Ini gambar nanas madu Sabah yang sedang berbunga di kebun Sungai Buloh February lepas. Sekarang dah hampir membesar macam nanas kebun makcik tukang kebun di bawah. Harap bila balik dah mula masak dan sempat diambil sebelum tupai yang menikmati dulu. Elok juga pokok-pokok nanas kali ini tak mula berbuah serentak ada 1~3 minggu gap jadi kemungkinan tak masak serentak, tak kalut nak menuainya boleh menikmati berterusan buah nanas dari kebun sendiri.
Baka nanas madu di kebun Sungai Buloh asalnya mestilah dari kampung mama tukang kebun. Adik-adik mama tukang kebun pun sedang buka kebun nanas di tanah pusaka yang masih kosong lagi. Ini kebun makcik tukang kebun menghadap rumah kami. Tukang kebun pun terkejut tengok sebab sebelum ini kawasan ini sentiasa lapang. Masa arwah nenek ada dulu bela kerbau, jadi tak dapatlah tanam atas tanah ini semuanya si kerbau-kerbau makan nanti. Dekat belakang kebun nanas ini, sebelum masuk tanah kebun getah wakil rakyat sekarang (sebelum PRU13) ada pusara mendiang atuk dan nenek tukang kebun. Mengikut tanah adat di sini, sekiranya ada perkuburan di atas tanah adat tidak boleh dijual tanah tersebut. Sebab itu arwah atuk pesan kepada anak-anaknya supaya dikebumikan di atas tanah ini. Harapannya atas tanah ini, anak-anak dapat buat rumah masing-masing kerana rezeki anak-anak semua berbeza.
Kebiasaanya bila membuka tanah untuk kebun getah, sementara tunggu anak-anak pokok getah membesar, diselit-selitkan juga menanam nanas jadi tanah yang digunakan lebih produktif. Jadi ada anak-anak pokok getah cuma tak nampak sahaja. Teringat zaman kanak-kanak tukang kebun bila berjalan dalam kebun getah ke sungai, kadang-kadang baju tersangkut kena duri daun pokok nanas sebab jalan sempit pokok nanas dah bermaharajalela ambil tempat membesar.
Geramnya tengok satu rumpun ada banyak buah nanas tengah membesar. Juga geram tengok bawah buah nenas ada banyak terselit 'mahkota-mahkota' yang boleh digunakan untuk baka-baka pokok nanas baru. Belum musim nanas ranum di kebun makcik tukang kebun, hari tu balik rezeki dapat satu labu besar dan pisang dikongsikan. Pertama kali suka Abby jumpa nenek Janet.
Dekat kebun Sungai Buloh pun ada 'mahkota-mahkota' tengah tumbuh membesar. Tukang kebun seperti biasa tengah angan-angan dalam kepala, kali ni nak susun tanam di mana.
12 ulasan:
ini lah hasil jika rajin berbudi dengan tanah kan...:D
waah syoknye tgk ldg nenas tu...subur n segar! dah teringat nenas madu kat frigde tk sempat nk mkn lg...hehe
mesti manis nanas ni kan
Bestnya,suka nenas ni
Sedapnya dapat makan nenas masak daripada pokoknya. Kat sini sukar nak tanam sebab hasilnya akan dituai oleh kera.
Nadia~ Ya kalau rajin, InsyaAllah adalah rezekinya kan.
@na~ Syukur alhamdulillah puas juga makan nanas madu fresh di sini.
SMROSE~ Manis saya rasa tambah berat badan duduk lama di sini.
Suzie~ Geram tengok nanas yang dijual di sini.
SriKota Garden~ Dulu kami pun ada masalah kera. Sekarang berebut dengan tupai. Tupai kat kebun ni gemok gemok macam-macam jenis pula tu.
Salam..di mana saya boleh dapatkan anak pokok nenas madu?
Salam Bahagia Nani.
Anak pokok nenas madu Sabah ada stock.
Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).
Nak tanya Diana nenas madu Sabah berapa lama tempohnya sehingga ia berbuah ya..?
Salam Bahagia MarissaIslam.
Jika sulur tangkai berbelas bulan tempoh nak berbuah juga bergantung kepada faktor persekitaran dari segi tanah, air, cahaya dan baja.
Salam..nk tnya mana nak beli nenas madu ni?nak buat ubat utk batu karang?blh pm di 0193815138..terima kasih.
Salam Bahagia Su_Iman.
Nenas Madu Sabah InsyaAllah nak dekat bulan Ramadhan ini ada musim buahnya.
Sekarang ni buah masih kecil lagi.
Catat Ulasan