No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 29 November 2013

Variegated Gardenia jasminoides

 Mari kita mulakan dengan pantun klasik ini:

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

Letak banyak-banyak bunga cina dekat badan, tak perlu perfume hehehe...dah wangi dah.

 Nama glamour pokok bunga cina ialah pokok bunga gardenia, ramai tahu yang pokok bunga ini adalah native China, jadi kena panggil pokok bunga Cina kut. Seperti roti gardenia, bunga gardenia juga adalah edible bolehlah nak campur dalam salad. Bukan sahaja itu, boleh buat ice-cream, milkshake dan lain-lain. Boleh juga buat teh dengan mengambil campuran bunga dan daun gardenia racik-racik lebih kurang 1/4 cup , tambah air panas penuh 1 cup, biarkan 5 minit gitu pastu tapis ambil airnya, home-made gardenia tea. Boleh tambah honey sedikit untuk maniskan. Dikatakan gardenia tea membantu menurunkan blood pressure, stress, anxiety, susah bernafas, meredakan asthma, meredakan demam dan lain-lain. Balik-balik rumah hilangkan stress di kerja with a relaxing feeling buat teh gardenia sendiri.
 Kalau nak feeling macam maharani Cina atau Jepun tamadun dulu-dulu, bolehlah ambil bunga-bunganya buat mandi bunga seperti Maharani dahulu kala. Ambil bunga-bunga yang segar ikatkan dengan kain muslin letak garam sikit dan boleh jadikan scrub badan untuk bakal-bakal pengantin. Dalam lukisan purba Cina, bahagian pokok bunga Cina seperti akar, buah dan bunganya seperti meninggalkan rekod bahawa pokok ini dapat merawat gigitan ular. 
 Pokok-pokok bunga Cina di dalam Kebun Bahagia Bersama sudah belasan tahun hidup bahagia bersama kami. Ketinggiannya pun sudah lebih 2 meter bersebelahan pagar menjadikan pagar natural memberikan privacy kepada penghuni Kebun Bahagia Bersama. Kalau letak buai berdekatan, boleh buai-buai nak capai bunga cina. Tapi big boss terletak berhampiran gelungsur pula. Ada sepokok hidup bahagia bersebelahan pokok puding belacan. Pokok gardenia yang hidup di Kebun Bahagia Bersama adalah daun atau putik bunganya jenis 'variegated' seperti dalam gambar atas dan bawah.  Variegated ada belang-belang daun dan bunganya, bukan jenis yang hanya biasa warna hijau. Bud bunga gardenia yang variegated menjadikan pokok-pokok ini lebih menarik menghiasi kebun. Boleh tanam dalam pot.

 Dengan baunya yang harum...Gardenia melazatkan...gardenia menyelerakan...


~ Pokok Bunga Cina (Gardenia jasminoides) variegated~

1 pot for RM10.00 (Enquiries kebunkmg@gmail.com)

2 ulasan:

smRose berkata...

oooo...banyak gunanya bunga cina ni yer, bole la sy minum teh bunga cina pulak, TQVM Diana.

TukangKebun berkata...

Banyak penggunanaan bunga Cina ni Kak Ros, cuma mata dah ngantuk sangat nak menulis. Sama-sama kita berkongsi pengetahuan.