No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 Mac 2015

Ginseng Jawa Goreng Belacan

  Entah kenapa tiba-tiba Rabu petang lepas terasa badan menggigil-gigil seram sejuk panas. Agaknya cuaca hari tu kut dahlah tukang kebun ini asyik keluar masuk dan banyak berjemur di tengah panas. Tambahan pula beberapa kali nak naik motor ambil dan hantar Ilhan ke sekolah. Disebabkan malam rabu dah ada temu janji dengan beberapa gardeners untuk self-collect nak tak nak telan jugalah panadol (biasanya nak makan panadol pun susah).

 Khamis pagi konon-kononnya tak naklah buat kerja di kebun sangat lepas dah kasi makan dan minum PETS di belakang (sepatutnya berehat dalam rumah kurangkan activity di luar). Tiba-tiba ada tukang kebun tu ralit weeding dekat Petak 1 yang memang kalau terbiar Ginseng Jawa akan hidup subur di situ. Bila weeding tak pula rasa badan tak sedap boleh lupa sebentar tak macam duduk dalam selimut. Dapatlah juga penuh 1 upih bekalan upah weeding untuk bekalan dapur dan akar-akarnya air rebusan untuk dearest hubby minum (Abby pun menumpang minum sikit nak tahan gelak je tengok raut wajahnya).Yang hairan mungkin sebab tak sedap badan dan banyak benda nak memikir tukang kebun sampai lupa nak makan hingga dah ke lewat petang. Padahal ada memakai tenaga tak duduk diam. Cuma minum secawan teh dan air je beberapa kali dalam sehari. Mungkin selera makannya tak de otak pun tak teringat nak makan. Tapi dari hari Rabu hingga Khamis bermandi peluh mungkin kalau difikirkan badan nak keluarkan toxic secara semula jadi. Itu agaknya rasa nak banyak minum air tapi tak de feeling lapar nak makan. Kasi keluar kotoran degil dulu kut, cleansing habis-habisan.

 Lauk sayur untuk makan malam tu ialah Ginseng Jawa Goreng Belacan. Ginseng Jawa ini salah satu kebaikkannya ialah menaikkan selera makan. Biasanya kalau tukang kebun tak sihat atau rasa badan terlampau penat memang jenis lost appetite punya manusia, jadi Ginseng Jawa membantu naikkan selera tak masuk angin banyak nantikan. Tambahan pula ianya membantu masalah keputihan sekaligus. Lepas makan nasi dengan Ginseng Jawa Goreng Belacan appetite nak makan tukang kebun ada semula.

  Ada beberapa gardeners ingatkan ginseng jawa untuk dibuat ulam sahaja, tetapi sebenarnya pelbagai jenis masakan boleh dibuat dengan herba Ginseng Jawa ini.

Sebagai contoh yang baru diberikan ialah:

~ Ginseng Jawa Goreng Belacan

~ Macaroni Goreng Ginseng Jawa (related posting klik sini)

~ Spaghetti Tuna bersama Ginseng Jawa (related posting klik sini)

~ Phoenix Feet Soup with Ginseng Jawa Roots (related posting klik sini

Campur dalam nasi goreng, mee goreng, dan bee hun goreng pun boleh. Rasa-rasa tukang kebun lah kalau dicampurkan dalam mee udang pun sedap.

  Sekarang ini tukang kebun nak berbincang mengenai topic kandungan Oxalic Acid dalam sayur ginseng jawa dikatakan tinggi. Oxalic Acid dikatakan kalau terkumpul dalam badan banyak boleh mengakibatkan batu karang. Tapi ikut juga kepada penerimaan setiap individual, masing-masing badan lain maaa unless you have a clone. Bukan sahaja Ginseng Jawa (Surinam Spinach) yang mempunyai kandungan oxalic acid tinggi tapi sayur bayam / amaranth (Chinese Spinach), pucuk ubi kayu, sayur raja (Malabar Spinach) dan spinach popeye (English Spinach) the sailorman suka makan tu pun lebih tinggi juga. Apa yang orang putih letak nama belakang spinach tu biasanya kandungan Oxalic Acid tinggi. Parsley yang selalu diletakkan atas hidangan pasta tu pun Oxalic Acid tinggi. Bahkan sayur-sayur daun jenis lain semua ada mengandungi Oxalic acid macam kubis, sayur sawi, brokoli dan lain-lain. 

