Dinner semalam tukang kebun buat masakan spagetthi campur dengan daun ginseng jawa dan tuna. Sebab tukang kebun fikir selalunya English spinach digunakan campur untuk masakan spagetthi bersama kuah tomato atau cream sos putih. Kali ni tukang kebun cubalah pakai spinach tempatan 'Surinam Spinach' nama orang putih untuk ginseng jawa ni juga...hehehe...bolehlah sesuai sebagai pengganti English Spinach dalam masakan pasta. Daun ginseng jawa ni boleh menambahkan selera makan. Hari ni nampak si tukang kebun Ilhan berselera pula makan lepas makan malam spagetthi ni.
Halaman
No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.
We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.
If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.
All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.
Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.
Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.
Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.
Any form of gardening patience is the virtue.
Selasa, 29 Januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Selamat Menyambut Maulidul Rasul
Semalam perasan baru sahaja nak mekar bunga gladiolus ini di depan bahagian rumah. Hari ni sempena sambutan Maulidul Rasul bermulanya dengan hujan lebat bersujud sekejap bunga gladioli ni seperti bersyukur atas rezeki hujan yang melimpah. Banyak tanaman bersuka ria mula menghijau kembali setelah beberapa hari tidak hujan. Bunga gladioli ini tak pernah tukang kebun siram hanya harapkan air hujan sahaja semenjak ditanam pada kira-kira pertengahan bulan November lepas.
Semenjak-menjak ni bunga gladioli banyak yang dapat berwarna kuning seperti ini dengan mulut berlipstik merah.
Rabu, 23 Januari 2013
Selasa, 22 Januari 2013
Riuh sebab berry ni
Hari ini tergelak tengok gelagat excited tukang-tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan apabila nampak strawberry yang ranum untuk mereka. Pokok-pokok strawberry di rumah bukan dari kawasan tanah tinggi Cameron Highland tapi dari kebun lama tukang kebun dari Adelaide dah bertahun-tahun menjinakkannya dengan pelbagai cuaca. Pokok strawberry yang ada sekarang pun sudah 2 tahun hidup di kebun Sungai Buloh. Cuma hujung tahun lepas, sebab dah penuh 1 pasu beranak-pinak, tukang kebun alih-alihkan ke pasu-pasu lain. Pokok-pokok strawberry di rumah tak diberi apa-apa special treatment sekadar siramnya sekali-kala kalau cuaca panas.
Ahad, 20 Januari 2013
Biji Benih Asin Asin
Comel pula tengok biji buah asin-asin atau dikenali dengan cekur manis ni terbelah keluar dari buahnya. Sayur cekur manis kegemaran mama tukang kebun. Setiap kali balik ke negeri asalnya mesti selalu beli sayur ni. Mula-mula tukang kebun masa kecil bila dah mula kena menolong di dapur hairan juga tengok sayur ni sebab dekat Semenanjung mama tak pernah pula beli sayur ini. Sampai sekarang juga tidak pernah kami beli sayur ini di tanah Semenanjung. Mama tukang kebun kebiasaannya masak simple sahaja dengan sayur ini goreng dengan telur je pun dah menjilat jari.
Pokok-pokok asin asin di rumah dah tinggi-tinggi lebih 2 meter pun ada. Nak ambil yang pucuk mudanya pun tukang kebun terpaksa memanjat atas para kayu.
Buah asin asin rupanya versi mini buah manggis berkulit warna putih. Buah yang dah nak tua biji benih didalamnya boleh dilihat kesan lekuk pada badan buah asin asin.
Pokok asin asin boleh ditanam melalui keratan batang. Tapi tukang kebun perhatikan pokok asin asin ni mudah dijangkiti serangan leaf miner. Kalau ditanam dengan keratan sakit leaf miner itu mudah dibawa sekali. Pokok baru dari keratan pun pokoknya cepat berbuah jika tidak dituai selalu. Sudah lama nak cuba tumbuh pokok baru melalui biji benih asin asin sebab dah tak nak pakai klon ibunya lagi untuk suka-suka. Dah berapa kali biji benihnya disimpan dalam poket setiap kali nampak tapi tak tertanam. Jadi minggu ini tukang kebun berkesempatan tanam biji benihnya cuma jangan ku lupa nak siram sahaja. Segan pula nampak tapak tangan kasar sendiri.
