No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 24 April 2015

Angsa Bahagia Bersama

  Salam Bahagia. Tuan Tanah dan Big Boss balik Kebun Bahagia Bersama petang semalam. Biasalah dah berbulan tak jumpa mama dan papa semua bermanja-manjalah. Dah 3 anak pun masih nak duduk bawah ketiak mama. Big Boss pun pertama kali tengok si Panther. Comel katanya patutlah anak dara mama seorang tu sampai patah gigi depan geram sambil bermain tengok si Panther ni. Hilanglah seri dengan berjenaka, sebab adik kata nampak ada serupa si Panther di kedai harga nak seribu, mama kata kalau adik jual Panther setengah harga bolehlah buat gigi. No you don't, Panther is officially along yang punya.
  Petang kami beriadah di luar laman, Big Boss dan Tuan Tanah sebenarnya excited sangat tengok kami dah berjaya dapatkan sepasang anak angsa secara pengeraman semula jadi. So this is  Angsa Bahagia Bersama family punya reunion. Esok anak angsa Momo and Koko pun dah nak masuk 2 minggu umurnya. Angsa yang sihat elok bagi mereka makan banyak rumput. Tapi Tukang Kebun selalu nak kena keep on eye bila angsa dewasa diberikan happy hour main area frontyard. Sebab paling mereka suka nak makan tumbuhan-tumbuhan air Tukang Kebun dengan rakusnya. Sekelip mata boleh togel dikerjakannya kalau tak tengok gerak geri mereka.
 Agaknya excited kut dapat jumpa anak-anak mereka, si Kuning tiba-tiba dengan rela hati bagi chance dekat Tukang Kebun peluk dia pula. Pertama kali Tukang Kebun dapat peluk si Kuning ni. 
  Sekarang ni pokok nangka dah berbuah semula di Kebun Bahagia Bersama. Tangkai yang banyak buah, bolehlah ambil beberapa buah nangka muda untuk dibuat sayur. Kalau banyak kongsi buah-buah nangka setangkai, nak buah yang besar elok tinggalkan hanya 1~2 buah kongsi setangkai je. Tiba-tiba teringin nak makan udang galah masak lemak campur nangka muda. Bahannya cuma bebawang dan udang galah je nak kena beli, lain dari kebun sendiri macam santan dan buah nangka muda. Syukur Alhamdulillah. Jimat banyak. 
  Sebelah malam, tukang kebun temankan Tuan Tanah dan Big Boss ke pasar malam. Yalah makanan di Sabah dan rasa berbeza dengan di Semenanjung Malaysia jadi macam-macamlah mengidam. Hati terasa hiba tengok raut-raut wajah yang mencari rezeki menjual secara kecil-kecilan. Dengan adanya GST 6% kesannya sangat mendalam untuk peniaga-peniaga kecil dan pengguna-pengguna lebih lagi sumber pendapatan sekeluarga kurang daripada RM3000 sebulan. Terutamanya Ibubapa yang mempunyai lebih dari 3 anak sedang bersekolah pasti akan terasa bila GST 6% sudah dilaksanakan.

  Jika peniaga kecilan contohnya menjual makanan naikkan harga, pengguna pula akan boikot. Jadi ada sebahagian pun memang tak berani nak naikkan barang walaupun mereka terpaksa mengeluarkan modal lebih banyak sekarang dengan harga yang sama sebelum GST 6%. Ke pasar kali ini bersama Tuan Tanah, lebih membuka mata Tukang Kebun kepada keperitan kesan GST 6% kepada ramai orang. Kebetulan kami membeli di gerai laksa yang selalu Tukang Kebun singgah beli, terkedu Tukang Kebun apabila pakcik di gerai itu menyapa Tuan Tanah bertanya; "Lama tak nampak abang sekarang, sudah lama berdiam". Pertama kali Tukang Kebun tengok raut wajah pakcik gerai laksa itu menunjukkan wajah yang sedih seperti dalam keperitan cuba tabah dengan situasi perubahan di dalam tanahair sekarang. Sesungguhnya kami faham mendalam maksud pakcik gerai laksa itu. It was really sad cos I knew this is a man not usually show his true emotions. Berapa kali dia sebut dekat papa, abang diam je sekarang. Untuk menenangkan perasaan pakcik gerai tersebut, terpaksalah Papa balas, abang sekarang tak duduk sini, dah lama duduk di Sabah.

