Hari ini tergelak tengok gelagat excited tukang-tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan apabila nampak strawberry yang ranum untuk mereka. Pokok-pokok strawberry di rumah bukan dari kawasan tanah tinggi Cameron Highland tapi dari kebun lama tukang kebun dari Adelaide dah bertahun-tahun menjinakkannya dengan pelbagai cuaca. Pokok strawberry yang ada sekarang pun sudah 2 tahun hidup di kebun Sungai Buloh. Cuma hujung tahun lepas, sebab dah penuh 1 pasu beranak-pinak, tukang kebun alih-alihkan ke pasu-pasu lain. Pokok-pokok strawberry di rumah tak diberi apa-apa special treatment sekadar siramnya sekali-kala kalau cuaca panas.
Halaman
No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.
We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.
If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.
All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.
Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.
Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.
Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.
Any form of gardening patience is the virtue.
Selasa, 22 Januari 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
That's good crop. The cultivar must be ok with the lowland weather. Any runners available for sale?
makcik pun tumpang "riuh" jika nampak buah strawberry macam ni..seronok.Dua biji sedang elok lah..satu untuk Rayyan dan satu untuk Ilhan.Next year kena berbuah lebih sebab Abby akan join sekaki hehe..seronok sungguh jika itu pokok strawberry makcik hehe
wah... dah bole berbuah kat tanah rendah... menarik ni...
Anak2 saya ditunjukkan pokok strawbery yg kecik halus pon dah xcited. Jika berbuah macam ni..lompat bintang lah gamaknya
nampaknya lepas ni kena tanam lagi banyak... tanam strawberi as an edible and ornamental plant sekaligus..
hi..nak bibit strawberry ni ..bestnya tengok hasil.
Salam Diana,
x sangka pulak strawberi boleh elok berbuah kat tanah rendah. Tumpang seronok tengokkan!
Sean L~ hehehe...not enough runners yet. Hopefully it will produce more soon. I think I was late transplanting the runners. Should have done much earlier when the monsoon season starts so that the plants grow and the mild temperature during monsoon season will help trigger the plants to fruit.
Cikmanggis~Elok minggu ni 2 biji ranum sekaligus tak perlu nak potong-potong. Next fruiting season kena ada lebih pula untuk Abby.
EjaMaria~ Alhamdulillah nak juga berbuahnya.
Zamzurina~Selalunya anak2 tak delah excited sangat macam minggu ni tapi dah lama tak makan agaknya teringin sangat. Lepas ni jadi excited lah sebab production buah tak sekerap dan sebanyak macam kebun lama lagi.Baru nak mula balik.
Shafirul~ Ya lepas ni nak kena tanam banyak-banyak lagi. Memang cantik nampak ornamental kalau caterpillar tak makan daunnya lah.
Nancy~ Ini Aunty yang bawa balik dulu. Masa datang melawat kami di Australia.
Ummu Madihah~ Boleh saja rasanya strawberry berbuah di tanah rendah cuma bermusim sahaja.
Catat Ulasan