Sabtu, 19 Januari 2013
Musim Akar Dani Berbunga
Pokok akar dani sudah lama menetap di kebun kami. Tapi sejak tukang kebun balik tak pernah pula berbunga dan ingatkan sudah tiada pokok ini di rumah sebab seingat tukang kebun pokoknya melilit dekat pergola di rumah. Pergola di rumah pula berkongsi dengan pokok markisa dan pokok-pokok bunga lain juga. Mak Aji di Greenfingers risau tersalah pokok akar daninya, minta maaf tak dapat menolong ID sebab tukang kebun dah lupa bentuk daunnya macam mana sebab lama berada di perantauan. Sebenarnya Mak Aji dan tukang kebun dekat sahaja jarak kebun kami kalau ikutkan google map 4km sahaja. Kalau teringin nak lihat metamofosis bunga akar dani lawatlah kebun Greenfingers Mak Aji. Bermusim rupanya pokok akar dani ini, rupanya lepas habis monsoon barat daya baru hendak berbunga minggu lepas. Lepas ni mudahlah nak tahu musim buah dan bunga apa di Sungai Buloh dah ada teman blogger di Sungai Buloh juga.
Kasi zoom out sikit gambar sebab nak ingat lokasi pokok bunganya. Dalam gambar pun dah boleh tengok ada sekurang-kurangnya 5 pokok di kawasan kecil ini...ada pandan dan pokok elephant ear tu pun sedang berbunga sebenarnya yang lain belum dikenalpasti. Ini baru pandangan atas belum lagi di bawah pokok-pokok ini dalam memori tukang kebun ada white anthirium, pokok harum sundal malam dan Oriental Lilium. Moga lagi meriah bunga akar dani sebab baru bermula musim bunganya.
Jumaat, 18 Januari 2013
Kacang Buncis Pencil Pod
Kacang Buncis Pencil Pod jenis pokoknya renek dan sesuai juga ditanam dalam pasu. Kebiasaannya tukang kebun selalu mengamalkan kaedah direct sowing bila tanam kacang buncis yang renek sebab pertumbuhannya sangat pantas. Kacang buncis ini anggaran dari semai benihnya ke menuai kacangnya mengambil masa lebih kurang 2 bulan. Anggaran panjang saiz kacangnya adalah 18cm. Biji benihnya berwarna hitam dan elok disemai sedalam 5-3cm.
Biji benih Kacang Buncis jenis pokok renek Pencil Pod~
$3.00 satu pek dengan anggaran 10 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Khamis, 17 Januari 2013
Butterfly Pea
Tahukah anda sebenarnya dalam banyak-banyak warna bunga, warna biru adalah antara warna yang tidak beberapa ada menwarnai jenis pokok bunga. Cuba tengok keliling taman anda, banyak tak tanaman yang bunganya berwarna biru? Butterfly pea dalam bahasa entah mengapa saya selalu terkeliru sama ada nak panggil bunga telang atau bunga talang? Dekat Thailand, orang sana suka kutip bunganya untuk buat sirap biru yang dikenali dengan panggilan nam dok anchan (resipi ada di dapur CikManggis) . Di Burma pula celup dengan tepung bunganya pastu goreng. Negara kita pula terkenal untuk mewarnakan nasi kerabu dan juga kuih ketan (pulut tai tai).