  Bukan sahaja pakcik gerai laksa yang asyik bertanya dekat Papa, lama diam je. Peniaga-peniaga gerai di pasar malam yang mana kenal wajah Papa semua bertanya soalan yang sama, semuanya ada makna tersirat. Pertama kali papa balik ke Semenanjung Malaysia sejak ada GST, semuanya bertanya lama Papa mendiam. Sebelum ini ke pasar, soalan yang biasa menegur Papa ialah khabar kesihatan. Kali ini ramai memberikan maksud mendalam untuk Papa kembali bersuara untuk pihak pengguna. Bila Tukang Kebun perhatikan raut wajah mereka amat berlainan sebelum GST 6% banyak keperitan di situ bila diteliti.

  Hiba hati Tukang Kebun ramai menderita dengan dasar kerajaan sekarang. Lama sudah hati ini hiba bila setiap kali terkenang menghitung nak beli barang, bukan diri sendiri Tukang Kebun fikirkan. Tapi terfikir nasib ibubapa lain yang mempunyai tangunggan lebih banyak dan sumber pendapatan sekeluarga yang lebih kurang daripada kami lebih perit mereka terasa. Lepas kami makan malam semalam pergi melawat atuk dan nenek di Kepong, Atuk pun kata terkenangkan mereka yang mempunyai lebih 4 anak nak kasi membesar apalah nasib mereka dengan adanya GST ini. GST ini akan menganiayakan golongan sumber berpendapatan rendah kerana tiada pengecualian. Berat bahu sendiri memikul lebih ramai ada yang lebih berat bahunya hendak memikul. Bila Tukang Kebun tengok papa bila dia membalas pertanyaan Tukang Kebun what's is going on? "Ramai mengharap there will be someone to champion for them. A consumer champion." I wonder how he copes with all the expectation on his back. Semoga lahirnya ramai yang berani untuk bersuara for what is right.

 Sorry I want to speak up what is on my mind. I believe in freedom of speech.

6 ulasan:

Hayyat berkata...

Seronok tengok reunion macam ni...tumpang excited.

Apa yang Diana ulas tentang kesan gst kepada lower income group memang benar. Yang kita mahu lihat ialah hasil gst tu kembali kepada rakyat segera.... My wish it will end soon.

Unknown berkata...

Berani juga anak Tukang Kebun rapat dengan angsa ye? saya ada sejarah disodok.. haha

Zalim sangat keadaan sekarang ni, even nampak macam tak nampah kesusahan org yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. terasa sangat.

Tak habis gst, naik isu kwsp.. dunia²

Nasa Mulia berkata...

memang kesian.....tapi nak cakap2 lebih pun tak guna, terpaksa tiada pilihan.

Tanpa Nama berkata...

It is the opportunist that we should fight...right from the manufacturers, retailers and business owners...they are the one who really benefitted from this GST and I believed they are the one who make the big huha on this..to cover up their own doing at the expense of the people...kak nor

Neny berkata...

I feel you diana...sgt sedih memikirkan nasib mereka yg berpendapatan rendah tapi takde pilihan kena juga membayar lebih utk GST. Hidup yg susah semakin susah. Apa2 pon kita doa banyak2 semoga akan ada jalan penyelesaian dalam isu ni.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Hayyat.

Yes wishing it will end soon.
Cos we're not formally a modern country yet still a developing country.
Wages are not that very luxurious for many citizen.
It will only makes crime rate goes higher jika ramai kesempitan.
I bet corruption will also get worst.
Malulah jadi rakyat dalam negara orang cop banyak corruption.

Salam Bahagia Jazzeyra.

Kalau anak angsa ni bolehlah lagi cute cute nampaknya mereka nak bermain.

Itulah terjadi jika ramai yang born in silver plate menjadi pentadbir tak pernah merasa kesusahan rakyat di bawah golongan pertengahan yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Yang tak setuju pula ramai tak berani nak bersuara takut kena gulingkan.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Pilihan sentiasa ada nanti InsyaAllah, bukan suka-suka pemerintah nak jadi pemerintah.

Salam Bahagia Kak Nor.

This what happened with no thorough research has been done, opportunist will rise and take the chance.
Only GST has been implemented. But no action has been taken at the opportunist.

Salam Bahagia Neny.

InsyaAllah ada jalan penyelesaian. Lagipun kadangkala kita lupa negara kita adalah democracy dan bukan dictatorship.