisah dah lama rasanya dah sebulan lebih Kiki meninggalkan kami.
Tengok species macam ayam mutiara exotic di Sunway Lagoon ini teringin pula nak tambah collection jenis ayam-ayam hehehe...Sekarang ini kami dalam proses hunting anak-anak ayam mutiara pula nak bela di belakang. Kalau ada sesiapa tahu mana nak dapatkan bekalan anak-anak ayam mutiara informlah kami.
Ohhhh yang ini tak boleh bela lagi ya kids. Habis tanaman di belakang tu botak-botak belaka nanti. Nak kena buat kandang special dahululah ya. Ini budget besar belum lagi. Main tunggang je lah dulu dalam Sunway Pyramid Chinese New Year celebration decoration.
Antara tuaian segar di Kebun Bahagia Bersama minggu lepas adalah seperti sengkuang dan Bok Choy Jepun Vitaminna. Sengkuang tukang kebun tak semai pun biji benihnya. Yang ini tumbuh sendiri di bawah pokok belimbing buloh dari biji-biji benih yang meletop-letop dari kantung tidak dituai (lokasi di sini). Biji benih sengkuang baru dituai minggu lepas dan biji benih bok choy vitaminnia juga available.
~ Sengkuang ~Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Bok Choy Tsukenna Vitaminna ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .
Jadual Self-Collect minggu ini:
~ Rabu 4hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 8:30 malam ~ 9:00 malam.
~ Jumaat 6hb March 2015 di Saujana Utama antara pukul 9:45 malam ~ 10:15 malam.
~ Sabtu 7hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 5:30 petang ~ 6:00 petang.
6 ulasan:
Ayam daging ni bagus bela sendiri memang Dee tapi cuma makan dia kuat sikitlah. Kalau di kampung SIL kakak bela juga tapi kami kongsi adik-beradik. Beli makanan dedak tu biasa kami campur dgn sisa apa juga makanan yg tak habis. Jiran-jiran pun siap bagi sisa makanan mereka yg tak habis pada kami (kena ingatlah masa harvest kenalah bagi mereka barang seekor-dua juga hihi...)
Best tau bela ayam-itik.
Ayam mutiara tu comel kan, terkedek-kedek aje jalannya:)
semangat tgk semua gambar2 tu diana...
kakak biasa bela ayam mutiara ni dulu kala. Suka tengok bulunya yg berombak berkilat-kilat.
kak sokong 100% Diana bela ayam daging sendiri. memang save belanja dan selamat dari segala hormon bagai..Teringat masa dirumah sewa lama dulu, duk dalam kampung, saban tahun sebelum puasa kami dah start bela ayam kampung & daging untuk dibuat stok posa & raya..
Masuk kebun KBB ni memamg membakar semanagt berkebun la..
tahniah KBB
Happy KFC days ahead... also can imagine the endless supply of kampung eggs..Choimin
Salam Bahagia KakZakie,
Memang betul seperti KakZakie kata ayam daging ni kuat makan betul. Sisa makanan dapur tak cukup sekarang nanti yang PETS veteran tu merajuk bahagian mereka kena ambil hehehe...
Jadi tukang kebun kena rajin belah kelapa yang dah ada tombong nak kasi anak-anak ayam yang belum bebas duduk dalam sangkar lagi untuk membesar selain dedak dan jagung.
Lemak berkrim hendaknya ayam-ayam daging tu seperti lemak santan kelapa hehehe...
Ayam mutiara tu memang meriah bunyi dibuatnya di kebun belakang.
Salam Bahagia Kak Amiizaa,
Bolehlah bela ayam seekor dua kat rumah. Bela betina tak bising macam jantan.
Salam Bahagia Kak Mala.
Ini tengah kumpul tabung nak beli ayam mutiara bulan depan InsyaAllah.
Bulan ini hubby dah kata stop beli anak-anak bersayap.
Tunggu bulan depan dulu.
Memang bulan ini anak-anak ayam kampung kami dah mula bela untuk stok posa dan raya akan datang ni.
Hopefully banyak survivors.
Salam Bahagia @na,
Marilah kita sama-sama makan hasil dari kebun sendiri.
Salam Bahagia Choi Min,
Yes hopefully endless supply of kampung eggs :) .
Catat Ulasan