No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 31 Mei 2016

Sabah Snake Grass

  Antara herba yang dimasukkan dalam senarai catalog bagi tahun 2016 ini ialah Sabah Snake Grass. Tidak berapa pasti betapa mujarab atau kesan penggunaan Sabah Snake Grass untuk melawan sel kanser secara klinikal. Tetapi ianya hangat dibicarakan mengenai keupayaan untuk menjadi penawar penyakit yang berat seperti barah. Daunnya juga boleh dicampurkan dalam masakan yang juga mempunyai penawar untuk masalah penyakit-penyakit lain juga.

~ 1 pot Sabah Snake Grass RM7.00 ~
  Yang menceriakan dan menemani anak-anak bermain di laman luar rumah permulaan cuti sekolah pertengahan tahun ini ialah jenis hippeastrum/amaryllis dinamakan "Double Bloom". Berlapis-lapis kelopaknya yang berwarna merah memanggil-manggil Tukang Kebun untuk membelek keindahannya.
  Hampir tidak disedari yang si "Double Bloom" bangun dari tidur tahun ini. Dah kembang mekar penuh baru perasan kelibatnya apabila melihat dari jauh apa yang merah menyala di kawasan yang amat jarang dikemaskan ini. 
  Infinity terima kasih kepada Sis Azreeny yang memaklumkan jenis-jenis bunga di bawah ini yang asalnya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama pada tahun ini tidak putus-putus berbunga memeriahkan taman Sis Azreeny di Sarawak. Syukur Alhamdulillah, Team Members Kebun Bahagia Bersama dapat tumpang bahagia melihat perkongsian gambar-gambar yang dikirimkan oleh Sis Azreeny. Jenis bunga bawang hippeastrum/amaryllis Equestre Salmon Pink ini begitu meriah dan merimbun menceriakan kebun sis Azreeeny. Pokok bunga hippeastrum jenis ini, syukur Alhamdulillah tahun ini memang amat rajin berbunga di merata-rata Malaysia.

~ 1 bawang bunga hippeastrum Equeestre Salmon Pink RM8.00 ~
  Anak pokok Drunken Sailor yang dikirimkan secara moist bare-rooted atau tanpa tanah 2 tahun lalu ke kebun Sis Azreeny di Sarawak pada tahun ini tidak putus-putus meriah berbunga. Pasti kawasan berdekatan rimbunan Drunken Sailor ini semerbak baunya terutamatanya pada waktu malam boleh memabukkan. Bahagianya hati melihat pertumbuhan bunga Drunken Sailor yang selamat dikirimkan kepada Sis Azreeny. 
  Yang berminat untuk menanam pokok Drunken Sailor untuk bulan Jun 2016 ini, kami dapat bekalkan secara moist bare-rooted sahaja (jimat kos penghantaran untuk Sabah/Sarawak). Yang dah siap dalam bekas belum dapat dibereskan lagi. Anak pokok Drunken Sailor yang dikirim sudah mempunyai akar untuk memudahkan ianya tumbuh berbanding dengan keratan.

~ 1 anak pokok drunken sailor moist bare-rooted RM8.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~1st/2nd/3rd/4th/5th/6th June 2016 Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Oh..daun belalai gajah ni..kak selalu buat masak lemak atau masak air gitu. Kerabu pun boleh buat. Sedap. Belum pernah cuba minum airnya. Selalu di blend dengan apple hijau.
Cantik sangat bunga lily merah ni.Double petal

@na berkata...

Di belah kami panggil katih tebu...la ni baru tahu pokok ni org panggil belalai gajah/snake grass...kami selalu ulam ja...

Kuroneko berkata...

Assalamualaikum. Double bloom tu ada jual tak bulb?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Oh terima kasih berkongsi.
Nanti nak mencuba-cuba juga.
Pokoknya biasanya terbiar pun bahagia selalu.

Salam Bahagia @na.

Menarik tu nama panggilan di sana katih tebu.
Popular dengan nama Sabah Snake Grass katanya boleh rawat kanser.
Tapi ikut jenis tempat ada juga ini chemical property dia berbeza dalam element yang dapat merawat kanser.

Waalaikumsalam Kuroneko.

Setakat ini kami punya belum banyak anak beranak pinak lagi.
InsyaAllah jika dapat dari sumber lain akan kami annouce di posting blog dalam bulan Oktober nanti.

Unknown berkata...

sy nak bli salmon pink tu.. bole wsap sy +60147123534

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Lolita Punkers.

Yang salmon pink ada ready stock.

Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com)