No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 17 Mei 2013

Ms. Priscilla Gladdy.

 Syukur Alhamdulillah hari ni setelah anak ke tadika, dapat rezeki hujan jadi pokok-pokok yang kehausan di dalam kebun dahagakan air dah lebih 5 hari kelihatan segar kembali hari ini. Pokok bunga gladioli juga nampak lagi berseri dan segar kembangnya hari ini. Bulan Mei ini pula nampaknya rezeki warna gladioli adalah merah jambu pula dan organ stamennya ada warna ungu. Kelopak bukan keseluruhan pink tapi berjalur atau berpusat putih yang memberikan ropol warna pink juga dikenali sebagai gladioli jenis Priscilla.
 Kali ini kembangan bunganya ada menghadap sudut-sudut yang berlainan, jadi boleh cuci mata dalam pelbagai arah nak tengok wajah Ms. Priscilla.
 Mari tengok sudut ini pula. Kesian Ms. Priscilla terpaksa duduk dalam semak sebab terbiar beberapa minggu ini banyak travelling, tak menyempat nak merumput kawasan ini lagi. Tapi ada juga hikmat tak merumput jadi tanah tak cepat kering berbanding dengan tanah yang kosong terdedah dengan cahaya matahari.
 Pokok gladioli bila pokoknya dah berbunga dan layu, potong tangkai bunganya dan biarkan pokoknya naturally layu dan kering. Jangan pula potong daunnya sebab pokok ini memerlukan tenaga yang diproses oleh daun untuk simpanan bawangnya. Lepas dah pokoknya berbunga setelah lebih kurang 6~8 minggu mula mengering seperti gambar di atas, pada hari yang kering bolehlah berhati-hati gali keluarkan semula bawang gladioli dan keringkan.
 Kadangkala terdapat anak-anak bawang yang baru tumbuh attached kepada gladioli sebelumnya. Bagi pokok gladioli yang tak berbunga pun begitu juga dalam tanah ianya membiak bawang-bawang yang baru jadi boleh mengakibatkan pokok fokus kepada hasilan bawang dalam tanah dari hendak berbunga. Tapi ini boleh consider as investment, lain kali lebih banyak bawang atau pokok gladioli yang boleh ditanam. Sebagai contoh, asal bawang gladioli yang ditanam dalam gambar di atas ialah melebihi saiz 2 inci dan bawangnya ditanam dalam tanah sedalam 5~7 cm. Bila pokoknya dah kering, terdapat anak-anak bawang baru pada gladioli asal. Saiz anak-anak bawang gladioli ini lepas dikeringkan akan ditanam semula supaya saiz bawangnya akan membesar kepada saiz hendak berbunga. Secara kasar, inilah kitaran hidup pokok bunga gladioli.


14 ulasan:

Rini berkata...

as-salam diana,

subhanaallah..... cantik sungguh bunganya. boleh buat gmbr kalendar :)

@na berkata...

Tabarakallah...indah sungguh ciptaan NYA...

zifa berkata...

ooo...boleh reuse balik la bulb yang kering tu? so start new cycle balik la ek?

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Subhanallah cukup cantik sekali gladioli ni, memang kena tempah ni, dah lama sangat berkenan! Tengah buat listing ni jenis apa yang Mak Aji nak, nanti Mak Aji call ya!

Kadazan sis.TRG berkata...

Salam. Cantik sungguh bunga tu sis. Adakah ia dari keluarga 'canna'? Saya ada beberapa jenis di halaman rumah.Tapi yang sis punya species takdo.Kalau ada masa, nanti sy order ye.tq

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Rini memang selalu terpesona melihat bunganya. Itu sebab tukang kebun tiap bulan mesti nak semai gladioli supaya tak rinfu wajahnya.

TukangKebun berkata...

Syukur alhamdulillah dapat melihat ciptaan IndahNYA.

TukangKebun berkata...

Ada anak-anak baru untuk multiply zuriatnya untuk kitaran hidup next

TukangKebun berkata...

Salam Mak Aji.
Saya selalu seronok menunggu warna yang nak muncul nanti.

TukangKebun berkata...

Salam Kadazan sis. TRG- gladiolus tak sama family dengan canna. Lebih rapat kepada keluarga iris

Julie22 berkata...

ada stock lagi x kak random mixed gladioli ni?

TukangKebun berkata...

Ada stok Julie.

carlz berkata...

salam,

masih ada stok lagi ka bunga ni?

carlz berkata...

salam,

masih ada stok lagi ka bunga ni?