Bunga Butterfly pea berasal di benua Asia tapi sudah pun jauh perjalanannya ke benua Australia, Afrika dan Amerika. Di Australia, bagi memperbaiki tanah di bekas lombong mereka menjalankan penanaman pokok butterfly pea. Butterfly pea adalah sama keluarga dengan kekacang yang boleh membantu menambahkan zat nitrogen kembali ke tanah. Sekadar cadangan bagi mereka yang duduk di kawasan perumahan baru yang tanahnya belum subur cubalah tanam butterfly pea dahulu untuk memperbaiki kualiti tanahnya. Pokok butterfly pea boleh tumbuh setinggi 7 kaki. Habis pokok asin-asin atau cekur manis kami dipanjatnya sampai tak nampak bayang dah pokok asin-asin.
Pagar berkarat yang buruk ni pun dah habis ditutup cantik dengan pokok bunga talang.
Biji benih Organik Butterfly Pea~
$3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.
Rabu, 16 Januari 2013
Jagung Kampung Balinese
Azam tahun 2013 ialah setiap bulan tanam jagung. Moga azam yang ini tukang kebun berjaya turuti. Ini perkembangan jagung kampung 'Balinese' yang ditanam secara direct-sowing kurang 2 minggu lalu. Terpaksa disangkarkan kawasannya dahulu nanti habislah binatang dalam family burung kerjakan. Jagung kampung 'Balinese' adalah biji benih open-pollinated (non-hybrid). Jika cukup keperluan makan ,minum, dan cahaya boleh tumbuh mencecah 2 metre. Kebiasaannya menghasilkan sekurang-kurangnya 2 tongkol jagung untuk dituai. Spacing antara pokok nampak dekat kerana percambahan benihnya elok. Spacing jagung antara 30-40cm adalah elok. Warna isi jagung kampung 'Balinese' adalah kuning cair sedikit.
Biji benih Organik Heirloom Jagung Balinese~
$3.00 satu pek dengan anggaran 10 biji benih.
Selasa, 15 Januari 2013
Alpine Strawberry ranum untuk dipetik
Akhirnya dari minggu lepas dapatlah selang 2~3 hari tukang-tukang kebun kecil Rayyan dan Ilhan makan kegemaran Alpine Strawberry mereka seorang sebiji satu hari. Pada mulanya Rayyan cakap nak lagi, tukang kebun kata ini bukan macam kebun kat Adelaide yang dah banyak pokoknya tumbuh merata 'wild'. Dekat sini baru ada berapa pokok je yang matang mama dapat bawa balik, kesian Rayyan tiada cakap banyak mengikut sahaja, mungkin faham sebab dia kenal rupa pokok alpine strawberrynya memang ada berapa pokok sahaja. Moga anak-anak pokok alpine strawberry akan tumbuh dengan baik tanpa banyak dugaan atau kemalangan. Tapi dalam firasat tukang kebun kena semai lagi ni, takkan cukup.
Yang ini pula pokok strawberry yang dah lama dibawa balik mungkin dah setahun-dua lepas asal dari kebun Adelaide tapi dah banyak menghasilkan "runners' atau anak-anak pokok baru yang penuh duduk dalam satu pasu. Jadi tukang kebun pindah-pindahkan dalam pasu lain sekitar akhir November atau asal Disember lalu. Wah seronok tengok ada yang mula berbunga minggu lepas.
Minggu ni nampaknya dah mula berbuah dan ada juga bunga strawberry baru yang berkembang. Parent asal pokok-pokok ini pernah berbuah cuma buahnya selalu 'pet' di rumah terkam dahulu. Moga kali ini terselamat dari mata-mata 'pet' di rumah.
Pokok-pokok strawberry yang sama dipindahkan dan disusun dalam pasu-pasu ini tahun lepas.
Isnin, 14 Januari 2013
Fennel 'Di Firenza' for increasing EBM
Tukang kebun terkejut bulan lepas semasa pergi Cold Storage di Ikano rasa nak beli bulb fennel, bila tengok harga bulb dah kena potong suku pun mencecah RM10. Itu pun suku dari yang saiz kecil (<4cm?)...sobsobsob...sendiri tanam 3 kali ganda saiznya dulu. Ada sebab kenapa tukang kebun nak sangat makan bulb fennel, bukan untuk diri sendiri tapi untuk baby Abbiyana. Hasrat hati si ibu untuk penyusuan supaya dengan makan fennel makin bertambah susu badan. Sebab masa awal balik terlampau penat badan pelbagai perkara hendak diuruskan jadi bila ibu stress, susu pun makinlah rasa kurangnya. Ia bulb fennel mampu naikkan production susu badan dari pengalaman tukang kebun.
