No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 23 Mac 2015

Pokok Daun Salam (Nusantara Bayleaf)

  Pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama ada juga yang memanggilnya pokok serai kayu sebab dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai. Seperti bayleaf dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam  sos pasta atau pizza, daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bila masak rendang negeri mesti masukkan sekali beberapa helai daun salam.
  Kita asyik ingat bayleaf dari negara Mediterranean sahaja jangan pandang rendah dengan bayleaf Nusantara kita ini ada pelbagai khasiat yang diberikan kepada orang-orang yang duduk di kawasan tropika ini. Kalau anda ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan, amalkan teh daun bayleaf Nusantara ini InsyaAllah dengan usaha akan membantu mengurangkan masalah-masalah tersebut. Tak susah pun nak buat air rebusan atau tehnya, ambillah beberapa helai daun kemudian rebus dengan air sampai dah kurang banyak airnya. Lepas tu minum. Boleh gunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Jika sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Yang ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema boleh lumat-lumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut.
  Nama botani pokok salam ialah Syzygium polyanthum, maka ianya adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense) yang juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan. Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Mula-mula tukang kebun rasa nak ketuk-ketuk je dekat dahi nak recall nama pokok ini tak terkeluar dari kepala nasib baik, Sean dari kebun balkoni Half a pound of treacle tolong berikan maklumat.
 Gardeners yang suka kumpul koleksi herba tempatan dan kekurangan ruang pun boleh juga tanam dalam pot besar kalau setakat nak gunakan daunnya untuk masakan atau buat teh. Pokok bayleaf Nusantara ini super senang nak bela jika dibandingkan dengan Bayleaf Mediterranean dengan cuaca tanahair kita ini. SesungguhNYA yang Maha Esa adalah Maha Adil, bukankah diciptakan jenis-jenis Bayleaf ikut kesesuaian cuaca masing-masing dan keperluan khasiat yang diperlukan dengan keadaan persekitaran yang berbeza. 

Renungan : Yang jauh kita nampak keistimewaannya , yang ada dekat kita tak nampak dia juga istimewa. Sampai bila kita nak ikut budaya orang luar. 

~ Pokok salam (@Serai Kayu) / BayLeaf Nusantara (Syzygium polyanthum) ~
1 pot for RM10.00  (boleh buat pesanan email kebunkmg@gmail.com).

Self-Collect Day Schedule This Week:

~ Wednesday 25th March 2015, 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.

~ Saturday 28th March 2015, 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.

30 ulasan:

Bunda a.k.a KN berkata...

Bunda rasa bunda tak pernah lagi tengok daun salam ni ....baik yang segar atau pun yang kering...

@na berkata...

selama ni dok ambik pucuknya ja buat ulam nasi kerabu....tak tau plk daun salam ni boleh jgk dijadikan teh yang cukup berkhasiat...
tima kasih diana

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Bunda.

Dekat kedai jual herba-herba traditional. Ada dijual dalam bekas yang dah dikeringkan daunnya.

Salam Bahagia @na.

Penggemar teh macam @na, bolehlah cuba teh daun salam pula.

imm hassan berkata...

ada sepohon dekat laman rumah mak..kitorang bt ulam mentah..ataupun hiris jd kerabu untuk nasi kerabu atau laksa..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia adik Imm,

Sepohon pun dah lumayan kan dear.

Nina Cake berkata...

Assalamualaikum puan saya berminat dengan pokok jambu mawar merah2 tu..puan ada jual anak pokoknya? Kalau ada berapa rm termasuk post? t.kasih.. 0126910039

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nina Cake.

Anak pokok jambu mawar, jambu bol, dan pink guava ada kami bekalkan.
Untuk 1~2 bilangan anak pokok buah-buahan, shipping kos dalam Semenanjung Malaysia ialah RM21 untuk pos sahaja belum termasuk item.

the scrabbler berkata...

salam,
kemungkinan pokok salam nusantara ini berbeza dgn serai kayu asli
kerana serai kayu hanya berbunga.. tidak lekat buah (spt pokok di rumah saya)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia The Scrabbler.

Kalau pokok yang asli ianya seharusnya upaya dapat menghasilkan biji benih.
Tanpa buah atau kantung biji benih, bagaimanakah pokok serai kayu/salam nusantara membiak secara semula jadi dan tumbuh merata di pelusuk dunia yang sesuai dengan iklim untuk pembesaran serai kayu?

