No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 26 Januari 2019

The Most Beautiful Trail 2018

 Tak sangka dah masuk tahun 2019 dan tanpa disedari dah 2 bulan tak update blog. Jenguk juga tak kesempatan rasa tak cukup je sehari 24 jam mengurus kehidupan seharian. Anak-anak pun semua dah bersekolah termasuklah Abby yang tahun 1 sudah. Syukur Alhamdulillah banyak pengalaman baru diperolehi pada tahun 2018, moga tahun 2019 juga dimurahkan rezeki kesihatan dan lain-lain. Ini baru berkesempatan nak bercerita kisah kami bertiga - Tukang Kebun, papa Abby dan Ilhan menyertai Ultra Trail yang The Most Beautiful Trail 2018 (TMBT 2018) di Kota Belud awal September tahun lepas.
 Memandangkan kami bertiga pun baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti sukan ultra trail ini awal tahun lepas, jadi kami masuk yang beginner level saja la dalam 12km. Starting point di Kampung Lingkubang, Kota Belud dan tamat di Kampung Tambatuon, Kota Belud. Oleh itu, kami menginap di Tagal Kampung Lingkubang (related posting klik sini) 3 hari 2 malam. Sementara kami buat ultra trail, Abby dan Rayyan duduk di bilik dan dipesan jangan ke sungai tunggu je sampai balik. 
 Sementara menunggu masa untuk bermula acara larian, orang lain buat warming up, Ilhan pula sibuk main-main dengan belalang yang jinak dengannya. Tukang Kebun pula kagum tengok banyak jenis dan bilangan lebah mencari makanan di kawasan belukar.
 Kali ini acara yang 12 km dan 30 km bermula serentak. Jadi sesak pula awal-awalnya semua bergerak jalan-jalan sama. Siapa yang laju mereka pecutlah ke depan dahulu. 
 Bila dah mula bahagian mendaki cerun mulalah semua terfikir siapa lah suruh seksa badan sendiri. Sudahlah kena bayar penyertaan mahal.Masa ni memang dah tak nampak kelibat si Ilhan. Papa Abby terpaksalah meneman mama Abby bagi dorongan.
 Sambil jalan-jalan seronok tengok kebun-kebun orang. Ni tanah baru dikemas dan dibakar untuk buka tanah mulakan pertanian. Subur tengok pokok ubi kayu jejari ni yang pucuk ubinya sedap dicelur dan dimakan dengan tempoyak atau buat gulai. Yang berminat untuk tanam pokok jenis ubi kayu ini, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratannya.

~ 7 keratan ubi kayu pucuk ubi jejari panjang RM5.00 ~

Self-Collect Day:

~ 26th/27th January 2019 or 2nd February 2019 10:00~ 10:30 AM morning in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh ~
 Awal-awal sampai check point satu banyak berjalan atas jalan tar, lepas check point satu dah mula masuk kawasan kebun orang atau jejak tanahlah. Banyak juga trail ni berjalan merentas sungai guna jambatan gantung. Termasuklah kena buka kasut merentas sungai kalau tak nak kasut dan stokin basah.
 Lama tak tengok pokok koko dengan buahnya bergayutan di pokoknya. Seronok berjalan dekat The Most Beautiful Trail ini macam-macam sudut Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu bersama gunung-gunung lain kelihatan.
Hahaha...kena bekerja keras kecilkan badan semula, semua ahli keluarga asyik komen. Cuma kali ini pertama kali rasa serik juga berlari masa musim panas kemarau ini. Di antaranya Tukang Kebun beberapa kali kena sengat dengan lebah sambil berjalan-jalan mungkin sebab tertarik dengan peluh-peluh yang keluar dari kulit Tukang Kebun ini. Lain kali kena pakai lengan panjang. Sakit gatal berdenuyut-denyut juga lah kena sengat beberapa dekat kepala lagi pun banyak tu.
 Geramnya tengok buah-buah durian ni boleh dicapai pegang dengan tangan sahaja dan lebat buahnya. Kalau sekadar nak jalan 12km tu rasa boleh tahan lagi cuma yang amat mencabarnya adalah bila dah matahari makin naik dalam cuaca baik boleh terasa panas teriknya juga di atas kepala ni. Boleh buat rasa nak muntah bila kepala dah overheating. Ramai jugalah peserta mengomel kenapa kick off mula tak buat lebih awal lagi. Tapi itulah bahagian cabarannya selain singkatan TMBT untuk most beautiful sebab pemandangannya ia juga nickname dengan The Most BRUTAL Trail (TMBT).
Pelbagai tanaman juga ditanam bersama-sama dengan pokok-pokok padi huma. Syoknya lah kebun orang ni boleh nampak puncak Kinabalu.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga sampai di garisan penamat tanpa apa-apa kecederaan serius. Tukang Kebun sempat jugalah sampai setengah jam sebelum Cut Off Time (COT) bolehlah dapat finisher medal. Itu pun nak dekat 2km dekat garisan penamat, mental Tukang Kebun pun dah agak nak putus asa sebab rasa macam tak sempat je lagi nak habiskan rasa nak je suami kesayangan kasi tinggalkan je suruh dia sorang-sorang kejar sempat sampai sebelum COT. Itupun ada juga peserta veteran wanita yang jalan sorang kami terserempak dah macam Tukang Kebun dah terduduk rehat mau give up juga tak tahan dengan panasnya. Hubby Tukang Kebun ajak mari sempat lagi ni mari kita sama-sama jalan habiskan dalam kumpulan. Yang jadi lucu bila dah nampak dari seberang sungai nak sampai garis penamat. Kami tersilap gara-gara main ikut je yang jalan paling hadapan nak buka kasut terus seberang sungai. Yang nampak kesilapan kami nasib baik berteriakan, bukan sini, sana depan sikit seberang ada jambatan bukannya sungai...hahaha...kelam kabut pasang kasut balik mengejar baki masa yang ada.
 Di garisan penamat di Kampung Tambatuan, Kota Belud yang istimewanya ialah menghadap Gunung Nungkok. Kesian Ilhan dah lama sampai menunggu maknya 2 jam lebih, orang tertanya kenapalah budak ini lama benar masih menunggu yang dah lama sampai pun dah lama balik. Macam tu lah gayanya kalau acara larian ni speed Ilhan dua kali ganda dari maknya terpaksalah menunggu hehehe...badannya ringan senang nak membawa terbang berlari...maknya kena burn banyak lemak terkumpul beranak tiga hahaha...Papa Ilhan pun walaupun laju dari Ilhan terpaksalah rekod jadi buruk sebab meneman bini yang macam kura-kura.
 Gara-gara mama Ilhan punya pasal bila papa Ilhan nak register untuk 30km Borneo Ultra Marathon 2019 <BUTM 2019>(yang berminat klik sini for more info) kena pertikaikan larat ke tidak sebab tengok latest record Racematrix. Terpaksalah papa Ilhan bagi reference larian-larian lain punya rekod hahaha...Kali ini Ilhan juga akan sertai BUTM 2019 lari sama-sama dengan papa Ilhan jarak 30km. Pada mulanya 30km kena umur 15 tahun ke atas. Memandangkan Ilhan pun baru masuk tahun 6, lepas kami mohon berikan peluang berlari 30km dengan supervision parent, syukur alhamdulillah pihak penganjur bersetuju turunkan limit umur untuk 30km. Lagipun rekod larian Ilhan lari TMBT 2018 ok juga lah sebab dalam kategori Men Open bawah 40 tahun, Ilhan berjaya sampai orang yang ke-19. Kemudian keseluruhan peserta lelaki no. 25 dan overall jumlah peserta larian 12km no. 37. Next larian Borneo Ultra Marathon 2019, kali ini kami cuba sertai si Rayyan yang 9 tahun pula. Sebab tahun 2019 ini jaraknya singkat 9km berbanding tahun lepas 12km (related posting klik sini).
 Kisah lucu larian ultra trail kali ini bagi kes Ilhan ialah masa dia berhenti rehat tambah semula energy makan snack chocalate bar. Gigi susu Ilhan yang bergoyang jadi nak tercabut dah sebab gigit benda keras. Kebetulan ada orang dewasa muda berehat lari seiring dengan pace Ilhan masa tu nampak kenapa macam resah lain macam lak budak sekolah ni bertanya kenapa dik? 

Ilhan: Gigi nak tercabut
Adult Runner (@ tooth fairy): Semangat dik cuba cabut perlahan-lahan (sambil tepuk-tepuk belakang Ilhan bagi semangat)

Ilhan lepas berjaya cabut gigi susu sendiri, terus sambung lari semula.
Kalau Tukang Kebun jadi tooth fairy pun tak sangka dalam ultra trail ni ada kes juga kena teman budak sekolah cabut gigi susu sambil berlari dalam kebun orang. Lepas tu dahlah budak sekolah rendah ni yang sampai pula dulu kat garisan penamat.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang ambil berat peka dengan Ilhan yang berlari-lari maju ke depan sorang-sorang tolong tengokkan juga keadaannya, risau juga sebenarnya parents si Ilhan yang tak terkejar.

3 ulasan:

Normala Saad berkata...

Lama tak keudara Diana.
Cantik pemandangan kampubg.

meintheswim berkata...

Lari hingga terkeluar gigi :)) tetapi semangat tetap kental!
kami yang terlebih senior ni biasa lari sampai gelap mata:))

Pemandangan sangat cantik. Bertuah orang orang di kawasan itu kan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Kampung ni memang terkenal dengan home stay bersama beri peluang kepada pelancong sama-sama menuai padi.

Salam Bahagia Auntie,

Betul tu mak Ilhan dah rasa gelap mata makin nak sampai penamat tu...nasib perut kosong kalau tak semua terkeluar dari mulut.