Tukang kebun pada mulanya tidak tahu yang bulb fennel mampu menaikkan hasil susu ibu. Tapi pada suatu hari/minggu, bulb fennel di kebun tu perlu dituai cepat sebelum berbunga, jadi hubby yang kena jaga makan minum ibu berpantang buatkan pasta cream campur fennel (macam tiada pantang sahaja). Bila orang lelaki masakkan bukan untuk makan sekali bolehlah makan 2-3 kali nak habiskan je. Tukang kebun rasa pelik kenapa pula bila express milk boleh dapat 2 kali ganda lebih dari biasa untuk buat stok bila ke sekolah dalam keadaan stress. Fikir punya fikir baru terlintas dalam kepala menu yang berbeza ada bulb fennel. Kalau rajin google di wiki mengenai fennel dan ada fakta di dalamnya menyatakan bulb fennel membantu penghasilan susu ibu. Sekadar berkongsi pengalaman untuk ibu yang menyusu dan bakal ibu. Sebab tukang kebun pernah juga cuba pelbagai makanan untuk banyakkan susu tapi buat setakat ini antaranya bulb fennel sesuai sekali yang menunjukkan kesan untuk tukang kebun. Kalau tukang kebun tahu lebih awal, 3-4 bulan sebelum due bersalin sudah mula tanam florence fennel. Jimat duit dan selamat tanam sendiri. Fresh from the garden.
Anak Benih Fennel 'Di Firenza' baru bercambah.
Biji benih Organik Heirloom Florence Fennel Di Firenza~
$3.00 satu pek dengan anggaran 30 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Ahad, 13 Januari 2013
Ginseng jawa / Akar Som Jawa
Dekat sini sebab dah lama kebun terbiar sebab tiada penghuni, agak penat dalam proses mengemaskan kebun yang mula menjadi semak. Tambahan pula akhir tahun lepas rezeki hujan banyak jadi rumput pun cepat je naik sampai ke lutut. Apa yang ada dalam batas sayur pun dah tak nampak bayang. Salah satunya yang rajin memenuhi ruang petak-petak sayur khas ialah ginseng jawa atau juga dikenali sebagai akar som jawa. Pada mulanya disebabkan cetek pengetahuan dan tukang kebun lebih mengetahui atau biasa dengan tanaman herba Mediteranean, tidak sangka yang pokok herba ginseng jawa yang nampak seperti ornamental ini mempunyai pelbagai khasiat yang sesuai untuk keadaan tukang kebun seisi keluarga pada masa ini. Mula-mula saya ingat pokok hiasan tapi setelah dipastikan namanya dan dicuba-cuba makannya memang banyak khasiatnya. Tak perlu nak beli supplement apa-apa, di rumah sudah ada yang paling bagus macam jamu.
Pokok ginseng jawa ini sangat mudah tumbuh sendiri dari pecahan kantung kapsul bijinya, di tempat kami sudah tumbuh merata-rata sudut tak perlu tanam lagi. Pokok ini pun sebenarnya asalnya di tanam oleh orang Acheh semasa ada sedikit projek pembinaan di rumah. Bunga ginseng jawa yang ungu ke merah jambu pun sangat cantik menghiasi taman. Ketinggian pokoknya boleh mencecah 40-50cm.
