No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 27 April 2013

Tuaian Today ~ Biji Benih Bendi Kampung

 Setelah hampir sebulan bercuti dari turun kebun, pokok-pokok bendi yang berbuah semasa ditinggalkan , banyak buahnya sudah kering untuk dibuat biji benih dan dituai hari ini. Pokok-pokok bendi ini dari biji benih yang dikumpul sudah banyak generasi tumbuh di kebun kami. Pokok bendi kampung ini kebiasaanya hidup bahagia sekiranya diberi 6 jam direct cahaya matahari. Pokok bendi memang sukakan cahaya matahari dan antara pokok yang tahan dengan cuaca musim panas. Kalau ditanam tempat kurang cahaya matahari atau redup, pokoknya kadangkala terbantut atau tidak besar dan tinggi. Biji benih bendi kampung yang dituai kali ini adalah pokok-pokok dari biji benih yang disemai dari biji benih yang dikumpul Disember lepas (sama dengan biji benih bendi kampung yang ditawarkan Disember lepas sudah kehabisan stok). Disebabkan petang di Sungai Buloh selalu hujan, mengisi masa dengan membersihkan tuaian bendi untuk biji benih petang tadi.
 Ketika minggu yang cerah, buah bendi kampung ini perlu dituai selalu dalam 2~3 hari sebab buahnya cepat sahaja membesar. Bentuk bendi yang kena cahaya matahari adalah lebih cantik dari kawasan yang redup. Buah bendi yang terkena cahaya matahari tumbuh memanjang dengan cepat berbanding dengan buah bendi yang kurang menerima cahaya matahari walaupun bunganya mekar pada hari yang sama. Baka biji benih bendi parents pokok-pokok bendi yang dituai kali ini sangat mengejutkan, tumbuh tinggi dari pokok-pokok jagung disebelahnya. Ada juga pokok yang tinggi sekurang-kurangnya 180cm sampai tukang kebun tak dapat nak tuai buah bendinya, jadi dibiarkan sahaja untuk biji benih. Kali ini persiapan untuk menanam bendi adalah dengan tanah yang sudah dicampurkan baja kamping dan baja kompos sebelum anak bendi dipindahkan. Selepas itu, tukang kebun tidak pernah beri baja kepadanya lagi, memadai dengan persiapan tanah dahulu.
 Balik-balik tengok kebun, terasa seperti 2 tanduk macam buah bendi kampung ini keluar dari atas kepala. Tension menengok kebun dibiarkan oleh tukang-tukang kebun yang diamanahkan jaga kebun macam hutan belukar sampai dah tak nampak apa tanaman. Sampai buah-buah alpine strawberry yang dimasak pun tak dipetik kasi tukang-tukang kebun kecil. Nasib juga buah-buah mulberry banyak yang ranum dipetik dan tak termakan ada dituai simpan dalam peti ais. Adalah juga nampak tukang kebun Rayyan keluarkan sendiri dari peti ais buat snack dia tadi.
  Pokok bendi dan rosella adalah dari keluarga yang sama, jadi mereka mempunyai keperluan yang sama.

~Biji Benih Fresh Organik Bendi Kampung ~

Anggaran 30 seeds satu pek (RM1.00).

8 ulasan:

Umm AA berkata...

Wah tinggi tuh..selalu kan bendi nie tak sempat nak kejar masa tengok2 dah boleh buat benih...:)

nadia rashid berkata...

Bendi antara pokok Dan sayuran yang sangat digemari..nak tanam mudah..berbuah byk..pastu sedap dimakan

TukangKebun berkata...

UmmuAidan ~ Betul buah bendi cepat je besar tak sempat nak kejar nanti lambat sikit dah baik tinggal buat benih.

Nadia ~ Betul bendi ni pokok yang senang tumbuh dan cepat beri hasil.

Sumaiyyah berkata...

Assalamualaikum Diana, nak satu pek ye. Terima Kasih.

Email saya: sumymalik@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Sumaiyyah, saya ada simpankan.

Seri7ujuh berkata...

saya nak satu juga

TukangKebun berkata...

Boleh Seri7ujuh. Baru saja tuai.

zura berkata...

Saya nak 1 pek jgk