Seperti rakyat Malaysia maklum, kebanyakkan bawang merah atau bawang besar yang ada di pasaraya ataupun di pasar adalah bawang-bawang yang diimport dari negara India. Sehari sebelum tukang kebun kembali ke kebun Sungai Buloh bulan lepas, tukang kebun sempat pergi ke Tamu Tamparuli sekali lagi. Semasa membeli-belah dekat favourite place tukang kebun ini, tukang kebun ternampak beberapa tompok bawang merah yang nampak fresh macam baru sahaja dituai. Dalam pandangan mata tukang kebun nampak very 'rosey' dan 'bling-bling' lah. Instinct tukang kebun rasa tidak mungkin ini bawang import dari India sebab nampak segar macam pengalaman tukang kebun tuai bawang merah yang ditanam sendiri dahulu. Memandangkan di Tamu Tamparuli ini yang menjual sayur-sayuran adalah berbangsa Dusun Kadazan, seperti biasa tukang kebun minta mama yang berbicara. Tukang kebun banyak bagi senyuman sahaja. Memang bawang-bawang merah ni nenek yang perkasa inilah yang menanam.
Mama tanya nak beli berapa, tukang kebun kata pajak semua. Manalah nak dapatkan bawang merah organik yang local dan lagi segar dengan mudah di Malaysia ni. Tengok nenek ni badan maintain sahaja dan masih giat berkebun lagi sambil menjual tanaman dari kebunnya, entah tukang kebun bila dah sama umur dengan nenek ni boleh berkebun ke tidak lagi. Nenek ni tersenyum agaknya sebab hasil jualannya dah nak habis sudah di hari tersebut. Seperti biasa, mama tukang kebun mesti kata anaknya nak cuba tanam boleh ajar anak saya sedikit ilmu. Bawang merah nak tanam mudah sahaja, tolak je masuk bawang ke dalam tanah tapi jangan tertanam semua, elok ada 1/2~2/3 bahagian sahaja dalam tanah dan ada bahagian yang tersembul keluar. Kalau bawang semua ditutupi tanah takut bawangnya tak beranak-pinak. Nanti lebat daun sahaja. Nenek yang menjual bawang tersebut kata bawang yang dia jual ini berusia dalam 3 bulan. Memang masih kecil-kecil baby saiz lagi, bawang merah yang dijual tapi rasanya sedap ada manis-manis. Tukang kebun tak beberapa menggemari bawang merah yang diimport selalu rasa pedas semacam dari kecil lagi sampailah merasai betapa sedapnya bawang merah yang ditanam sendiri. Sekarang ni rajin buat sambal belacan sebab ada bawang merah dan cili padi segar serta belacan fresh dari Sabah.
Jadi tukang kebun pilih yang mana bawang saiz besar dari tuaian Nenek tadi untuk membuat percubaan menanam bawang merah di kebun Sungai Buloh. Menanam bawang merah untuk tuaian bawang tidak remeh, tidak perlu pun membuka kulitnya, cuma pilih bawang merah yang bersaiz besar untuk menanam. Bawang merah cuma ditolak masuk sedikit dalam tanah. Sekiranya hendak bawangnya, elakkan dari menuai daunnya supaya bawang ada tenaga hendak beranak-pinak bawang-bawang baru. Syukur alhamdulillah minggu ini tukang kebun nampak ada pucuk baru keluar dari bawang-bawang merah yang ditanam dengan mengharapkan air hujan sahaja. Semoga bawang-bawang merah ini dapat hidup sendiri dengan bahagianya mengharapkan mother nature.
Bawang merah juga dapat menghasilkan bunga. Tapi kalau nak bawangnya besar, bunganya hendaklah dipotong. Ini adalah bunga dari bawang merah (shallot) jenis 'Matador' yang pernah tukang kebun tanam dahulu. Kebiasaannya bawang merah (shallot) ditanam melalui bawang dan bukan biji benih. Manakala bawang besar (onion) boleh juga ditanam dari bawang ataupun biji benih.