No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 21 April 2015

April 2015 3rd Weekend

 Sebelum Tukang Kebun buat catatan weekend chores baru-baru ini, nak kena bagi report dulu kepada penerima-penerima pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang telah dipos semalam kandungan dalam kotak yang InsyaAllah bakal diterima hari ini. Goodies minggu ini yang di dalam kotak adalah Buah Kuning telor, nam nam, terung pipit, lemon tahiti dan limau kapas. Lemon Tahiti lebih bulat bentuknya berbanding dengan limau kapas.
 Untuk bekalan dapur juga seperti asparagus, sayur manis, kelapa tua santan dan betik dituai. Slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu depan dah fully reserved. Kami buka booking slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk awal bulan Mei. Seperti biasa goodies utama ialah Buah Kuning Telor (l kilogram) dan campur dengan fresh harvest of the day di Kebun Bahagia Bersama ikut musim buah. Setiap minggu kerap juga enquiry nak buah nam nam sahaja tetapi buat masa ini Kebun Bahagia Bersama tak terima. Biar adil ikut giliran ikut fresh harvest of the day dibahagi-bahagikan setiap minggu. Kebun Bahagia Bersama Team Members pun boleh buat kerja dengan lebih efficient. 

  Reservation Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk bulan Mei jumlah kandungan berat hampir 2 kilogram (RM7) tambah Shipping Cost dalam Semenanjung Malaysia via Pos Laju (RM14). Jumlah 1 pek RM21. (Pesanan boleh hantar email to kebunkmg@gmail.com).

  Mari kita buat estimation jumlah belanja sebenar jika dibeli di pasar untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama; 1 kilogram kuning telor (Harga Tamu Kundasang RM12.00 sekilogram); 5 biji Nam Nam (Harga Pasar Semenanjung Malaysia RM5.00 sepiring); Terung Pipit (RM1.00sepiring), Harga Limau/Lemon (>RM2.00). Jika melangkah ke luar guna petrol maka belanja anda akan lebih RM20. Pesanan dari Kebun Bahagia Bersama tunggu posmen tolong hantarkan. Harvest dari Kebun Bahagia Bersama tidak menggunakan peraih atau orang tengah terus ke tangan anda all organically grown. 
 Sabtu lepas mulalah projek kelam kabut mengemas sebab Tuan Rumah dan Big Boss akan balik Rabu ni. Sambil Tukang Kebun potong rumput di keliling rumah, dearest husband pruning pokok belimbing besi dan mata kucing berdekatan pagar depan. Kemudian sementara Tukang Kebun pruning pokok cempaka putih, dearest husband pula tolong habiskan kerja potong rumput di bahagian depan dapur. Sebelah petang pula, dearest husband sembelih 2 ekor ayam daging. Hari Sabtu langsung tiada ambil gambar banyak sangat benda nak selesaikan.
  Hari Ahad pula sementara dearest Hubby pruning pokok asam gelugor sebelah parking kereta, Tukang Kebun pula pruning pokok Thailand Powderpuff (info klik sini). Lebah memang sukakan pokok bunga ini.
 Kemudian sudah selesai task yang nak dibuat di depan, dearest husband potong rumput sedikit di kebun belakang sementara Tukang Kebun sibuk sorting senarai goodies yang perlu dipos esok seperti keratan mulberry dan anak-anak pokok. 
 Dah panas sangat rasa nak terjemur potong rumput, dearest hubby pruning pokok rambutan pula. Sambil perhati hubby pruning, itik-itik seronok bermain air berdekatan. Seronoklah hujung minggu bebas bermain di luar. Sehingga hujung minggu ini di dalam Kebun Bahagia Bersama ada 38 ekor itik.

5 ulasan:

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
sedapnya tengok buah kuning telor tu..Itik2 tu geram Julie tengok, seronoknya itik2 tu berenang..

Kakzakie berkata...

Bila outing harapkan maid boleh jaga semua yg ditinggalkan itu ke Dee. Itik-itik lagilah dah besar semuanya..

We Linnasya berkata...

Kuning telur dan nam nam berbuah sepnjg tahun atau musim?

DS berkata...

Salam tuang kebun,nak tya rasa buah kuning telur ni ada iras2 buah mangga ke...terliur pulak tgk ;)

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Panas-panas ni tengok diorang berenang, kita pun rasa nak berendam.

Salam Bahagia KakZakie.

Outing lama-lama tak dapatlah KakZakie.
Kalau yang dah over 3 months dah setiap siang berjalan di kebun kami lepaskan je mencari makanan sendiri bila tuannya tiada beberapa hari. Kalau 2~3 hari takde, kena pastikan yang masih kecik duduk kurung dalam reban makanan dan minuman bila tuannya takde mencukupi. Kelapa pun mesti dibelah banyak berderet jadi sumber makanan mereka.
Itik-itik ni by the time raya rasanya dah boleh dibebaskan sepenuhnya. Cuma tawakal mereka survivor boleh larikan diri dari biawak dan musang.

Salam Bahagia We Linnasya,

Kuning Telor dan nam nam boleh berbuah sepanjang tahun.
Cuma pembentukan buah akan effect tengok taburan hujan bagaimana. Kalau nak semua positif kena rajin siram bila hujan tiada. Cuaca tahun ini tiada masalah.

Salam Bahagia DS.

Buah kuning telur ini rasanya lain sungguh dengan buah mangga.