No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 31 Julai 2016

Kacang Tanah Harimau

   Hari ini Tukang Kebun nak update stok segar biji benih kacang tanah kampung dibranded harimau ada dalam senarai semula di catalogue Kebun Bahagia Bersama. Kacang Tanah Harimau ini juga dikenali sebagai Kacang Tanah Pulut. Jenis Kacang Tanah Pulut ini adalah kegemaran jenis kacang tanah kampung yang Tukang Kebun suka sangat bila direbus. Terutamanya bahagian dalam yang selaput setelah kulit kacang itu boleh dimakan rasa lemak betul Bukan sahaja isinya yang sebutir-butir sahaja yang sebelum dimasak kacang tanah mentah matang berwarna berkulit putih dan berbelang-belang merah. Tapi seperti gambar di atas ada nampak selaput keputihan di kulit kacang. Bahagian itulah lepas direbus sedapnya dikikis makan juga lebih-lebih lagi yang belum matang betul.
  Jika ada rezeki untuk yang berminat nak rasa kacang tanah kampung tempatan yang bukan dari Tanah Besar Cina, InsyaAllah kami boleh bekalkan pada pertengahan bulan Ogos 2016. Jenis belum pasti lagi yalah kulit semua warna sama sahaja selagi tidak digali dan dikopekkan (Maybe jenis taragang/tadong/harimau not sure which one). Kulit kacang pun tak proper bersihlah ada tanah-tanah juga macam dalam gambar. Tukang Kebun tak nak cuci betul-betul sebab sekarang musim hujan susah nak kering ambil masa nanti lagi tak tahan lama. Elok biar tanahnya kering sendiri dan ketuk-ketuk ja biar tanahnya jatuh. Pastu spread dekat upih. Jangan disimpan dalam plastik nanti berkuap. Kalau tak kering betul nanti dia mudah berkulat. Jadi simpan di tempat kering supaya tahan juga berbulan-bulan. Boleh dipos. Yang self-collect hanya pada 20/21 hb Ogos 2016. Untuk kacang tanah tempatan open reservation sehingga 11hb Ogos 2016.

~ 1 kilogram kacang tanah segar RM12.00 (limited reservation only)~
  Sebelum direbus cuci-cucilah dulu ya sebersih mana dan rajin yang boleh dengan air. Biasanya Tukang Kebun rebus lama juga nak biarkan empok isinya, biasanya sampai tambah air sekali lagi bila dah hampir kering air rebusan asal dan biarkan hampir kering airnya sekali lagi. Nak rasa lemak-lemak campurkanlah dengan garam sikit masa merebus.

  Jika ada nak merasa tanam kacang tanah sendiri juga boleh. Tak susah pun bijinya nak bercambah. Cuma berhati-hati ya walaupun bijinya besar jangan rendam dalam air sebelum disemai. Elakkan style rendam biji benih dahulu sebelum disemai untuk biji benih kacang tanah. Takut mudah reput dan berkulat kemudian biji benihnya sambil ada pertumbuhan yang akan menyebabkan anak pokok mati. Keperluan air dan makanannya sederhana sahaja. Baja jangan berlebih dibaginya. Cahaya matahari nak banyak.

~ 1 pek anggaran 20 biji benih kacang tanah harimau RM3.00 ~


  Pertumbuhan kacang tanah ini ada peringkat ianya akan menghasilkan bunga-bunga comel yang berwarna kuning. Kemudian selepas musim bunga kacang tanah akan terbentuk sulur-sulur seperti gambar di bawah. Bila dah nampak banyak sulur-sulur ini keluar dan terbenam ke dalam tanah elok timbus dengan tanah buat bukit dekat bahagian bawah  pastikan semua sulur-sulur kacang ini dalam tanah. Bahagian inilah yang akan menghasilkan buah-buah kacang dalam tanah. Ini peringkat kena rajin timbunkan tanah buat batas macam berbukit supaya semua sulur yang terdedah tertimbus dengan tanah. Kalau tiada faktor yang tidak diduga biasanya pokok kacang tanah akan mula nampak macam nak habis riwayat bila buah-buahnya dah mula matang di bawah tanah itu.
  Gambar di bawah, contoh kacang tanah harimau setelah direbus. Enaknya makan kacang tanah harimau panas-panas baru lepas direbus pada musim hujan ini waktu teatime. Berebut-rebut satu keluarga menikmatinya, permata-permata hati pun leka nak kopek sendiri makan. Bagus sekali-kala diberikan protein dari jenis tumbuhan untuk pembesaran mereka. Kalau kacang tanah kampung bukan Genetically Modified Organism (GMO-penyebab pelbagai allergy) jadi tak khuatirlah nak tambah dalam diet anak-anak. Berikanlah mereka pengalaman nak rasa true flavor of kacang tanah bukan asyik peanut butter sahaja.

12 ulasan:

Norish.NN berkata...

Sedapnya kcg rebus. Suka yg ade 3biji ni..unik...

Suzie berkata...

bestnya....kecik2 dulu akak mmg mkn kacang tanah yg ditanam tapi tak tahu dr mana arwah mak n abah ambil benih...

norhidana miswan berkata...

peberet nih kak kacang tanah rebus.... msti manis2 gitu

kt psr mlm ada sorang pakcik tu jual kacang tanah rebus n kacangnya bersih segar sbb warna putih bkn kuning mcm kebiasaan yg kita nampak org2 jual...

Nooriah Abdullah berkata...

Salam diana
Akak mcm nk beli je benih kacang tanah harimau tu
Ke diana jual jugak utk yg direbus
Boleh ke dihantr sampai ke brunei ni ye
Bestnya kaluu dpt ditanam dan dimakn jua

Normala Saad berkata...

gemuk2 isi kacangnya Diana..mesti manis punya...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Ya yang jenis kacang tanah harimau ini average memang isinya dalam 3 butir.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Dulu senang nak dapat fresh kacang tanah jual di pasar.
Tapi dalam Lembah Klang ni dah sukar nak dapatkan.

Salam Bahagia Dana.

Ya lagi segar lagi lemak manis.
Ya yang dah lama rebus lama tu boleh jadi warna kekuningan kan.

Salam Bahagia Kak Noor,

Syukur Alhamdulillah dah dapat dah Kak Noor merasa kacang tanah harimau rebus ini.
Rasanya di Brunei pun ada jual di tamu.

Salam Bahagia Kak Mala.

Memang manis Kak.
Semua generasi dalam rumah ni berebut makan.

eta berkata...

Saya berminat nak beli benih kacang tanah untuk ditanam. Macam mana nak order? Saya tinggal di Shah Alam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Eta.

Boleh order email ke (kebunkmg@gmail.com).
Masih ada lagi benih kacang tanah harimau.

Nizam berkata...

Salam, kalau saya nak beli kacang tanah mentah /segar 3kg. Dan saya nak beli biji benih kacang ni 1 pek. Nak merasa jadi penanam kacang pulak.... Boleh diuruskan? Terima kasih

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nizam,

Benih kacang tanah ada fresh stock,
Tapi kalau nak yang mentah kena confirm order dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. benih kacang tanah ni masih adakah?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kacang tanah ini kami masih bekalkan.
Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk pesanan.