Daun dan bunga pokok herba ginseng jawa boleh dimakan sebagai ulam, atau pun ditumis dengan belacan pun sedap. Tapi masaknya sekejap sahaja sebab cepat layu dan kalau masak lama sangat bertukar ke warna kehitaman. Sayur ini jenis berlendir dan tergolong dalam keluarga sama dengan portulaca. Dapat merangsangkan selera makan dan juga mencerdaskan badan. Tukang kebun bila makan sayur ini memang rasa badan cerdas dan berupaya banyak multi-tasking menguruskan rumah dan keluar berkebun. Kadang-kadang senyap-senyap masukkan daun herba ginseng jawa ini dalam masakan seperti nasi goreng untuk anak-anak kami yang fussy makan dan tak kuat makan. Tiada pula nampak anak-anak kutip sayur letak ke tepi. Daun ginseng jawa juga membantu memperbanyakkan susu ibu. Ya sudah tukang kebun cuba dan memang banyak membantu penyusuan tukang kebun untuk Abbiyana. Syukur alhamdulillah Abbiyana baru sahaja masuk 5 bulan dan masih menyusu susu badan sahaja. Tukang kebun jenis yang tak banyak susu sebenarnya apatah lagi bila sedang stress dan badan penat. Di Indonesia, herba ini dimakan sebagai ulam untuk awet muda, juga dikatakan membantu wanita yang mempunyai masalah keputihan dan haid yang tidak teratur. Ginseng jawa memang mudah tanam ibaratkan seperti kangkung tanam di kampung atau terusan, masa kami tiada sayur pilihan sangat ginseng jawa lah yang banyak menolong.
Cuba lihat akar pokok ginseng jawa yang telah tua adalah seperti akar ginseng korea/cina dan juga mempunyai fungsi perubatan yang sama. Kalau susah nak tanam tongkat ali dekat rumah, tanam pokok ginseng jawa untuk rebusan akarnya yang boleh menjadi pengganti tongkat ali bagi membantu tenaga batin orang lelaki.
Pokok herba Ginseng Jawa sesuai untuk seisi keluarga.
Biji benih Organik Ginseng Jawa/ Akar Som Jawa/ Surinam Spinach ~
$3.00 satu pek dengan anggaran 250 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Sabtu, 12 Januari 2013
Kubis Merah 'Red Acre'
Cabbage 'Red Acre' dijadikan coleslaw sangat menarik gabungannya dengan sayur-sayur lain seperti cabbage hijau biasa. Saiz kepala cabbage 'Red Acre' berbanding dengan cabbage lain adalah kecil. Sayur daun berwarna ungu adalah lebih kurang diserang ulat bulu jika ditanam bersama sayur hijau daun lain. Mak ulat bulu lebih tertarik hinggap pada daun yang berwarna hijau berbanding ungu untuk bertelur di celah-celah daun. Sama juga dengan pokok purple vienna kohlrabi kurang serangan dari ulat bulu. Berikan ruang pembesaran yang mencukupi untuk kubis supaya dapat membentuk kepala yang besar. Spacing antara tanaman baik beri jarak sekurang-kurangnya 40cm.
~ Biji benih Organik Heirloom Cabbage Red Acre (anggaran 30 biji benih satu pek RM3.00) ~
Jumaat, 11 Januari 2013
Percambahan Sayur Sawi Red Giant
Baru-baru ni tukang kebun Muscleman bantu kemaskan biji benih sayur mustard red giant untuk stok bulan ini punya setelah bulan lepas stoknya habis. Lepas kemas dan sorting biji benih mustard red giant tersebut, tukang kebun jatuhkan hampasnya dan yang reject ke pasu yang ada tanam pokok strawberry. Syukur alhamdulillah memberangsangkan percambahannya dan ada rezeki seperti kawan-kawan gardeners doakan. Tukang kebun selalu perhati bagi sayur daun yang warnanya special sikit atau terutamaya yang keungguan/maroonish, faktor cuaca akan menentukan nada cair atau pekat warna ungu/maroon tersebut. Pada mulanya anak pokok yang baru bercambah tersebut berwarna hijau. Tetapi setelah beberapa hari bertukar seperti warna di atas. Memandangkan cuaca dan musim di negeri dalam Malaysia ini berlainan, mungkin ada perbezaan warna daunnya walaupun di tanam serentak dalam satu Malaysia ini.