 Mudah sahaja nak kurangkan kandungan Oxalic Acid ini, kita masaklah dulu sebelum makan tak perlu nak makan mentah-mentah. Orang-orang dulu walaupun tak sekolah tinggi lagi bijak, selalunya sayur-sayuran daun dicelur dulu sebelum dimakan jadi memang tak berisiko tinggi sebab oxalic acid tu dah berkurangan. Macam orang masak daun ubi kayu kita celur dulukan. Makan bayam pun biasanya orang kita tak makan mentah selalu dimasak ala-ala sup. Kalau makan kubis mentah macam coleslaw tiap-tiap hari pun bukan amalan pemakanan yang baik (lebih-lebih lagi ada mayonnaise tu).  Kalau was-was makanlah sayur masak bukan mentah. Kalau yang tinggi Oxalic Acid tu boleh juga makan mentah tapi janganlah dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Sikit-sikit jelah. Yang terbaik ialah kita ganti-gantikan sayur yang dimakan lain-lain selang beberapa hari. Tukang kebun pun bukan tiap-tiap hari makan Ginseng Jawa, paling banyak pun seminggu sekali dua je. Tukang kebun ni jenis tekanan darah rendah jadi tak boleh tiap-tiap hari berterusan makan Ginseng Jawa sebab Ginseng Jawa ini dapat menurunkan tekanan darah. Mereka yang tekanan darah tinggi bolehlah usaha nak turunkan tekanan dengan masukkan diet dalam seminggu 2~3 kali makan Ginseng Jawa.

 Lagi satu tips ialah kandungan Oxalic Acid semasa tumbuhan itu muda biasanya kurang berbanding bila ianya sudah tua dengan rasa pun dah berbeza sambil membesar. Kalau sayur makin menua kadang kala akan rasa makin pahit menunjukkan kandungan Oxalic Acid juga makin meninggi. Nak lebih selamat bolehlah petik daun yang muda untuk menjadikan ulam mentah. Sebab tu orang ambil sayur yang sebagai ulam ialah pucuk-pucuk muda sebab kandungan Oxalic Acid juga kurang berbanding dengan yang daun tua.

  Hari Selasa lepas tukang kebun bersihkan Petak F sambil tu tuai ubi bemban dan sayur manis di situ. Pokok-pokok ubi bemban di tanam semula di Petak F tapi ruang yang berbeza.
 Our panther yang baru buka mata. Ralit main anak kucing dah members Kebun Bahagia Bersama ni.

6 ulasan:

nasa mulia berkata...

Diana, orang macam saya kurang sesuai kot kan makan ginseng jawa ini...lagi bertambah2 selera yang sentiasa membuak-buak.

@na berkata...

betul la diana, nenek moyang kita dulu bijak w'pun tak belajar tinggi...satu lagi contoh:
bila masa nasi mereka akan buang air nasi yang mendidih, dan biarkan kering & masak...dan,
cara ni dah disahkan dapat mengurangkan kanji dlm pengambilan nasi..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Diana
Sy Dah terima kiriman semalam..ada yg sy Dah alih boh dlm pasu.rupanya gardenia pula xdpt pasu...nmpk gaya kena p cari pasu pula weekend dpn.mcm biasa,mesti dpt freegift.hihi..terima kasih byk2 Kak Diana.masa p ambil kiriman kak Diana dirumah mil, sil yg slalu juga beli benih dr kbb, ada balik sbb cuti sekolah.so dia pun excited juga la dpt tau sy shopping kat akak..sil sy dok sepang..
-nyza sg petani

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
wah macam2 resepi kak Diana create ya, ginseng jawa pun boleh buat goreng belacan, nampak sedap! Terima kasih atas perkongsian resepi, InshaAllah akan Julie try masak!

Normala Saad berkata...

Dah bertahun-tahun tak nampak pokok akar som ni. Dulu tumbuh merata satu kampung, buang2kan. Nah, sekarang pupus lansung kat rumah..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Hehehe kalau orang nak naik berat eloklah makan ini ginseng jawa rasa nak mengeteh kunyah je.

Salam Bahagia @na,

Betul tu sekarang ni masak dalam nasi periuk automatik kita dah lupa nak praktik buang airnya.

Salam Bahagia Nyza,

Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.

Good Luck pot hunting nak pindahkan gardenia itu nanti.

SIL duduk Sepang ya, yang mana satu ya takut silap orang kena bagi hint nama mula dari apa hehehe....

Salam Bahagia Julie,

Sedap buat goreng belacan tau! Tak kalah dengan kangkung.
Cuba-cubalah dear.

Salam Bahagia Kak Mala,

Opppss dah merajuk gaknya ginseng jawa tu hehehe...takpe boleh tanam lagi.