No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 29 April 2015

Pink Flush Portulaca

  Salam Bahagia semua minta maaf cuaca minggu ini sedap buat kerja dekat luar jadi Tukang Kebun banyak meluangkan masa di luar semenjak kebelakangan ini jadi snail mail reply ya. Kalau yang memakai yahoo email kekadang bermasalah tak sampai ke Tukang Kebun. Harap cuba hantar email lagi sekali kepada Tukang Kebun ya. Cuaca yang kurang panas berbanding minggu-minggu lain memudahkan kerja propagation. InsyaAllah bulan depan ada beberapa jenis pokok-pokok citrus akan boleh kami release dari kebun kecil kami untuk yang berminat.

  Hari ini mari kita cuci mata tengok Ros Jepun jenis Pink Flush. Kembang selapis berwarna putih tapi ada kena colek berwarna merah jambu. Jantung tengahnya berwarna kuning. Kalau diamati betul dari jantungnya seakan keluar tangkai bunga kecil berwarna putih macam sifat bunga pokok naga pun ada. Kalau dalam kategori Ros Jepun ini saiz diameter bunganya ialah jenis besar. Lebih besar dari duit syiling lama 50 sen. Duit syiling baru sekarang tengok 20 sen dan 50 sen pun Tukang Kebun masih keliru. Daunnya jenis jejarum.

~ Portulaca Pink Flush ~
1 bekas RM7.00 (kebunkmg@gmail.com).
  Syukur Alhamdulillah minggu ini tumpang bahagia tengok bunga-bunga matahari hasil perkongsian dari kebun Eira di Kuala Lipis (related posting klik sini) kembang mekar di kebun Kak Has di Tanjung Malim, Perak.
 Terima kasih Kak Has sudi kongsi-kongsi gambar menceriakan urusan hari ini.

4 ulasan:

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Cantiknya bunga ros jepun tu...rindu juga dgn bunga ni...dah pupus pun jenis ni dr laman rmh Julie huhu...

@na berkata...

sejuk mata tengok pink flush portulaca ka atas tu... so sweet
miss sunflower, nak kena tanam balik ni...

suka suka berkata...

K Mar nak 1 bekas...

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Ros Jepun ini yang kekadang TUkang Kebun malas nak jaga sebab nak kena rajin-rajin semai semula supaya tak pupus. Tapi bila merimbun seronok nak tanam balik.

Salam Bahagia @na.

Tanamlah semula sunflower @na untuk raya ni.

Salam Bahagia Kak Mar.

Tukang Kebun ada simpankan untuk Kak Mar.