Stok makin terhad.
Biji benih Organik Heirloom Red Giant Mustard~
$3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Khamis, 10 Januari 2013
Mekar Merah Oriental Lilium
Gembiranya hati tukang kebun minggu ini setelah melihat akhirnya bulb Oriental lilium yang ditanam pertengahan bulan November yang lalu kembang mekar di dalam taman. Walaupun beberapa hari ni kurang sihat badan tapi gagahkan diri juga keluar sekejap-kejap nak melihatnya bagaikan orang mabuk bercinta...hehehehe...sebab tidaklah letak harapan tinggi dan banyak accident berlaku dalam pertumbuhannya dan tiada dapat dijaga dengan baik sebab banyak kerja lain perlu diuruskan. Jadilah terbiarlah pokoknya sehingga bunga pertamanya pun tukang kebun tak perasan kalau bukan hubby yang beritahu.
Terlampau lama tukang kebun simpan dalam tandas bulb Oriental lilium ini di Adelaide untuk elakkannya dari kering sebelum dapat di bawa pulang sehingga begitu sukar untuk dileraikan satu persatu bulb tersebut sebab berselirat masing-masing sudah bercambah. Lihatlah betapa banyak sudah pertumbuhannya sehingga bulb tersebut dah lebih besar dari penumbuk tukang kebun (sebab tukang kebun tidak dapat berkongsi bersama). 2 bulb yang berwarna putih di dalam kertas coklat itu ialah asal bulb LA Hybrid Lilium Indian Diamond yang ada tukang kebun tanam lalu, alhamdulillah tumbuh juga.
Setelah tukang kebun tanam bulb dan timbus sehingga pangkal daun yang pertama, hari demi hari bertukar ke warna hijau selepas mendapat cahaya matahari.
Kecil sahaja pada permulaan saiz putik bunga Oriental lilium ini. Ambil beberapa minggu juga menunggu putik-putik ini besar sehingga ke saiz gambar bawah.
Ketika ini tidak menunjukkan tanda warna apa bunganya...tetapi apabila putik ini bersedia untuk berkembang bileh teka sudah apa warnanya.
Bunga pertama Oriental Lilium yang mekar semasa sedang hujan...uhuks kesian tengok. Tukang kebun pun redah hujan nak ambil gambar.
Kesian yang ini pun kena mandi hujan lebat.
Kelopak bunga saiznya boleh tahan besar juga.
Disebabkannya tumbuh tinggi bagi support dengan pelepah sekejap nanti tersembam ke bumi. Belakang gambar yang ada bentuk "heart" pun ada lagi pokok bunga Oriental Lilium sedang mekar.
Komen minggu ini lambat sedikit reply ya sebab nak selesaikan projek tanam bulb-bulb baru yang sampai.
Biji Benih Paling Segar Bulan ini ~ Sengkuang
Biji Benih paling segar bulan January ini adalah biji benih sengkuang. Tukang kebun dalam proses hendak tuai ubi-ubi sengkuang dan akan bersihkan kawasan tersebut untuk menanam tanaman lain (nak praktik crop-rotation sudah 2 kali tahun ni tanam sengkuang di tempat sama). Sambil itu akan tuai juga kacang sengkuang yang telah kering di atas pokoknya. Hujan telah beri petanda kepada tukang kebun apabila tersembul keluar biji sengkuang dari tanah yang saiznya sudah elok untuk dituai. Kalau dibiarkan tua dan membesar lagi kurang manis. Yang lagi muda lagi manis rasanya.