Kaedah tut/grafting/layering adalah bukan kaedah semula jadi pembiakan asli serai kayu, ianya hanyalah menghasilkan 'clone' sahaja seperti induknya.

Sifat semulajadi benda-benda hidup adalah 'membiak' seperti yang diajar dalam buku teks sekolah rendah Sains dan Teknologi.
Sebagai contoh, pokok kantan yang asli juga bukan sahaja membiak melalui kaedah rhizome, tapi bunganya yang akan membesar, menjadi tua secara semula jadi jika hasil pendebungaan yang baik juga upaya menghasilkan biji benih.

Jika serai kayu hanya berbunga tetapi tidak lekat buah antara punca utama tidak menjadi buah adalah kerana pendebungaan tidak menjadi atau tidak success untuk berbuah. Cuaca yang extreme juga seperti terlampau panas dan kering juga boleh mengakibatkan pendebungaan terencat.
Dalam pemerhatian kami, bunga pokok serai kayu sangat diminati oleh agen pendebungan seperti lebah-lebah.

Tambahan pula pokok serai kayu (Syzygium polyanthum) adalah dalam keluarga botani 'Syzygium', di mana banyak pokok-pokok dalam keluarga botani ini jenis yang menghasilkan buah yang boleh makan seperti jambu air, jambu mawar (Syzygium jambos) dan juga jambu bol (Syzygium malaccense). Oleh itu, tidak menghairankan jika pokok serai kayu yang dalam keluarga syzygium juga bunganya boleh menghasilkan buah jika pendebungaan berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Sya perlukan segera pokok salam....ada stock ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Pokok salam ada banyak ready stock bulan ini.

saya berkata...

Assalamualaikum ,
dimanakah kedai Encik di sungai buluh?

farahim afifah berkata...

Assalam, sy ingin beli pokok salam melalui pos. Brapa jumlah harga.
no sy 0124144633 terima kasih.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Farahim Afifah.

1 pokok RM10.
Kos penghantaran sahaja untuk 1~2 bekas pokok salam adalam RM21.

dr.rashid amit berkata...

Nak sebatang pokok salam hubungi saya 0132311674

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dr. Rashid Amit.

Stock anak pokok salam ada.
Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

Doremon Emon berkata...

Salam en...boleh kah sy dtg trus ke kebun encik utk membeli pokok salam atau selainnye..sekiranya boleh sy ingin tahu dimanakah lokasi kebun encik..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Doraemon Emon,

Stok pokok salam lepas raya baru ada.
Jika nak self-collect sendiri adalah di Sungai Buloh.

Y2 berkata...

Salaam encik.

Post ke kota kinabalu available ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Y2.

Boleh tapi at buyer risk.

Norkamaliah rahman berkata...

Assalamualaikum sy nk beli pokok daun salam brp harganya 018 6624347 kg melayu subang

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Norkamaliah Rahman,

Pokok daun salam 1 bekas RM10.
Butiran lanjut email ke (kebunkmg@gmail.som).
Kalau kg melayu subang dekat nak datang sendiri self-collect.

kelambu berkata...

Saya ingin dapatkan pokok daun salam. Saya boleh ke sg buluh masa weekend. Boleh saya dapatkan location
Terima kasih

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kelambu,

Biasanya self-collect adalah di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Tanpa Nama berkata...

Saya di ara damansara ingin membeli 4 buah anak pokok salam (bayleaf).
email ksnair1@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan... Saya tinggal di area Sungai Buloh. Bagaimana saya ingin membeli anak pokok salam (bayleaf) daripada tuan..
Emailkan maklumbalas kepada saya: chouplie@yahoo.com atau no. perhubungan tuan. Terima kasih.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Ada limited stok anak pokok salam.
Boleh contact terus ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.

ieyradia berkata...

Selain beli anak pokok, di mana saya boleh dapatkan daunnya sahaja ya?

needa berkata...

Assalamualaikum, saya nak beli sepokok anak pokok salam,w/app 012580657.terimakasih

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ieyradia.

Kami juga membekalkan daun salam selain anak pokok.

Salam Bahagia Needa,

Ada anak pokok salam.

Further enquiries email (kebunkmg@gmail.com).