Sengkuang adalah dari keluarga kekacang (Fabaceae) dan disebabkan itu tidak memerlukan baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Nanti banyak saja daunnya. Pokoknya boleh memanjat 2-4 meter jadi seeloknya boleh sediakan tempat untuknya memanjat. Menjimatkan ruang sebagai tanaman yang sesuai untuk vertical gardening. Boleh juga ditanam dalam bekas. Sengkuang adalah tanaman yang sukakan kelembapan tinggi dan cuaca tropika. Sengkuang sebenarnya berasal dari Mexico dan dikenali dengan nama Jicama (HICK-a-ma) atau Mexican turnip/ Mexican Yam. Semasa penjajahan Spanish di negara Filipina bermula perkenalkan tanaman ini di Asia. Di Filipina sengkuang dipanggil 'singkamas'. Sengkuang mempunyai kandungan rendah kalori dan rendah lemak jadi sesuai sebagai diet food. Sengkuang juga banyak fiber jadi dapat control appetite atau selera makan kita dari makan banyak benda lain yang tidak berkhasiat atau untuk kontrol berat badan.
Pesanan biji benih sengkuang untuk bulan January ini akan tukang kebun tambahkan juga kacang sengkuang untuk dikopek sendiri ambil biji benihnya selagi stok masih ada. Generasi kedua biji benih sengkuang yang dikumpul dari kebun Bahagia Bersama.
$3.00 satu pek dengan anggaran 15 biji benih.
Sengkuang Bulk Seed ~ Approx. 70 seeds for RM10.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Rabu, 9 Januari 2013
Timun Lemon
Bentuk timun ini adalah seperti lemon dengan bentuk saiz dan warnanya yang kuning. Timun jenis ini sesuai tumbuh di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan musim hujan. Timun heirloom yang telah direkod sejak tahun 1894 diperkenalkan. Tanam sendiri baru dapat rasakan timun seperti ini sebab tak dapat dibeli di pasar. Sudah 2 season tukang kebun pernah tanam timun ini, old time favourite.
Jangan lupa labelkan biji benih yang disemai sekiranya menyemai timun dan melon jenis lain sebab anak pokoknya nampak sama sahaja.
Bunga betina lemon cucumber.
Biji benih Organik Heirloom Lemon Cucumber~
$3.00 satu pek dengan anggaran 10 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Selasa, 8 Januari 2013
Heirloom Mix Romaine Lettuce
Biji Benih lettuce organik yang berbentuk 'Romaine' atau juga dipanggil 'Cos' pelbagai jenis heirloom bercampur dalam satu paket. Tapi ada yang tukang kebun sudah lupa nama jenis heirloom tersebut.
Jenis ni ada speckle merah sikit pada daunnya.
Lettuce jenis ini masa muda berwarna hijau bila makin tua daunnya berubah kemerahan.
Green Cos Lettuce.
Red Romaine Lettuce bersebelahan Green Cos Lettuce.
Biji benih Organik Heirloom mix Cos/Romaine Lettuce~
$3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.
Terhad sebab tukang kebun relakan 20 pek sahaja untuk bulan ini.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Isnin, 7 Januari 2013
Tuberose Bulb
Bunganya sangat harum banyak peminatnya dan menjadi lebih popular dengan tayangan Potianak Harum Sundal Malam. Peminat minyak wangi mesti suka bunga ini kan. Ketinggian average pokok bunga ini adalah 80-100cm dan mengambil ruang anggaran 20cm. Tukang kebun tanam terlampau banyak bunga harum sundal malam keliling rumah. Ini kes terlebih beli lagi (uncontrollable).
Bagi yang meminatinya, dan berminat untuk tanam...sementara stok masih ada dan sebelum tukang kebun tiba-tiba gatal tangan nak tanam bila rajin nak kosongkan ruang taman yang ada...hehehe...
STOK HABIS.
Promosi Gladioli Mix Colour bulb (untuk 20 pek pertama sahaja)
Stok baru bunga gladioli kembali lagi dan pesanan sudah mula diambil.
Untuk 20 pek pertama promosi ini tukang kebun tak buat reservation (ruang untuk simpan barang tiada di kamar tukang kebun sebab kes merempat :( ). Siapa cepat dia dapat ya.
Langgan:
Catatan (Atom)